Percutian pendek di Port Dickson adalah pilihan yang tepat untuk kebanyakan daripada kita yang berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Anda yang sukakan air, mandi-manda di pantai, memang akan gegarkan Port Dickson. Betul kan?
Di sini kami nak kongsikan dengan anda, hotel menarik di Port Dickson untuk jadikan percutian lebih bermakna.
Nak honeymoon, babymoon dan apa jua percutian, boleh lah plan untuk ke mana-mana hotel ini.
Kandungan
4. Alexis Private Water Chalets
Tengok pancuran air di kolam renang ini, memang rasa segar. Lagi-lagi bila ada anak-anak yang gemarkan aktiviti air, memang sesuai untuk bercuti di sini.
Design ala-ala bali menjadikan chalet ini tampak cantik. Rasa tenang dan damai tengok pemandangan di sini.
Ada pelbagai fasiliti disediakan untuk anda yang menginap di sini. Antara nya ialah wifi percuma, pendingin hawa, private balcony, televisyen, seterika dan papan gosok, peti sejuk mini dan banyak lagi.
Jika anda merancang untuk datang dengan keluarga, boleh cuba untuk tempah Premium Water Chalets. Ia boleh muatkan sehingga 5 orang dewasa dalam keadaan yang selesa.
Alamat : Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
Sumber gambar : alexispd.my
3. Kapitan Lodge
Bila tengok Kapitan Lodge ini, terasa seperti pulang ke kampung atuk nenek. Dengan suasana laman yang luas, ia beri kebebasan kepada anak kecil untuk berlari ke sana sini.
Nak beristirehat di beranda pun boleh, sambil perhatikan anak-anak riang bermain. Begitu lah kehidupan kan.
Ruang rumah di Kapitan Lodge ini memang menarik sangat. Sesuai untuk percutian keluarga besar. Kalau anda merancang untuk adakan hari keluarga, boleh menginap di sini.
Suasana bilik yang luas dan selesa, memang sesuai untuk aktiviti keluarga. Nak memasak sendiri pun boleh juga sebab ada disediakan dapur.
Di sini hanya ada 2 jenis rumah sahaja.
- Two Bedroom House (4-6 pax)
- Holiday Home (10-15 pax)
Jadi, pilih mana-mana yang bersesuaian dengan kumpulan percutian anda.
Alamat : 2671, Kg segenting Bt 11 Port Dickson, Si Rusa, 71250 Port Dickson, Malaysia
Sumber gambar : portdickson.info
2. Private Water Chalet Port Dickson
Private Water Chalet Port Dickson atau Lexis Hotel Port Dickson ini juga chalet di atas air yang jadi pilihan ramai pengunjung.
Kalau anda ke Port Dickson, memang akan jumpa banyaknya chalet di atas air. Anda hanya perlu sediakan bajet untuk tempah penginapan yang sesuai dengan tahap kewangan semasa bercuti.
Bilik-bilik di sini berada di atas air. Anda boleh tengok air dari lantai bilik.
Boleh bandingkan harga pakej antara chalet-chalet di atas air yang ada di sini. Semoga anda jumpa pakej yang sesuai untuk percutian anda!
Alamat : Lexis Port Dickson, Taman Tanjung, 71000 Port Dickson, Malaysia
Sumber gambar : agoda.com
1. Wonderland Private Pool Villa
Wonderland Private Pool Villa atau nama lainnya Grand Lexis Port Dickson merupakan salah satu chalet di atas air yang ada di Port Dickson.
Anda yang nak rasai pengalaman menginap di atas air, boleh cuba ke villa ini. Ada pelbagai kemudahan fasiliti disediakan untuk anda.
Antaranya ialah pusat kecergasan, cafeteria dan private pool dari bilik villa anda sendiri.
Villa di sini memang sesuai untuk percutian yang privasi. Anda boleh beristirehat di dalam bilik sahaja.
Anda boleh memasak di dalam bilik juga. Tak perlu keluar kemana-mana pun. Sediakan makanan sendiri dan layan anak-anak berendam di dalam kolam persendirian di dalam bilik. Best kan.
Alamat : Grand Lexis Port Dickson Batu 2 Jalan Seremban Tanjung Gemuk, 71000 Port Dickson, Malaysia
Sumber gambar : Booked.net
Semoga dengan perkongsian ini dapat bantu anda pilih hotel menarik di Port Dickson. Selamat merancang percutian keluarga anda!