Warga Cyberjaya, korang dah merancang nak makan dimana hujung minggu ni?
Tak perlu pergi jauh, kat sini pun ada banyak kedai viral.
Cyberjaya bukan sekadar bandar semata tau, makanan yang sedap pun banyak yang korang boleh cuba.
Jom saya tunjuk beberapa tempat makan yang confirm sedap dan berbaloi untuk korang cuba.
Kandungan
Tempat makan sedap di Cyberjaya
1- Mad Ayam Kampung – Port malan sedap Cyberjaya
Bagi para penggemar ayam kampung serta masakan Melayu, tempat ini memang sangat kami syorkan untuk korang terjah. Mad Ayam Kampung cukup popular dengan ayam kampung goreng yang sedap dan menyelerakan.
Bergantung pada lauk yang korang pilih, korang boleh makan tengah hari di sini dengan berbelanja lebih kurang RM8 ke RM12 sahaja!
Alamat: Cyberjaya No.102-G, Biz Avenue II @NeoCyber, Lingkaran Cyber Point Barat, Cyber 12, 63000 Cyberjaya
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 11 am – 4 pm
2- Puffy Buffy Cyberjaya
Namanya secomel dekorasinya yang tersendiri. Di sini, mereka menyajikan aneka jenis hidangan tempatan.
Suasananya juga sangat menenangkan apatah lagi untuk korang menikmati makanan korang. Antaranya ialah nasi lemak, nasi kerabu, roti canai, mi goreng dan aneka jenis kuih-muih.
Hidangan Barat seperti Lamb Chop dan pasta juga turut disediakan. Yang pasti, kebanyakan menu di sini memang kena dengan citarasa orang kita.
Alamat: Suite G-32-4809,, Cyberjaya Business District Perdana 2, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 7 am – 10 pm
3- Bawal Power Sempoi – Food Court TSI Sports Arena
Dah sampai Cyberjaya? Korang nak makan makanan laut? Korang wajib singgah di kedai makan Bawal Power Sempoi.
Di sini, korang boleh dapat semua makanan laut yang sedap dan segar-segar. Terutamanya ikan bawal bakar. Selain daripada set Ikan Bawal Bakar (berharga RM11), korang juga boleh mencuba set Sotong Goreng Berempah XXL (berharga RM12) yang sememangnya lazat.
Alamat: Futurise Centre, Block 3710, Persiaran Apec, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 5 pm
Baca juga pasal kedai makan sedap di Kuala Lumpur di sini
4- Giggles & Geeks
Kedai makan western di Cyberjaya, tapi bukan senang nak cari yang betul-betul memuaskan hati. Korang boleh cuba makan di Giggles & Geeks.
Restoran cukup luas dan sejuk dengan pendingin hawa. Korang boleh lepak-lepak santai dengan keluarga korang mahupan kawan-kawan korang.
Menu yang korang wajib cuba kalau singgah ke Giggles & Geeks ni ialah Lamb Chop, Lamb Shank dan juga Double Homemade Beef Burgernya. Memang puas hatilah!
Santai je tau kalau korang nak makan di Giggles & Geeks ni.
Alamat: Ground Floor, Bio-X Centre, Persiaran Cyberpoint Selatan, Cyber 8 63000 Cyberjaya, Selangor.
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (11.00 pagi – 6.30 petang) | Jumaat – Ahad (11.00 pagi – 11.00 malam)
5- Texas BBQ Barn
Tekak korang nak makan makanan western yang guna teknik masakan asli dari tempat asalnya? Jom korang singgah kedai Texas BBQ Barn ni.
Restoran ini menghidangkan daging salai yang dimasak menggunakan resepi Texas menggunakan kayu terpilih sehingga 18 jam! Daging yang dimasak sempurna dengan rasa yang sangat juicy.
Daging salai atau smoked meat ini boleh dimakan bersama dengan pelbagai lagi menu lain seperti spaghetti, sandwich, nasi, mee dan lain-lain.
Harganya pun sangat berpatuta. Apa pun korang bawalah duit lebih sikit. Pasti berbaloi tau.
Alamat: F-LG-3A, CBD Perdana 3, Jalan Perdana, 63000 Cyberjaya (Satu bangunan dgn Malakat Mall)
Waktu Operasi: Setiap hari (11.00 pagi – 11.00 malam)
6- Saba Restaurant
Bagi korang yang teringin nak makan makanan Yemen, Saba memang tempatnya. Paling terkenal adalah hidangan Nasi Ayam Mendy dan Nasi Kambing Kabsah mereka.
Memang tidak mengecewakan, dua menu adalah paling laris dan sangat sedap. Kalau rasa masih lapar lagi tapi tak mahu hidangan nasi, korang boleh cuba Chicken Kebab Sandwich mereka.
Roti buatan sendiri yang lembut dan disapukan sos bawang putih dan dibaluti dengan inti sayur sayuran segar, kentang goreng dan hirisan ayam yang penuh perisa.
Isi ayam terasa rangup dibahagian luar dan lembut dibahagian dalam. Dibilas dengan Teh Adni mereka yang sarat dengan rasa herba dan rasa yang berlemak.
Alamat: 4800 Suite 0-2 Ground Floor, Block A1, Jalan Perdana, CBD Perdana, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (11.30am-11.30pm)
7- Patribella Bakeshop
Kedai milik pemenang masterchef musim pertama, Dr Ezani ini juga terletak di Tamarind Square, Cyberjaya menawarkan hidangan pemanis mulut dan hidangan savoury serta kopi gourmet.
Apa yang memuaskan hati para pelanggan adalah rangkaian kek yang dibuat setiap hari house-made.
Korang boleh lah mencuba pilihan kek yang ada disini dan memang memuaskan hati terutamanya signature kek mereka, Chocolate Salted yang memang menjadi pilihan regular customers.
Alamat: D3-04-03 Tamarind Square, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (12pm-9pm)
Korang dah nampak dah nak pergi makan di mana kalau korang ke Cyberjaya? Okay korang. Jangan gelojoh tau. Kedai makan sedap memang banyak di Cyberjaya ni. Dari menu kampung , ke utara, timur dan barat semuanya ada.