Kandungan
Menarik Tentang Moxy Putrajaya
Kalau korang cari tempat yang hip dan happening untuk kerja dan santai, Moxy Putrajaya adalah spot yang korang kena check out! Terletak betul-betul dalam IOI Resort City, Moxy ni dikelilingi dengan segala macam kemudahan. Ada shopping mall, indoor sport center, dan padang golf 18 lubang. Lagi best, KL International Airport pun dekat je!
Sampai je, terus check-in kat bar yang memang sentiasa happening. Korang boleh lepak sambil bergambar di setiap sudut hotel ni cukup mesra instagram. Bila perut dah mula berkeroncong, jangan lupa singgah makan kat Three.6.5. Boleh juga santai-santai kat Sky Bar yang terletak di tingkat 18. Sambil menikmati pemandangan bandar 180 darjah, memang layan habis!
‘Plug & Meet Yang SuperCool di Moxy Putrajaya
Kalau korang nak tahu, di Moxy Putrajaya ni terdapat 260 buah bilik lengkap dengan semua kemudahan yang diperlukan untuk penginapan selesa lagi menyenangkan.
Moxy ni juga ada space ‘Plug and Meet’ yang super cool, dilengkapi dengan kerusi ergonomik, dinding besar untuk menulis, dan TV 55 inci. Perfect untuk meeting atau event yang tak nak korang lupa. Bila hari dah gelap, berehatlah di bilik hotel yang cozy dengan segala kemudahan mandi mewah yang ada. Tempat ni memang sempurna untuk blend kerja dan rehat, complete dengan WiFi free, USB ports built-in, dan katil yang super comfy.
Kekal Sihat & Aktif
Selain dari bilik yang selesa, Moxy Putrajaya juga menawarkan pelbagai kemudahan yang lain. Bagi korang yang suka berendam dalam kolam hotel, kolam renangnya luas dan boleh jadi tempat yang sempurna untuk korang bersantai dan menikmati hangatnya mentari.
Bagi yang nak kekal aktif dan sihat pula, korang boleh berkunjung ke gym hotel yang punya kelengkapan terkini. So, tak ada nak kekal aktif walaupun sedang bercuti. Satu lagi yang tak kurang seronoknya ialah lobi hotelnya yang cukup cozy, sesuai untuk korang nak bersosial atau bekerja dalam suasana yang lebih santai.
Kesimpulan
Untuk korang yang mahukan pengalaman penginapan yang segar dan penuh keseronokan, hotel ini sangat ideal tau. Hotel moden dengan suasana yang santai dan interaktif!