Gombak – 9 Kedai Makan Sedap Wajib Singgah

Gombak bukan sahaja maju dan pesat dengan penduduknya. Malah ianya adalah sebuah tempat yang cukup terkenal dengan pelbagai makanan yang sedap.

Pilih sahaja korang nak makan apa, semua jenis hidangan korang boleh cari di Gombak.

Jom kami kongsikan tempat makan yang sedap di Gombak yang korang kena kunjungi sekiranya korang berada di kawasan ini.

Kandungan

Kedai Makan Sedap di Gombak

1- Lepaking 

Sumber : Facebook

Menyediakan konsep ala medan selera hipster yang menyediakan makanan yang ringan sehinggalah yang paling berat.

Tempatnya juga selesa dan disediakan pelbagai kemudahan seperti tandas dan surau yang bersih dan luas. 

Kebanyakan pelanggan mengesyorkan korang mencuba hidangan ala western mereka seperti lamb chop, pasta, chicken chop yang sedap dan murah selain hidangan panas seperti sizzling, masakan melayu seperti ayam penyet dan nasi dagang.

Tidak lupa juga snek ringan seperti makanan popular Vietnam iaitu Spring Roll dan Corndog cheese. 

Sumber : Facebook

Alamat: 3 1/2, Lot 8099, Jalan Gombak, Kampung Sungai Merali, 53000 Kuala Lumpur

2- Restoran D’Laman

Keenakan nasi ayam penyet di restoran ini dikatakan antara yang paling sedap di Lembah Klang! Memang rugi tak cuba.

Sumber : Facebook

Alamat: 43, Jalan Seri Setia, Gombak Setia, 53100 Kuala Lumpur, Selangor

3- Restoran Hot Pot King

Buat korang yang sukakan masakan panas ala steamboat dan grill, silalah berkunjung ke restoran hot pot king ini. Menariknya disini, korang boleh makan sepuasnya dengan pilihan lebih 100 jenis bahan-bahan steamboat yang segar.

Sumber : Facebook

Suasana restorannya juga bersih dan kemas pasti memberikan keselesaan kepada anda untuk menikmati hidangan lazat bersama yang tersayang.

Alamat: 59, Jalan Prima SG 3/1, Prima Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor

4- Restaurant Jees Seafood (Sri Gombak)

Tempat makan ini menyediakan suasana yang romantik dengan lampu malam indah high class tau. Korang pasti akan teruja. 

Sumber : Facebook
https://www.facebook.com/pages/Restoran%20Jees%20Seafood,Sri%20Gombak/190764307627652/photos/

Makanan yang boleh korang boleh cuba adalah makanan berat dan ringan berkonsepkan seafood, masakan panas, makanan western dan banyak lagi. 

Sumber : Facebook

Jus buah-buahan turut menjadi kegilaan ramai terutamanya para wanita. Untuk pengetahuan korang, surau dan toilet juga disediakan di sini, mudah kan jika korang membawa anak-anak dan keluarga ke sini?

5- Zazi’s Kitchen

Nikmati hidangan di Zazi’s Kitchen  dalam keadaan yang sunyi dan tenang, di bawah angin sejuk pendingin udara. Konsep hipster pasti akn membuat pengunjungnya berasa selesa. 

Sumber : Facebook

Menyediakan hidangan tempatan dan juga barat, semuanya dihasilkan dengan penuh teliti untuk mendapatkan hasil yang terbaik rasanya.

6- The Rack Boutique Cafe

The Rack Boutique Cafe juga merupakan tempat makan best di Gombak bagi para penggemar masakan ala-ala barat. Rata-rata pengunjung yang datang ke sini pasti memberikan rating 3.8/5.

Antara masakan yang best adalah chicken chop, shell out, spaghetti dan banyak lagi hidangan yang menarik. 

Sumber : Facebook

7- Ayam Penyet Surabaya

Istimewanya terletak pada sambal penyetnya yang resepi didatangkan khas dari tradisi masakan asli Surabaya yang sememangnya tersendiri.

Jom tengok juga kedai makan sedap di Kuala Lympur. Refer di sini ye

Hidangan sampingan lain turut dijual bagi memenuhi citarasa korang seperti mee goreng seafood, nasi goreng dan lauk pauk masakan tradisi antaranya terung berlado, gado-gado dan tumis kalian atau kangkong. Dijamin puas dan menyelerakan!

Sumber : Facebook

8- Kantin Setor Gombak

Satu lagi tempat hipster lepak yang cukup santai dan menarik untuk korang terjah sekiranya berada di sekitar kawasan Gombak ini ialah di Kantin Setor Gombak.

Pilih saja mahukan masakan barat, hidangan panas ala-Thai atau makanan melayu tempatan, semuanya ada.

Sumber : Facebook

Untuk mereka yang sekadar ingin mengalas perut dengan sesuatu yang ringan, korang boleh memesan hidangan dessert yang hipster dan kreatif. Cepat singgah dan rasai sendiri pengalaman bersantai sambil menjamu selera disini. Macam-macam ada!

Waktu Operasi: Setiap hari (5pm-2am)

Alamat: 4 ½, Kantin SG, Batu, Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur

9- Sudu & Knife

Sudu & Knife menjanjikan pelbagai hidangan istimewa ala barat bersaiz besar dan masakan tempatan dengan harga yang cukup berpatutan.

Jadi tidak hairanlah jika pelanggan tidak henti-henti berkunjung menikmati makanan enak disini. Daripada variasi masakan  ayam, daging, ikan, pasta, burger hinggalah kepada dessert, segalanya dijamin sedap dan lazat.

Sumber : Facebook

No.63 Jalan Sg 3/10, Taman Sri Gombak 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia

Teruja kan bila tengok makanan di kedai makan yang sedap-sedap di Gombak ni… Trylah…Pasti korang tak menyesal. Semua makanan di sini sedap-sedap dan berbaloi harganya.

Comments (0)
Add Comment