Dah letih shopping di Jalan Tar dan nak cari hotel di Berjaya Times Square? Korang tengoklah senarai hotel yang terletak berdekatan dengan pusat beli belah yang legend di ibu kota ini. Pasti ada antaranya yang sesuai dengan bajet dan citarasa korang.
Kandungan
1. Lucantia Serviced Suites
Tak jauh pun dari Berjaya Times Square, jaraknya kurang 1 km dari pusat beli belah yang terkenal di Kuala Lumpur ini. Antara sebab mengapa hotel ini menjadi kegemaran pelancong yang datang bertandang ialah fasiliti yang ditawarkannya menakjubkan sekali!
Sebut sahaja apa yang korang perlukan? Kolam renang, gym,playground, restoran, servis bilik, mesin ATM dan money changer antara yang disediakan di sini. Bilik-biliknya mempunyai balkoni yang menawarkan pemandangan bandar Kuala Lumpur. Selain hiasan bilik yang tampak moden, kemudahan asas seperti bilik mandi, penghawa dingin, peti deposit keselamatan dan TV skrin rata juga melengkapkan lagi penginapan ini.
Untuk penginapan, terdapat beberapa pilihan suite yang ada untuk 2 hingga 4 orang tetamu. Korang boleh lah pilih bilik mana yang sesuai untuk percutian korang!
2. The Royale Chulan Kuala Lumpur
Salah satu hotel bertaraf 5 bintang yang berada di segi tiga emas pusat bandaraya Kuala Lumpur. Dari KLCC nak sampai ke hotel ini tidaklah terlalu jauh, hanya mengambil masa kira-kira 15 minit perjalanan sahaja.
Jika bertamu ke sini, korang bakal menikmati pelbagai kemudahan seperti kolam renangnya yang sangat luas, pusat kecergasan dan juga spa. Setiap bilik dan suites yang ada di sini dilengkapi dengan TV satelit, kemudahan membancuh teh serta kopi dan kelengkapan mandian yang lengkap sekali.
Yang bestnya, penghawa dingin di setiap bilik dan suites boleh dilaras ikut kesuaian suhu yang korang selesa.
Bila dah sampai KL tu, jangan lupa OOTD kat jambatan viral ni ye
3. Pacific Regency Suites
Pacific Regency Suites menawarkan rangkaian suites yang serba lengkap. Dilengkapi dengan kolam renang, dobi layan diri dan juga kemudahan gimnasium. Setiap suites di hotel ini berpenghawa dingin dan mempunyai kemudahan WiFi yang disediakan secara percuma.
4. KL Times Square Suite
Jika menginap di sini, korang bakal menikmati suite dengan pemandangan bandar Kuala Lumpur yang penuh ikonik. Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai kemudahan seperti spa, kolam renang luaran, sauna dan pusat kecergasan yang boleh korang manfaatkan bersama pasangan atau keluarga.
Hotel di Berjaya Times Square ini juga dilengkapi dengan akses WiFi percuma. Bilik suites di sini juga mempunyai ruang tamu dan ruang makan serta dapur kecil dengan microwave dan peti sejuk. Bilik mandi peribadi menawarkan kemudahan tab mandi dan pancuran mandian serta alat pengering rambut. Lengkap kan?
Yang lagi best, korang boleh buat pelbagai aktiviti menarik seperti bermain boling atau pingpong. Nak aktiviti yang lebih mengeluarkan peluh, korang boleh ke sauna atau bermain di gelanggang skuasy.
5. Suites at Times Square KL
Hotel di Berjaya Times Square ini mempunyai pelbagai pilihan suite. Setiap suite di Suites at Times Square KL direka dengan gaya kontemporari dan dilengkapi dengan perabot moden. Kelengkapan yang ada di sini juga cukup lengkap untuk penginapan yang selesa. Korang berpeluang menikmati ruang tamu yang luas, bilik tidur yang selesa dengan katil yang mewah, dapur kecil yang lengkap dengan peralatan masak serta bilik mandi yang dilengkapi dengan kelengkapan mandian yang eksklusif.
Lokasi strategik Suites at Times Square KL membolehkan korang akses mudah ke pelbagai tarikan berdekatan seperti Pavilion Kuala Lumpur, Starhill Gallery, dan Lot 10.
6. Bukit Bintang Suites at Times Square
Satu lagi destinasi penginapan yang menawarkan keselesaan dan kemewahan di pusat bandar Kuala Lumpur yang terletak di kawasan berprestij Bukit Bintang. Suites ini merupakan sebahagian daripada kompleks Times Square yang terkenal.
Bukit Bintang Suites at Times Square menawarkan pelbagai jenis suite yang luas dan mewah untuk memenuhi keperluan korang. Setiap suite dilengkapi dengan perabot moden dan fasiliti yang lengkap, termasuk ruang tamu yang selesa, bilik tidur yang selesa dengan katil mewah, dapur kecil yang dilengkapi dengan peralatan masak, serta bilik mandi yang dilengkapi dengan kelengkapan mandian yang eksklusif.
Satu peluang untuk pengalaman penginapan yang mewah dan menarik di pusat bandar Kuala Lumpur!
7. Grand Millenium Kuala Lumpur
Grand Millennium Kuala Lumpur ini terletak di tengah-tengah kawasan Golden Triangle yang penuh kehidupan dengan gabungan pusat membeli-belah, perniagaan, hiburan, makanan, dan budaya. Untuk korang yang suka shopping, hotel antarabangsa mewah 5 bintang ini terletak bersebelahan dengan pusat membeli-belah terkenal iaitu Pavilion Kuala Lumpur. Kalau nak ke Menara Kembar Petronas dan Pusat Konvensyen KL, korang boleh berjalan kaki dengan jarak perjalanan lebih kurang 20 minit.
Bilik tetamu yang ada di hotel ini juga cukup luas. Kesemua suites yang ada dilengkapi dengan kelengkapan bilik tidur moden, TV LCD, dan pelbagai lagi kemudahan yang bakal membuatkan penginapan korang terasa begitu bermakna sekali.
8. JW Marriot Kuala Lumpur
Di celah-celah sibuknya bandaraya Kuala Lumpur, terdapat sebuah hotel di dengan dekorasi yang mewah dan menawan. Hotel ini terletak di tengah Kuala Lumpur di sepanjang daerah membeli-belah yang sibuk di Bukit Bintang.
Segala kelengkapan asas yang terdapat di hotel ini boleh dikatakan amat lengkap. Kolam renang, gym, spa dan restoran. Pebagai hidangan makanan dengan citarasa yang elbagai turut disajikan buat para tetamu. Sedap-sedap pula tu.
Bagi ruang penginapan, bilik-bilik yang tersedia mempunyai beberapa pilihan dan rata-ratanya mempunyai keluasan yang cukup memuaskan hati!