Hotel 5 Bintang Di Bukit Tinggi – Terasa Bagai Di Istana Perancis

Alami suasana penuh kemewahan hotel di Bukit Tinggi, The Chateau Spa & Wellness Resort yang terkenal dengan perkhidmatan 7 bintang yang sempurna. Kehadiran korang pasti disambut dengan pukauan hiasan dalaman yang mewah dan rumah kaca yang mempesonakan.

Kandungan

Menariknya Hotel di Bukit Tinggi

Lokasi

Ibarat melangkah masuk ke dalam sebuah istana cerita dongeng – di mana istana Perancis abad ke-18 menjadi latar cerita, lengkap dengan kemewahan dan sejarah yang mengelilingi setiap sudut. Itulah apa yang korang akan rasa bila menginap di hotel di Bukit Tinggi ni.

Terletak di tengah-tengah hutan hujan tropika Bukit Tinggi yang subur. Hotel ini diilhamkan dari istana “Haut Koenigsbourg” di Alsace, Perancis dan ia terletak hanya 45 minit dari Kuala Lumpur, The Chateau Spa & Wellness mempunyai lokasinya yang strategik, dekat dengan Genting Highlands dan Kuala Lumpur. Menjadikan resort ini tempat sempurna untuk korang yang ingin lari dari hiruk-pikuk kota tanpa terlalu jauh dari bandar.

Dekorasi Menawan Kalbu

Dari saat korang melangkah masuk, korang akan terpesona dengan dekorasi elegan yang menggabungkan elemen klasik dan kontemporari. Bilik dan suite di sini bukan main lagi cantiknya, semua berperabot mewah dengan kayu yang berkualiti. Bukan itu saja, kerusi dan sofanya sangat empuk dan bakal buat korang tak nak bangun. Dilengkapi dengan bilik mandi en suite yang dalamnya sempurna dengan segala yang korang perlukan untuk memanjakan diri.

Destinasi tempat menarik di Bukit Tinggi boleh tengok kat sini ye

Sajian Penuh Rasa Hotel di Bukit Tinggi

Bestnya hotel di Bukit Tinggi ini bukan sahaja tentang bilik dan dekorasi saja. Makanannya? Pergh! Korang akan disajikan dengan sajian organik yang segar dan penuh rasa. Ada L’asiette untuk pengalaman makan mewah, La Vie yang buka dari pagi sampai malam, Belle Vue untuk snek ringan, dan tentu saja, Le Rouge dan Salon Lounge untuk mereka yang nak lepak sambil menikmati minuman atau koktel.

Aktiviti Hotel di Bukit Tinggi

Bagi korang yang datang sini bukan hanya untuk makan dan tidur, Spa La Sante menawarkan pilihan rawatan spa organik yang akan buat korang rasa sangat segar sekali. Dari urutan, pembersihan badan, hingga terapi semula jadi, semuanya ada untuk memastikan korang pulang dengan rasa lebih segar dan sihat. Lagi pula, ada juga aktiviti luar seperti menunggang kuda dan kelas yoga, jadi korang boleh kekal aktif semasa bercuti.

Pengangkutan Seperti Diraja

Antara yang special lagi, jika korang teringin nak rasa seperti seorang raja atau ratu yang bersiar-siar mengelilingi kawasan istana, The Chateau juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan mewah atas permintaan.

Kesimpulan

Jadi, kalau korang mencari tempat untuk liburan yang menenangkan sekaligus mewah, The Chateau Spa & Wellness Resort adalah jawabannya. Dijamin, pengalaman menginap di sini akan jadi cerita yang korang tak akan lupa.

Comments (0)
Add Comment