Pernah tak korang terfikir nak plan untuk short vacation di Kuala Lumpur? Kalau ya, korang boleh pertimbangkan Shangri La Kuala Lumpur sebagai destinasi percutian ringkas korang. Pasti akan terasa berbaloi dan puas hati!
Tentang Shangri La Kuala Lumpur
Kalau dari KLIA, dalam 45 minit je naik kereta korang boleh sampai ke sini. Stesen KL Sentral pun dekat, 20 minit drive je. Nak lagi senang, hotel ni pun boleh arrange pengangkutan dari lapangan terbang, tapi korang kena standby untuk bayar extra lah.
Betapa strategiknya tempat ni, korang boleh bayangkan tak hanya 5 minit yang diperlukan berjalan kaki untuk sampai ke Menara KL dan Menara Berkembar Petronas. Dekat sangat kan?
Memandangkan jaraknya yang sangat dekat, korang juga boleh menikmati pemandangan mengagumkan Menara KLCC dan juga Menara Berkembar Petronas sewaktu bangun pagi. Oh, bestnya!
Menariknya Shangri La Kuala Lumpur
Sebaik sahaja menginap di sini, korang pasti akan rasakan keselesaan yang optimum. Bilik-bilik yang disediakan memang stylish habis, dengan tingkap besar bagi menampakkan lagi view KL yang pesat membangun.
Di setiap bilik ada TV skrin rata, mini bar, dan kemudahan membancuh teh atau kopi. Bilik mandinya pula luas dan 7lengkap dengan peralatan mandian dan jubah mandi. Rasa macam VIP betul!
Nak cerita betapa menariknya lagi hotel ini sebagai tempat yang best untuk short vacay korang, terdapat kolam renang luaran yang best sekali! Boleh lah korang luangkan masa berenang-renang dan legakan tegangan otot-otot yang mencengkam. Incase korang lapar selepas beraktiviti dan vibes santai-santai, hotel Shangri La ini ada sediakan 6 restoran dan bar dalam hotel tu sendiri tau. WiFi pun laju, so boleh lah korang teruskan aktiviti update social media sambil bercuti.
Pilihan lain lagi untuk hotel di tengah bandar Kuala Lumpur boleh tengok di sini
Bagi memudahkan lagi tetamu, kaunter penerimaan tetamu di hotel ini berfungsi 24 jam. So, kalau nak tukar duit, plan trip ke mana-mana, atau nak guna perkhidmatan dobi, semua boleh settle senang je. Untuk yang nak kekal fit, pusat kecergasan yang ada di sini memang tiptop. Tapi kalau nak chill, boleh je lepak di tab mandi panas, sauna, atau bilik wap. Nak lagi relax, cuba la pula urutan kat sana.
Pasal makan, jangan risau. Dari masakan Jepun, Perancis, Kantonis, sampai ke Western, semua ada. Nak minum petang atau enjoy koktel malam, korang boleh ke Horizon Club Lounge, tapi kena book bilik Suite atau Horizon dulu lah.
Kesimpulan
So, kalau korang plan nak stay kat KL dan cari tempat yang dekat dengan semua tarikan utama, Shangri-La Hotel KL ni patut masuk dalam list korang. Percayalah, pengalaman stay sini memang akan buat korang rasa macam tak nak balik rumah!