Selain terkenal dengan jolokan Bandar Ilmu, Bangi juga terkenal dengan kemewahan syurga makanan dari pelbagai pelusuk negeri. Bermula dari negeri pantai timur, barat selatan, termasuk juga makanan dari negara jiran iaitu Thai.
Tak susah nak mencari tempat makan menarik di Bangi. Jalan sikit je dah nampak kedai makan. Dan kebanyakannya memang kedai makan di sini viral dan menyajikan hidangan yang sangat menyelerakan.
Kandungan
Tempat Makan Menarik Dan Sedap Di Bangi Yang Wajib Anda Kunjungi
Mee Tarik Warisan Asli Bangi
Mee goreng dan char kuey teaw memang menjadi kegemaran dan pilihan rakyat Malaysia.
Namun berbeza pula di Mee Tarik Warisan Asli ini yang dibuat fresh-fresh di depan mata pelanggan, memang satu perkara yang unik.
Restoran viral ini diusahakan oleh seorang usahawan yang berasal dari Negeri China, dan merupakan seorang berbangsa Cina Muslim. Jadi anda tidak perlu ragu-ragu untuk menjamu selera di sini kerana memang diyakini halal.
Mee tarik di sini sangat sedap dikunyah dan sangat kenyal berbeza dengan mee kuning yang biasa.
Di sini juga disajikan masakan yang bergoreng dan bersup. Dan yang pasti resipi tersebut resepi asti datang dari Negara China.
Tengok gambar pun dah rasa terliur, so kalau sampai ke Bangi memang wajib singgah restoran ini ye.
Lokasi: 50, 38, Jalan Medan Pusat 2C, 43650 Bandar Baru Bangi,Selangor
Waktu Operasi: 11.00 am – 11.00 pm.
Baca juga tentang tempat menarik di Selangor yang wajib anda kunjungi
Restoran Ana Ikan Bakar Petai Bangi
Kalau anda pernah mencuba dan suka akan ikan bakar petai di Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur, Kuantan sudah pasti anda mesti suka akan menu-menu ikan bakar di Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Bangi ini.
Walau berkonsepkan lauk pauk yang di bakar, anda juga boleh minta pelbagai jenis masakan untuk laun segar yang anda pilih.
Jika ke sini, admin memang suka pesan lala masak merah, bersama ikan pari bakar. Fuh…memang sedap sangat.
Bolehlah masukkan dalam list tempat makan yang wajib anda jelajah bila sampai di Bangi nanti ye.
Ana Petai ni memang salah satu tempat makan menarik di Bangi yang mendapat tempat di hati penduduk di sini. Kalau musim gaji, memang penuh sampai tk cukup meja dan kerusi.
Alamat: Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: 5.00 p.m – 12.00 am
Restoran Homst Kajang
Restoran ini tidak jauh dari Bangi dan menyediakan menu makanan Cina Muslim dan memang sudah lama bertapak di Kajang serta sering menjadi kunjungan rancangan makan makan di tv seperti Jalan-jalan cari makan TV3.
Antara menu yang boleh anda cuba adalah ayam madu lemon, daging kum pao, ayam masak butter, udang telur masin dan puluhan menu makanan cina yang lain.
Alamat: 47G, 48G, Jalan Prima Saujana 1/1a, Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor.
Waktu Operasi: 11 pagi hingga 10.30 malam.
Pavillion Steak & Grill Bangi
Walaupun nama restorannya seperti hanya menyediakan makanan ala barat, tetapi sebenarnya banyak menu masakan lain yang turut disediakan di sini seperti kulinari arab, meditrenean dan tidak kurang juga dengan aneka masakan orang melayu.
Ruangan dalaman dalam kedai tersebut juga sangat selesa dan sesuai untuk bawa keluarga makan di sini.
Sila pastikan anda sampai awal sebelum pukul 8 malam ye, sebab kebiasaannya selepas pukul 8 suasana semakin sesak dan agak sukar untuk mencari parking.
Alamat: Pavillion Steak and Grill, 6044 Sungai Ramal Dalam Selangor, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor.
Waktu Operasi: Setiap Hari 12 pm – 1.00 am.
Salt dan Pepper
Seperti namanya, destinasi makan ini juga menyediakan menu makanan ala barat dan lebih khusus kepada makanan Italian dan English.
Tempat ini sering menjadi tempat kunjungan orang ramai untuk makan malam dengan menu makanan grilled bersos, pasta dan pilihan burger.
Sila cek waktu operasi ye sebelum ke sini. Kerana kebiasaannya, restoran ini tutup pada hari Isnin.
Alamat: 46, Jalan 3/70, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin 3.00 pm – 10.45 pm (Isnin Tutup)
Red Card Bangi
Restoran ini sangat ideal untuk mereka yang menginginkan suasana yang selesa dengan pilihan makanan western seperti steak, lamb chop dan fish& chips ataupun makanan yang santai-santai sahaja seperti desert-desert ala barat seperti mushroom soup, chicken salad& sebagainya.
Red Card Bangi memang salah satu destinasi makan yang sangat popular di Bangi bagi mereka yang suka makanan western yang sedap.
Selain dari makanan western, admin tak pernah miss untuk order beef chicken rice jika datang ke sini.
Oh ye, di sini juga anda juga boleh pesan air minuman float, ala-ala macam A&W.
Red card juga adalah salah satu tempat makan menarik di Bangi yang menjadi tumpuan belia untuk buat event tertentu seperti sambutan hari jadi, majlis perpisahan dan sebagainya.
Alamat: 17& 18, Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Waktu Operasi: Selasa- Khamis & Sabtu – Ahad (12.00 pm – 10.30) Jumaat (4.30 – 11.00 pm) Isnin (Tutup)
Warung kita
Warung Kita adalah salah satu kedai viral yang sentiasa mendapat tumpuan di Bangi.
Berkonsepkan nasi berlauk, restoran yang selesa dengan nama warung ini mempunyai satu hidangan khas yang di panggil Nasi Manggey.
Nasi Manggey merupakan makanan negeri Kelantan yang menghidangkan nasi berlaukkan ayam cincang bersama kuah kari.
Warung kita ini ada beberapa cawangan di Selangor, antaranya ialah di Ampang, Sungai Buloh dan Bangi.
Alamat: Jalan Industri Sungai Tangkas 1, Kampung Sungai Tangkas, 43000 Bangi, Selangor.
Waktu Operasi: 7 pagi hingga 10 malam.
Warung Dusun Sup Gear Box.
Teringat lagi, masa admin mula datang ke Bangi, abang dan kakak ipar bawa makan ke sini.
Memula hirup sup dia, fuh..terkenang-kenang sampai berminggu-minggu. Sup gear box dia memang lain macam. Tersagat padu.
Selain dari sup, ada pelbagai lagi hidangan yang boleh anda order. Lauk berasaskan bakar dan seafood pun ada.
Alamat: Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.
Waktu Operasi: 6 petang hingga 1 pagi.
Me’nate Steak Hub (Bangi)
Kedai ini terkenal dengan pemiliknya, Mustaffa Othman yang pernah menuntut ilmu dan berpengalaman luas mengenai daging.
Paling membanggakan, beliau pernah berkhidmat untuk Ratu Elizabeth di Istana Buckingham, London. Daging Wa’gyu iaitu daging jepun sangat disyorkan. Harga berbeza mengikut berat yang dipilih.
Selain dari steak, anda boleh pesan pelbagai makanan ala barat di sini. Banyak pilihan.
Jika ke sini untuk dinner, pastikan anda datang awal sebelum pukul 8 malam ye. Restoran viral ni sentiasa menjadi tumpuan masyarakat Bangi dan luar kerana hidangannya yang sangat menyelerakan.
Alamat: 3B, Curve Business Park, 25, Jalan Medan Pusat 2d, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Khamis & Sabtu – Ahad (11.00 pagi – 11. 00 malam) Jumaat (3.00 petang – 11.00 malam)
Roti Canai D’Bukit
Warung ini cukup terkenal sebagai tempat bersarapan pagi yang paling sedap di area Bangi dan Kajang
Menu yang menjadi kegilaan ramai di sini adalah roti canainya yang dimakan bercicahkan kari kambing.
Selain itu, hidangan lain yang juga mendapat perhatian daripada para pengunjung adalah sate, soto, nasi lemak, mee sup, otak-otak dan mee jawa. Bukan setakat makanan, teh aisnya pun semacam sedapnya.
Di sekirat warung, ada pelbagai makanan dari peniaga lain yang sama-sama berkongsi rezeki di situ.
Bila ke sini admin dan family pasti order roti canai telur bersama kuah sambal sardin, sate gemuk dan juga nasi lemak ayam. Fuh, terasa kenyang sampai tengahari.
Alamat: Roti Canai D’Bukit Jalan Masjid Kajang, Selangor Darul Ehsan, 43000 Kajang.
Waktu Operasi: 5:30 am – 12:00 pm.
Paramount Coffee House
Paramount Coffee House milik Ustaz Ebit Lew ini terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.
Sebuah restoran yang selesa, dengan iringan lagu yang menyenangkan jiwa serta lengkap dengan penyejuk udara. Menarik untuk dijadikan port lepak bukan?
Hidangannya juga tidak kurang menariknya, anda boleh mencuba menu seperti Oreo Vanilla Waffle, nasi mak’s ayam chilli, aneka jenis spaghetti dan banyak lagi.
Alamat: 7-47-01 Seksyen 9, Jalan Medan Pusat Bandar 8A, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.30 malam.
Ha… macam-macam makanan ada kan. Kan admin dah kata, Bangi ni syurga makanan sedap-sedap.
Sebenarnya ada banyak lagi tempat makan menarik di Bangi ni, admin akan sentiasa update post ini untuk senangkan anda semua cari tempat makan bila sampai di Bangi ni.
Yang menariknya, kadang-kadang, tempat makan tu, orang bangi pun tak tahu kewujudannya.