Hotel Di Georgetown Dekat Pantai Northam

Kandungan

Menariknya Hotel di Georgetown

The Prestige Hotel Penang

Korang nak buat trip ke Pulau Pinang? Meh lah tengok satu hotel yang rugi kalau korang tak stay di sini – The Prestige Hotel Penang! Terletak di kawasan Georgetown yang happening, hotel ni memang patut masuk dalam list korang.

Dekat je dengan Pantai Northam, dalam 2.6km je jaraknya. Jadi, kalau korang suka jalan-jalan tepi pantai, memang senang nak ke sana.

Hotel ni bertaraf 5 bintang tau! Apa yang best?

Banyak kemudahan yang korang boleh nikmati. Ada pusat kecergasan atau gym, tempat parking percuma, dan restoran di dalam hotel tu. Lagi satu, WiFi dia pun free! Jadi, korang bolehlah update Instagram korang selalu, kan?

Bilik-bilik kat sini juga menarik. Setiap kelengkapan yang korang perlukan untuk buat penginapan korang selesa ada. Hotel di Georgetown ini lengkap dengan cerek, TV skrin rata, dan penyaman udara.

Tak cukup dengan tu, bilik mandi dia pun lengkap, ada bidet dan kelengkapan dandanan diri percuma. Yang penting, ada mesin pembuat kopi, so korang boleh sediakan kopi sendiri kalau rasa nak minum. Pagi-pagi bangun, minum kopi sambil tengok pemandangan, best kan?

Baca juga pilihan hotel tepi pantai di Pulau Pinang kat sini

Lokasi Hotel di Georgetown

Lokasi dia pun apa kurangnya. Banyak tempat-tempat menarik yang terletak berdekatan dengan hotel ini. Muzium Wonderfood yang viral terletak dalam jarak 2-minit berjalan kaki je dari hotel.

Padang kota pun dekat tau. Kalau korang nak shopping, 1st Avenue Penang pun dekat, dalam 1.8km je. Nak tengok view cantik dari Rainbow Skywalk di Komtar pun senang je, dalam 2km dari hotel dah sampai.

Jadi, kalau korang suka aktiviti dalam bandar, memang sesuai sangat menginap di hotel ni.

Rata-rata pengunjung yang datang menginap di hotel ni semuanya sangat sukakan suasana di dalam hotel yang sangat classy dan mewah. Dengan layanan mesra yang diberikan oleh staff hotel menambahkan lagi rasa best menginap di hotel ini.

Oh ya, lapangan terbang pun dekat, dalam 15km je dari The Prestige Hotel Penang. Jadi, tak payah risau sangat kalau korang nak ambil flight balik. Senang je nak pergi airport.

Kesimpulan

Jadi, kalau korang nak hotel mewah tapi harga berpatutan kat Pulau Pinang, jangan lepaskan peluang menginap kat sini! Jangan lupa buat booking awal-awal ya sebab hotel ni selalu penuh!

Comments (0)
Add Comment