Yang mana mencari kedai makan sedap di Semenyih, boleh refer kat bawah ini ye...
Semenyih adalah merupakan salah satu bandar yang berdekatan dengan Nilai, Bangi dan Kajang.
Semenyih juga antara daerah di negeri Selangor yang cukup terkenal dengan sungai dan bukit yang nyaman dan cantik. Antaranya ialah Sungai Tekala dan Bukit Broga yang bukan sahaja cantik malah boleh menenangkan hati dan jiwa korang .
Jika korang tercari-cari tempat makan yang sedap di Semenyih apa kata korang cuba di tempat yang saya cadangkan .
Jom saya tunjukkan kedai makan apa yang menarik dan sedap di Semenyih ni.
Kandungan
Kedai Makan Sedap Di Semenyih
1. Shaqhel’s Kitchen
Shaqhel’s Kitchen, agak pelik juga namanya kan.
Korang patut datang ke sini kerana ia terkenal dengan servisnya yang pantas dan harga berpatutan.
Menu yang mereka sediakan ialah masakan western dan grill . Antaranya chicken chop, lamb chop, pasta, burger dan sebagainya. Masakan local juga ada disediakan disini.
Ruang makannya juga sangat selesa tau korang.
Kalau nak tau lebih lanjut. Jemputlah datang ke sini !
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Rabu ( 5.30pm-10.30pm )
Alamat: 13-G, Jalan Semenyih Sentral 2, Taman Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor
2. Warunk Mango Shake
Warunk ni di baca dengan ejaan warung.
Ia terkenal dengan kisah sekumpulan anak muda yang memulakan perniagaan f&b iaitu Warunk Mango Shake .
Rekaan warunk ini sangat menarik kerana ia kelihatan simple, moden dan klasik dengan pengunaan warna hitan dan putih
Menu utama di sini ialah nasi sotong berapi, cheezy fries, burger dan banyak lagi .
Antara yang paling famousnya ialah air mango shake mereka .
Banyak feedback yang mengatakan air nya sangat sedap dan korang patut cuba try !
Waktu Operasi: Buka setiap hari ( 11am-10pm )
Alamat: H-03-01 Ecohill Walk, Setia Ecohill, 43500 Semenyih, Selangor
3. Lepaking 2.0
Lepaking 2.0 adalah tempat yang popular di kalangan anak-anak muda kerana kebanyakkan mereka menjadikan tempat ini sebagai tempat mereka lepak.
Walaubagaimanapun tempat ini sesuai untuk didatangi oleh semua termasuk para keluarga dan rakan-rakan.
Lepaking juga merupakan salah satu tempat makan di Semenyih di mana tempatnya menggabungkan pelbagai gerai dalam satu kawasan dan korang boleh dapatkan pilihan makanan yang korang nak berdasarkan selera korang.
Boleh tengok juga kedai makan sedap di Bangi kat sini
Tempatnya juga amat luas dan sesuai untuk pengunjung yang datang beramai-ramai.
Lepaking 2.0 memang nampak sangat cantik dan hipster berdasarkan rekaan kedainya .
Tempat duduk juga ada disediakan di dalam dan di luar .
Kedai makan yang berniaga disini ada dalam kira-kira lebih pada 13 kedai makan.
Mereka menjual pelbagai jenis makanan, ada hidangan western, mee rebus, nasi lemak, steamboat, pasta, shellout, burger , dan banyak lagi
Kedai dekat sini terlampau banyak ! Mesti korang akan rambang mata jika datang ke sini. Selain itu , kadang-kadang ada juga persembahan nyanyian yangg memeriahkan suasana .
Waktu Operasi: Buka setiap hari ( 4pm-12am )
Alamat: 497A, Jalan 15, 43500 Semenyih, Selangor
4. Papa Sushi Semenyih
Mana di antara korang yang suka sushi ni ?
Haa sila muncul sushi loversss sekalian!
Di Semenyih pun ada tempat yang menjual sushi tau tapi ia berkonsepkan kiosk . Mira Filzah pon pernah menjadi duta mereka tau
Di Papa Sushi ni korang boleh pilih sendiri tau korang nak sushi yang mana. Ada beraneka pilihan sushi yang korang boleh pilih. Harganya cuma bermula dari serendah RM1.00 sahaja.
Sushi kegemaran korang seperti salmon sushi, unagi,lobster, kimbap dan tempura semuanya turut dihidangkan .
Mochi dan oden pun ada juga tau korang !
Makan seperti bento pun ada disediakan.
Waktu Operasi: Buka setiap hari (11.30am-9.30pm )
Alamat: No 33, Jalan Tps 1/3, Taman Pelangi Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor
5. Nasi Aj Semenyih
Nasi Aj Semenyih ini adalah sebuah restoran yang masakannya berdasarkan masakan pantai timur.
Jadi restoran ini amat digemari oleh orang ramai kerana masakanya yang sedap dan sangat berbaloi dengan harganya.
Menu di sini sangat simple tetapi sangat memuaskan hati pelanggan. Mesti korang tertanya-tanyakan apakah menunya.
Korang pernah makan tak nasi Kak Wok ? Haa menu di sini sebenarnya sama seperti nasi Kak Wok . Ianya nasi putih yang dihidangkan bersama ayam goreng kunyit yang dipotong kecil-kecil, sambal belacan, timun dan kuah gulai.
Kalau tak nak makan lauk ayam, ada juga lauk ikan iaitu dipanggil ikan ayo (ikan tongkol )
Selain itu ada juga minuman coconut shake, cendol dan kuih muih.
Nampak menyelerakan bukan ? Jadi apa lagi jom singgah sini !
Waktu Operasi: Buka setiap hari ( 10.15am-7pm )
Alamat: Bandar Rinching Seksyen 5, 43500 Semenyih, Selangor
6. Luthfi Tang Kopitiam
Teringin nak merasai hidangan cina tapi takut tak halal ? Jangan risau di Luthfi Tang Kopitiam ini korang boleh menikmati hidangan disini tanpa ragu-ragu kerana ownernya adalah cina muslim.
Antara menu hidangan cina yang disediakan ialah Pan Mee, Wantan Mee, Dim sum, Charketiuw, Loh Mei Kai, Chee Cheong Fan dan banyak lagi.
Dim sum adalah antara menu yang paling terkenal sebab ramai orang menyukai hidangan ini.
Kalau nak merasa ala-ala kopitiam, korang boleh try kopi mereka bersama dengan roti bakar dan telur separuh masak memang sedap !
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Isnin ( 7.30am-3pm )
Alamat: 37-1 JALAN ECOMAJESTIC 3A/1 ECOMAJESTIC, 43500 Semenyih, Selangor
7. Sate Kesuma
Untuk korang yang suka makan satay tu, boleh cuba try Satay Kesuma ni.
Satay mereka agak terkenal dan selalu ramai pelanggan, jadi kalau korang nak, kena pesan awal-awal tau.
Mereka menawarkan 4 jenis satay iaitu ayam, daging, perut dan kambing. Agak jarang kan dengar orang menjual satay perut ni. Haa jadi korang patut cuba mereka punya satay ni.
Ketupat daun pisang juga ada dijual di sini.
Ia juga dihidangkan bersama nasi impit, kuah kacangnya yang pekat dan bersama potongan timun dan bawang merah.
Waktu Operasi: Buka setiap hari ( 6pm-10pm )
Alamat: Taman Seri Mawar, 43500 Semenyih, Selangor