Port Dickson merupakan destinasi popular terutamanya untuk warga Ibu Kota Kuala Lumpur kerana ia merupakan destinasi percutian di tepi pantai yang paling hampir.
Ia direkodkan sepanjang 18 km bermula dari Pantai Tanjung Tuan ke Pasir Panjang. Antara pantai di Port Dickson popular selain dari Teluk Kemang adalah Blue Lagoon dan Cape Rachado.
Kandungan
Hotel Terbaik Di Port Dickson
1- Grand Lexis Port Dickson
Menginap kat sini memang dan macam berada kat Bali dah. Penginapan kat sini agak mewah sebabnya dilengkapi dengan kemudahan yang bertaraf antarabangsa dan dikelilingi dengan tropical bliss.
Selain tempat yang strategik, Grand Lexis ni menawarkan villa-villa yang berkonsepkan elegen dengan dilengkapi kolam renang peribadi.
Harga : RM410/malam
Lokasi : Grand Lexis Port Dickson, Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Tengok senarai pantai cantik dan menarik dalam malaysia di sini
2- The Regency Beach Resort
Salah satu hotel terbaik di Port Dickson. The Regency Beach Resort menawarkan 3 bilik kondo.
The Regency Beach Resort juga berhampiran dengan kawasan tarikan di Port Dickson seperti PD Ostrich Farm, Litar Go-Kart, Pasaraya, kedai-kedai makanan dengan pelbagai juadah seperti masakan Melayu, India dan Cina.
Harga: Bermula dari RM550/malam
Alamat: The Regency Tanjung Tuan Beach Resort, 5th Mile, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.
3-Waterfront Boutique Hotel
Waterfront Boutique Hotel terletak di Port Dickson dan berhadapan dengan pantai. Waterfront Boutique Hotel juga terletak berhampiran dengan kawasan tarikan pelancongan dan tempat makan di Port Dickson seperti McDonald dan pasaraya.
Harga: Bermula dari RM148.40/malam
Alamat: 4-G-21, Persiaran Waterfront, PD Waterfront, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.
4-Lexis Hibiscus Port Dickson – Hotel terbaik di Port Dickson
Lexis Hibiscus Port Dickson ini yang terletak di Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Korang boleh menginap di sini jika korang mempunyai budget yang lebih.
Hotel ni serba-serbi mewah.
Harganya memang berbaloilah dengan konsep yang disediakan. Pemandangannya pun cantik. Sarapan yang dihidangkan juga sedap dan tampak mewah.
Harga : RM704/malam
Lokasi : 12th Mile, Jalan Pantai, Pasir Panjang, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan
5- Avillion Port Dickson
Melihatkan chalet yang berada di atas air membuatkan korang lebih teruja untuk bercuti kat sini. Avillion Port Dickson ini mengadap Selat Melaka tau.
Sebab tu la pemandangan kat sini sangat cantik.
Chalet mewah yang direka seperti kampung nelayan melayu tradisional merupakan konsep yang ditonjolkan oleh mereka.
Harga : RM 256/malam
Lokasi : Avillion Port Dickson, 3rd mile, Jalan Pantai, Taman Dato’ Haji Abdul Samad, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.
6- Bayu Beach Resort
Bayu Beach Resort Port Dickson ni terletak berhampiran dengan Muzium Tentera Port Dickson.
Kat sini mempunyai 218 bilik yang selesa dan bersih.
Bilik dia memang besar. Kolam renang pun ada kalau korang tak berminat nak mandi di pantai. Untuk kemudahan lain, korang boleh bersenam di gym.
Harga : RM155/malam
Lokasi : Bayu Beach Resort Port Dickson, 4 1/2 miles, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
7- Klana Beach Resort Port Dickson – Hotel terbaik di Port Dickson
Hotel ini membawa gelaran Islamic Hotel bukan sahaja kerana ia patuh syariah tetapi terdapat pelbagai unsur-unsur islamik seperti kelengkapan sejadah dan al-quran di dalam setiap bilik, lagu nasyid dan ayat suci Al-Quran di pasang sentiasa di lobi, kolam renang berasingan disediakan untuk tetamu lelaki dan perempuan, serta terdapat surau di kawasan hotel.
Resort ini menyediakan sebuah restoran dan bilik solat untuk mereka yang beragama Islam. Jika ingin ke Pantai Seri Purnama Beach pula, 10 minit sahaja dengan berjalan kaki dari resort ini.
Harga : RM222/malam
Lokasi : Klana Beach Resort Port Dickson, Kompleks Baitulhilal, Lot 4506 Batu, 8, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
8- Akar Beach Resort
Akar Beach Resort Port Dickson yang terletak hanya 1 minit berjalan kaki dari pantai ini pasti dapat membuat impian korang menjadi kenyataan.
Tetamu dapat memilih antara 4 jenis bilik dengan hiasan minimalis iaitu Standard Room, Superior Room, Deluxe dan Family Room.
Korang boleh bersuka ria di kolam renang luas di bawah. Resort ini bagus untuk mereka yang merancang percutian singkat ke Port Dickson dan mahukan penginapan tepi pantai yang selesa dengan harga yang berpatutan.
Harga: Dari RM144+ Semalaman
Alamat: Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson
9- Ancasa Residence
Resort berkonsep Apartment-Hotel ini merangkumi kawasan luas yang dipenuhi tumbuhan hijau.
Penginapan berhadapan laut ini memberi tetamu pilihan antara apartment satu, dua atau tiga bilik.
Afdal bagi individu yang merancang percutian bersama keluarga atau sesiapa yang melancong secara berkumpulan ke Port Dickson.
Resort ini menawarkan servis yang sangat bagus dan teliti dari segi servisnya.
Harga: Dari RM292+ Semalaman
Alamat: 8 1/2 Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson