Courtyard By Marriott

Courtryard by Marriot merupakan antara rangkaian hotel berjenama terkenal. Dimiliki oleh Marriot International yang mengendalikan sekumpulan besar hotel dan resort seluruh dunia.

Sumber : Facebook

Pulau Pinang dipilih sebagai salah satu tempat untuk jenama ini bertapak kerana keunikan negeri nasi kandar ini. Dikenali juga dengan panggilan ‘Pulau Mutiara’, negeri ini cukup cantik sekali dengan alam semulajadi dan seninya.

Biarpun dilanda kemodenan, masih terdapat lagi tapak dan juga warisan sejarah lama yang masih dkekalkan khasnya di sekitar Georgetown.

Kandungan

Tentang Courtyard By Marriott Penang

Lokasi

Courtyard by Marriot Penang terletak di Jalan Macalister, betul-betul di tengah Georgetown, tapak warisan UNESCO.

Sumber : Facebook

Ianya dikelilingi tarikan tempatan, keindahan seni bina arkitek lama dan baru, keunikan budaya warisan dan mural seni jalanan yang mengagumkan.

Berada di sini pasti akan membuatkan korang terpegun dengan pelbagainya khazanah warisan yang masih lagi ada.

Keunikan Courtyard By Marriott

Menjadi Courtyard yang pertama dibuka di Malaysia dan yang ke-17 di bawah jenama Marriot International, hotel ini memiliki 199 bilik dan suite mewah.

Sumber : Facebook

Setiap bilik dan juga suite mempunyai pemandangan yang memukau bandar Georgetown dan keindahan Selat Melaka.

Sumber : Facebook

Kemudahan Di Courtyard By Marriott

TV bersaiz 55″, internet dengan kadar kepantasan yang tinggi serta sudut ruang kerja yang ergonomic dan teratur membuatkan tempat ini sangat sesuai sebagai singgahan secara santai mahupun atas urusan bisnes & kerja.

Persekitaran Courtyard by Marriott Penang ini yang mendamaikan amat sesuai untuk korang yang perlukan idea juga ilham yang baru. Boleh dikatakan segalanya lengkap di sini.

Sumber : Facebook

Tak perlu susah hati tentang makanan. Selain di luar, pihak hotel juga menyediakan Penang Kitchen sebagai pilihan untuk korang merasa masakan kegemaran dan asli Pulau Pinang dan hidangan antarabangsa.

Sumber : Facebook

Courtyard By Marriott Penang ini juga menyediakan outdoor infinity pool dengan pemandangan Bukit Bendera. Korang boleh berendam di kolam sambil menghirup cocktail yang segar!

Sumber : Facebook

Bercuti di Pulau Pinang tidak sah kalau tak jalan-jalan cari makan. Tak perlu risau sangat dengan lemak dan kalori, lepas dah puas menjamu selera korang boleh berlari bakar lemak & kalori di gym hotel.

Bilik sauna dan spa juga tersedia untuk korang boostkan kembali tenaga dan jiwa. Bercuti sambil pastikan badan sentiasa segar dan bertenaga.

Jika perlukan dewan besar untuk majlis atau keraian, pihak hotel ada menyediakan dewan besar yang boleh memuatkan 150 tetamu dalam satu masa.

Dah sampai sini, jangan lupa singgah di tempat-tempat menarik di Penang. Rugi kalau tak gi…

Sumber : Facebook

Kemudahan bilik mesyuarat dan bilik VIP juga memudahkan urusan mereka yang datang ke sini untuk urusan kerja. Setiap bilik sudah pasti lengkap dengan peralatan audio dan gambar yang terkini.

Lebih menarik jika korang mempunyai keahlian Marriot Bonvoy. Korang akan diberi mata ganjaran setiap kali mengadakan events di Courtyard Penang ini.

Bercuti di Pulau Pinang dan menginap di sini sudah pasti akan berikan korang kepuasan bercuti yang sebenarnya. Jangan lepaskan peluang merasa sendiri pengalaman berada di Courtyard By Marriott Penang ini.

Comments (1)
Add Comment