Hotel Menarik Di Langkawi Untuk Bercuti Sekeluarga

Bercuti di Pulau Langkawi Malaysia adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh kebanyakan orang. Terkadang, ia menjadi rutin wajib cuti tahunan kerana harga tiket penerbangan yang sangat murah.

Selain daripada mencari tempat menarik di Langkawi untuk dilawati, penginapan semasa berada di sana pun sangat penting untuk di tempah terlebih dahulu.

Ini adalah untuk mengelakkan berebut tempat penginapan pada saat-saat akhir. Nak cari penginapan yang selesa, memang perlu jadi early bird.

Di sini kami kongsikan hotel menarik di Langkawi untuk rujukan anda. Pilih sahaja mana-mana Langkawi hotels yang bersesuaian dengan bajet percutian anda.

Ini antara senarai best hotel in Langkawi yang anda mesti cuba!

Kandungan

4. The Villa Langkawi

The Villa Langkawi terletak berhampiran dengan Pantai Cenang. Memang sesuai sangat untuk anda yang inginkan percutian yang selesa dan dapat bersiaran di pesisir pantai.

Dengan hanya 5 minit perjalanan daripada hotel ini, anda boleh beriadah bersama keluarga di tepi Pantai Cenang pada petang hari. Boleh juga bergambar pada waktu senja berlatarbelakangkan matahari terbenam.

Ruang bilik hotel ini sangat selesa. Terutamanya Premium Deluxe room yang berhadapan dengan kolam renang. Memang berbaloi untuk anda yang gemarkan aktiviti relaks dan santai di kolam.

Ada pelbagai fasiliti disediakan untuk kemudahan anda yang menginap di sini. Antaranya ialah kemudahan hair dryer, hot shower, alatan untuk penyediaan teh atau kopi dan juga flat screen tv.

Alamat : Lot 993, Pantai Tengah, Mukim Kedawang, 07100 Pantai Cenang, Malaysia

Sumber gambar : booking.com

3. Riverra Inn

Riverra Inn yang terletak di Pekan Kuah ini memang sesuai sangat untuk dijadikan penginapan sepanjang percutian di sini.

Kedudukannya sangat strategik untuk anda lakukan aktiviti lawatan di sekitar Pulau Langkawi, terutamanya di kawasan Pekan Kuah.

Penat berjalan ke sana-sini melawat tempat menarik di Pulau Langkawi, anda boleh luangkan malam anda di Riverra Inn pool. Cantik sangat suasana malam di sini!

Bilik penginapan di sini pun tak kurang cantiknya. Konsep putih hitam yang sangat menawan. Minimalist kaedahnya!

Ada 4 jenis bilik yang berbeza dan anda boleh pilih nak tempah bilik untuk berapa orang. Harga bilik bermula serendah RM129 untuk satu malam.

Selain daripada bilik yang kondusif, hotel ini juga menyediakan Wifi dan tempat letak kenderaan secara percuma. Ada sebarang masalah, anda boleh terus hubungi front desk yang beroperasi 24 jam sehari.

Alamat : Lot 290, Kampung Padang Lalang, 07000 Kuah Langkawi, Kedah Malaysia

Sumber gambar : riverrainn.com

2. Malibest Resort

Malibest Resort antara penginapan yang menarik perhatian. Ini kerana ia terletak berhadapan dengan Pantai Cenang dan ada pelbagai jenis bilik penginapan.

Pemandangan di malam hari daripada resort ini memang sangat mengasyikkan. Anda yang suka bergambar pada waktu malam, mesti seronok kalau dapat menginap di sini.

Antara bilik yang menarik perhatian ialah tree house, deluxe wooden dan deluxe brick. Harga penginapan di sini bermula serendah Rm150 sahaja untuk satu malam.

Ia memang sesuai untuk anda datang dengan kawan-kawan ataupun percutian bersama keluarga. Pilih sahaja jenis bilik yang sesuai dengan bajet anda.

Alamat : Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman

Sumber gambar : Booking.com

1. Dayang Bay Resort

Dayang Bay Resort sangat strategik kedudukannya menghadap pantai yang membiru. Anda yang gemarkan suasana begini, memang sesuai untuk menginap di sini.

Menariknya ada pelbagai fasiliti riadah disediakan untuk kegunaan pengunjung yang menginap di sini. Kalau anda bawa anak-anak kecil, memang sangat sesuai untuk beriadah santai bersama mereka.

Bilik-bilik di resort ini pun cantik. Anda boleh pilih sama ada nak bilik kecil atau besar. Paling best kalau dapat bilik di atas tinggi yang menghadap view laut. Cantik sangat pemandangannya.

Memang betul-betul menggoda kalau tengok gambar-gambar di Dayang Bay Resort ini. Anda mesti ambil peluang untuk menginap di sini apabila berkunjung ke Pulau Langkawi nanti.

Alamat : Persiaran Pelangi, 07100 Langkawi, Kedah Darul Aman, Malaysia.

Sumber gambar : Booking.com

Tips memilih hotel di Langkawi ?

Pilihlah hotel yang paling sesuai dengan bajet serta kapasiti kumpulan percutian yang anda bawa ke Pulau Langkawi.

Semoga dengan perkongsian ini dapat cambahkan idea untuk anda dapatkan hotel menarik di Langkawi.

Comments (0)
Add Comment