8 Hotel Tepi Pantai Di Melaka Yang Menarik Di Melaka

Mungkin ada yang tak tahu, di Melaka terdapat beberapa pilihan hotel tepi pantai yang menarik dan cantik-cantik dekorasinya. Korang yang berminat nak bercuti sambil menikmati keindahan alam lautan yang luas terbentang di bumi Selat Melaka ini, apa kata ambil masa baca pilihan yang kami sediakan kali ini.

Mana tahu ada yang sesuai dan berkenan di hati?

Kandungan

Hotel tepi pantai di Melaka

1- Elshape Holiday HOME 

El Shape Holiday Home ini bukanlah dikategorikan sebagai hotel, malah ia lebih sesuai dikenali sebagai homestay. Apa yang menyebabkan kami memilihnya sebagai salah satu pilihan terbaik untuk senarai hotel tepi pantai di Melaka ini adalah kerana dekorasinya yang sangat selesa seperti penginapan di hotel yang berbintang-bintang.

Ada kolam dengan pemandangan yang cantik, taman yang menyegarkan, kemudahan barbeku, WiFi percuma serta parking pun percuma! Ops belum cukup lagi, korang jika dapat menginap di sini pasti akan dapat menikmati kemudahan bilik penginapan yang bersih dan selesa. Lengkap juga dengan aircond tau!

Nak memasak dan makan di homestay sahaja? Boleh. Korang boleh menggunakan kemudahan dapur serta alat memasak yang tersedia. Nak rehat-rehat sambil tengok TV pun boleh. Jika korang datang bersama anak-anak pasti mereka lah yang paling gembira sebab boleh berendam lama-lama di kolam yang ada. Best tau!

Kalau nak ke pantai pun tak jauh mana, lebih kurang 1km sahaja jaraknya dari Elshape Holiday Home ini.

Alamat :  ST3682, Jalan Dato Tamby Chik Karim, Masjid Tanah, 78300 Melaka.

2- Pantai Puteri Melaka Resort

Pantai Puteri Melaka Resort terletak di daerah Tangga Batu. Ianya lebih berupa penginapan berbentuk apartment yang terletak berhadapan dengan Pantai Puteri.

Apartment ni ada beberapa bilik yang korang boleh huni bersama dengan ahli keluarga korang. Ianya luas dan sangat selesa tau. Nak feel lagi best, korang boleh lepak di balkoni sambil menikmati pemandangan laut yang menyenangkan.

Kelengkapan lain untuk makan, minum, bersihkan diri dan berhibur santai korang tak perlu risau sebab ianya lengkap tersedia. Korang hanya perlu gunakan dengan baik sahaja.

Alamat : Jalan Tangga Batu Mutiara Melaka Beach Resort, 76400 Melaka, Malaysia 

3- Mutiara Melaka Beach Apartment

Pemandangan dari bilik tidur yang dapat mengadap laut menjadi satu tarikan yang unik untuk hotel tepi pantai pilihan kami kali ini. Untuk pengetahuan korang, apartment ini ada sediakan dua buah bilik yang boleh memuatkan dua hingga lima orang tetamu dalam satu masa yang sama.

Kalau korang menginap di sini, korang boleh gunakan kolam renang dan juga gym yang terdapat di apartment ini. Lagi menarik, apartment ini juga mesra OKU.

Segala kemudahan asas untuk tetamu yang datang juga agak lengkap. Nak memasak boleh, nak berbarbeku pun boleh. Boleh jimat tu dari makan di luar setiap kali perut rasa lapar!

Alamat : Mutiara Melaka Beach Resort, Pantai Puteri, Melaka, Melaka, Malaysia 

4- Malacca Seaview Bali Residence

Apartment Malacca Seaview Bali Residence ini boleh memuatkan 3 hingga 10 orang tau. Bukan sahaja terletak dekat dengan pantai yang punya akses peribadi, tapi lokasinya juga sangat strategik dan berhampiran pelbagai tempat menarik di Melaka seperti Jonker Walk.

Apartment ini agak luas tau. Dengan dua bilik tidur dan dua bilik air lengkap dengan peralatan mandi dan membersihkan diri. Korang kalau datang ke sini hanya perlu bawa baju dan kelengkapan diri peribadi sahaja.

Selain lengkap dengan air cond, korang juga berpeluang menggunakan gelanggang squash dan tenis. Nak berhubung dengan dunia luar pun mudah dengan WiFi percuma yang ada. Tentang parking pun korang tak perlu risau, ianya percuma sahaja!

Petang-petang jika nak bersantai-santai di luar, korang boleh berehat di sekitar taman residen. Boleh juga bawa anak-anak mandi kolam jika mahu. Ada water park dan kolam kanak-kanak. memang best sekali!

Alamat : 35 Jalan KSB 11A, 75200 Melaka, Malaysia 

5- Melaka Sea View Bali Residence

Sebuah lagi apartment yang sangat selesa dan baru untuk korang pertimbangkan jika nak bercuti di hotel tepi pantai di Melaka. Terletak di residen yang sama seperti apartment yang kami ceritakan sebelum ini.

Kemudahan di unit ini juga boleh dikatakan cukup lengkap untuk memberikan keselesaan sepanjang percutian di bumi Hang Tuah ini. Bertambah best bila tuan punya unit ini turut menyediakan mesin basuh baju. Oh, mudahlah sangat jika korang nak membasuh pakaian yang dah dipakai. Tak perlu cari kedai dobi lagi.

Alamat : Bali Residence, 75200 Melaka, Malaysia 

6- Adella Homestay Pantai Puteri

Lokasinya tak jauh pun dari Pantai Puteri yang terkenal di Melaka ini. Betul-betul terletak di hadapan Pantai Puteri, jarak nak ke pantai kira-kira 100 meter sahaja. Amacam, dekat kan?

Rumah penginapan ini mempunyai balkoni dengan pemandangan laut yang luas terbentang. Bukan sahaja luas, dengan empat buah bilik di dalamnya menjadikan ianya satu penginapan yang sangat berbaloi.

Untuk korang yang datang bersama keluarga dan nak buat aktiviti barbeku, korang boleh menggunakan ruang tempat bakar barbeku yang disediakan berdekatan dengan kolam renang. Jika petang-petang korang berhasrat nak jalan-jalan ambil angin pantai pun mudah, keluar sahaja dari perkarangan penginapan dah sampai ke pantai yang indah. Seronok!

Alamat : Kampung Pengkalan Perigi, Tanjung Kling Condo Tanjung Samudera, 76400 Melaka, Malaysia 

Tengok juga senarai tempat bersejarah di Melaka di sini

7- Silverscape Residence Melaka 

Atas rooftop ada kolam. Begitulah signature residen ini. Setiap unit ada balkoni dan juga berpenghawa dingin.

Korang boleh menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan seperti WiFi percuma, televisyen, mesin basuh, microwave dan sebagainya. Cukup selesa untuk korang jika datang bercuti di sini.

Alamat : Jalan Melaka Raya 23 Silverscape Residence, 75000 Melaka, Malaysia

8- Amber Cove Melaka 

Kata mereka yang pernah menginap di sini, apartment ini sangat bersih dan selesa. Host yang kendalikan penginapan ini juga sangat ramah dan pantas merespon kalau ada sesuatu isu.

Nak masuk ke apartment juga mudah. Arahan yang diberikan oleh host sangat jelas. Bukan itu sahaja, keselamatn di penginapan ini juga agak ketat dan dipasang dengan CCTV 24 jam yang berfungsi.

Untuk korang yang suka menonton movie terkini dan menarik, terdapat saluran Netflix dan Youtube yang boleh ditonton secara percuma.

Alamat :  No.3, Jalan KSB – Impression 8, Impression City @ Kota Syahbandar, 75200 Melaka, Malaysia

So, korang tunggu apa lagi? Jom lah tempah mana unit yang sesuai dengan keperluan korang.

Comments (0)
Add Comment