Melaka, yang juga dikenali sebagai Melaka Bandaraya Bersejarah, adalah destinasi pelancongan yang kaya dengan sejarah dan budaya di Malaysia. Di tengah-tengah keindahan warisan sejarahnya, terdapat pelbagai pilihan hotel di Melaka yang menawarkan keselesaan dan kemudahan kepada para tetamu.
Kandungan
Hotel Di Melaka
1. Bayview Melaka
Hotel Bayview Melaka adalah sebuah hotel yang terletak di pusat bandar Melaka, Malaysia. Dengan lokasinya yang strategik, hotel ini menawarkan akses mudah ke tarikan utama dan kawasan bersejarah di sekitar bandaraya.
Hotel Bayview Melaka menawarkan pelbagai jenis bilik yang selesa dan dilengkapi dengan kemudahan moden. Terdapat bilik standard, bilik keluarga, dan suite yang direka dengan baik untuk memenuhi keperluan setiap tetamu. Setiap bilik dilengkapi dengan keselesaan seperti katil yang selesa, televisyen, dan kemudahan membuat teh/kopi. Beberapa bilik mungkin juga menawarkan pemandangan menarik ke sekitar bandaraya.
2. Double Tree Hilton
Double Tree Hilton Melaka ni memang best sangat untuk menginap kalau korang datang Melaka. Lokasinya strategik berdekatan dengan bandar dan tarikan utama Melaka di Melaka.
Hotel di sini memang selesa. Bilik-biliknya luas dan dilengkapi dengan kemudahan moden. Ada TV besar, katil empuk bersama pemandangan dari bilik yang best sekali. Kolam renang pun ada tau, kalau bawa anak-anak pasti mereka seronok dapat bermandi-manda.
Nak bersenam pun boleh, terdapat pusat kecergasan gym dan spa yang lengkap disediakan bagi kegunaan korang. Lepas penat jalan-jalan, korang boleh relax dan spoil diri dengan spa treatment kat sini.
Tentang makanan pula korang tak perlu risau, korang boleh makan sampai puas kat sini. Hotel ini menyediakan pelbagai hidangan antarabangsa dan tempatan yang lazat.
Jadi, kalau korang nak penginapan yang memuaskan di Melaka, tak payah fikir banyak kali, Double Tree Hilton Melaka lah tempatnya. Dijamin puas hati dan rasa macam raja sepanjang penginapan korang kat sini!
3. Grand Swiss Belhotel
Kalau korang nak stay dekat Melaka, Grand Swiss Belhotel ini ada semua yang korang perlukan untuk pengalaman penginapan yang menyeronokkan.
Hotel ni memang stylo habis. Bilik-biliknya lawa dan dilengkapi dengan TV besar. Katilnya pula empuk macam baldu dan ada tingkap besar bagi menikmati view cantik bandaraya Melaka.
Makanan yang disediakan juga sedap-sedap belaka. Ada hidangan dengan citarasa antarabangsa, ada juga hidangan dengan menu tempatan. Korang pasti gembira dengan menu yang ditawarkan.
Lokasi hotel pun strategik dan sangat dekat dengan bandaraya Melaka, jadi senang nak explore tempat-tempat menarik. Boleh jalan kaki ke Jonker Street, Stadthuys, semua dekat je!
4. Atlantis Luxury Suites
Nak experience penginapan mewah di tepi pantai? Okay, korang memang kena check out Atlantis Luxury Suites. Tempat ni memang puas hati habis!
Atlantis Luxury Suites ini adalah hotel yang menggabungkan ciri moden dan selesa dalam satu pakej. Bilik-biliknya sangat luas dan dilengkapi dengan kemudahan yang high-class. Korang boleh berendam dalam bathtub yang besar, relax dekat balkoni dengan pemandangan laut yang indah dan tidur atas katil yang selesa seakan beradu di atas awan.
Untuk korang yang suka berendam, hotel ni ada infinity pool yang tak habis-habis. Korang boleh berendam dalam air sambil tengok sunset yang cantik. Dah puas, korang boleh terus lepak dekat bar berdekatan kolam sambil order minuman dan chill je. Seronok!
5. Holiday Inn Melaka
Holiday Inn Melaka ini merupakan hotel yang selesa dengan suasana santai. Terdapat lebih kurang 275 bilik pelbagai jenis seperti deluxe, suite dan yang paling best terdapat suite mesra kanak-kanak. Wah, macamana tu? Bunyinya macam menarik, kan?
Makanan yang disediakan pihak hotel juga sedap-sedap belaka. Pilihan makanan juga banyak sekali, so bab makan korang boleh pertimbangkan untuk makan di hotel.
Jika korang berhasrat nak jalan-jalan di Jonker Walk, korang boleh ambil peluang menaiki shuttle yang disediakan pihak hotel khas untuk tetamu hotel ini. Wah, untungnya!
6. Casa Del Rio Melaka
Hotel butik ini sangat cantik sekali. Kedudukannya yang terletak di persisir Sungai Melaka menjadikan hotel ini bertambah unik. Seni bini bangunannya yang menggabungkan elemen Mediterranean menjadikan hotel ini sangat indah tersergam.
Walaupun bertaraf hotel butik, namun servis yang ditawarkan di sini first class sekali! Hiasan dalamannya juga sangat klasik dan indah. Jika korang datang dengan kenderaan sendiri, korang tak perlu risau tentang parking. Ada parking khas buat penginap hotel ini.
Ramai tetamu yang sukakan servis dan layanan staf hotel ini yang kata mereka mesra dan sangat membantu.
Hidangan makanannya pula dipenuhi dengan pelbagai makanan bercitarasa Barat dan Asia disajikan buat korang yang menjadi tetamu di hotel yang cantik ini.
Untuk yang nak bawa anak dan nak melawat tempat bersejarang di Melaka, boleh tengok di sini
7. Hotel Ames
Hotel Ames ini terletak sedikit jauh dari pusat bandar utama, iaitu di pekan Ayer Keroh. Walaupun begitu, terdapat banyak kemudahan dan tempat-tempat menarik yang berdekatan dengan hotel ni. So, korang jika mahukan tempat penginapan yang lebih santai dan relaks, Hotel Ames ini adalah antara pilihan terbaik yang ada.
Bilik-bilik di Hotel Ames ni memang cukup selesa untuk korang berehat. Dekorasi dalamannya moden dan lengkap dengan semua kemudahan yang diperlukan. Ada TV, katil yang selesa, dan bilik mandi yang bersih.
Satu lagi yang best dekat hotel ni, pilihan makanan untuk sarapan sangat pelbagai dan sedap-sedap pulak tu. Review dari ramai pengunjung hotel ini suka sangat dengan keenakan hidangan yang disediakan. Kata diaorang, rugi kalau tak ambil pakej breakfast di sini. Semuanya sedap-sedap sangat!
8. Imperio Premium Residence by Attic Home – Hotel Di Melaka
Jika korang mencari penginapan yang stylish dan lengkap, Imperio Premium Residence by Attic Home ni memang pilihan terbaik.
Bilik-bilik dia memang wow habis. Ada dekorasi moden yang stylish, katil empuk, dan ada jugak view yang mengancam. Memang best untuk korang relax dan recharge.
Yang lagi best, tempat ni ada kemudahan lengkap. Dalam bilik ada TV besar, dapur kecil yang lengkap, dan ada jugak mesin basuh kalau korang nak basuh baju. Jadi tak payah risau pasal nak dobi mana baju-baju korang sebab segala kemudahan semua ada.
Korang confirm puas hati.