Kalau dah berjalan-jalan kat Langkawi yang cantik tu, dah penat susuri Pantai Cenang, rugi kalau tak singgah makan-makan kat sana.
Banyak pilihan tempat makan yang best-best tau. Dari masakan Melayu, Perancis, Jepun dan macam-macam lagi, semuanya ada di Langkawi.
Jom kita lihat tempat yang best tu. Nanti dah boleh aim siap-siap sebelum ke Langkawi ye.
Kandungan
Tempat Makan Best dan Wajib Cuba Di Langkawi
1. Nasi Dagang Pak Malau
Alamat: Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa (8.00 am – 2.00 pm) | Selasa (Tutup)
Teringin nak makan Nasi Dagang Terengganu?
Kat Pulau Langkawi pun ada juga tau! Nikmat betul kalau dapat makan sarapan pagi kat sini.
Disaji dengan pemandangan sawah padi dan gunung di sekitar, asyik betul! Nasi dagang yang enak berlemak ni, anda boleh pilih nak makan dengan lauk daging lembu, ayam, ikan atau kambing.
Paling best, mestilah dengan gulai ikan tongkol.
2. Kak Yan Nasi Campur Langkawi
Alamat: Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (8.30 am – 4.00 pm) | Isnin (Tutup)
Perut berkeroncong minta diisi untuk makan tengahari?
Apa kata korang try pergi makan kat Kak Yan Nasi Campur ni. Di Kak Yan Nasi Campur, ada terlalu banyak pilihan makanan sampai mencecah 50 jenis masakan berbeza dalam satu masa.
Murah pun murah. Sampai ada orang kata makan kat situ dengan pinggan penuh lauk-pauk untuk 7 orang, cuma perlu bayar tak lebih RM 90!
Sesuai sangat kalau makan beramai-ramai kat sini. Ada juga makanan lain yang patut korang cuba kat sini macam laksa utara, bubur kacang dan juga bubur jagung.
3. Halim GP Gulai Panas
Alamat:No 4, Jalan Lapangan Terbang, Kampung Bukit Nau, 07100 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00 pm – 12.00 pm)
Restoran Halim GP Gulai Panas Airport memang syurga bagi peminat kari atau gulai.
Orang kata dia punya sedap tu sampai orang yang tak minat makan kari pun boleh hirup sampai licin!
Korang boleh pilih macam-macam jenis masakan laut lain juga macam ikan, ketam, sotong atau udang yang segar-segar kat sini untuk dimasak mengikut selera korang.
Nak goreng celup tepung? Gulai? Sambal? Macam-macam masakan ada! Korang order je.
4. Hafiz Rojak
Alamat: Jalan Pantai Kok, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 2 – 7.30 pm
Kalau berjalan sekitar Pantai Kok, anda semua patut cuba makan rojak yang tersedap kat sini.
Bukan kat restoran atau kedai makan, Hafiz Rojak cuma beroperasi kat lori jualan makanan sahaja.
Walaupun berniaga makanan ringan di lori jualan sahaja, Hafiz Rojak mendapat kunjungan dari Jalan-Jalan Cari Makan tau.
Haaa. Jangan pandang sebelah mata!
5. My French Factory
Alamat: Ground Floor, Langgura Baron Resort, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (11.00 am – 11.00 pm) | Jumaat (Tutup)
Tekak teringin nak makan makanan ala-ala Perancis?
Jangan tak tahu, kat Langkawi pun ada restoran yang sajikan makanan ala-ala Perancis juga tau!
Orang Perancis sendiri pula tu yang buka My French Factory ni kat Pualu Langkawi.
Anda semua patut cuba makan salty crepe dengan telur, cheese dan ayam bakar. Memang superb!
Lepas tu, try pula waffle yang rangup dengan ais krim kelapa, crepe dengan nutella + ais krim vanilla dan macam-macam lagi. Baru dengar dah kecur air liur, kan?
Kalau dah sampai di Langkawi jangan lupa lawat tempat-tempat menarik di Langkawi. Sesekali sampai sini, baik explore sampai habis kan.
Apa lagi? Jom bercuti di Langkawi.