Kedai makan sedap di Bangi – Pemburu makanan sentiasa akan mencari port-port baru untuk mencuba makanan yang sedap, berkualiti dan berbaloi dengan bayaran diberi. Bangi adalah salah satu tempat tumpuan bagi pemburu makanan kerana kawasannya yang penuh dengan pelbagai jenis makanan yang sedap.
Antara kedai makan sedap di Bangi yang sering dikunjungi dan mendapat sambutan adalah Restoren Anje Beriani Cafe, Warung Kita, Warung Dusun Sup Gearbox, Cendol Bakar Auntie Sue@ Teras Jernang dan Denali & Pinnacles The Wanderer’s Cafe.
Kandungan
Antara kedai makan sedap di Bangi
Restoran Anje Beriani Cafe, Briyani Gam Johor
Restoran yang wajib dikunjungi jika anda adalah peminat nasi beriani dan kari kambing. Nasi Beriani biasa sangat berbeza daripada Nasi Beriani Gam Johor. Ini kerana Nasi Beriani Gam dimasak secara berasingan dari nasi. Ianya diibaratkan mengikut tekak tempatan Malaysia. Manakala, Nasi Beriani biasa di masak secara serentak antara nasi dengan lauknya.
Ada lebih banyak kedai makan sedap di Bangi, tengok di sini
Nasi Beriani Gam dan kuah kari daging sentiasa dimakan bersama-sama keropok pastinya membuka selera kita semua. Anda pasti akan teruja kerana melihat kepelbagaian lauk ayam, kambing, dan daging disediakan di Restoran Anje Beriani Cafe, Bangi. Kedai ini sentiasa mendapat tumpuan para penduduk Bangi mahupun penduduk luar Bangi.
Alamat : 13, Jalan 15/1C, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Warung Kita
Siapa kata kedai makan sedap di Bangi tidak menghidangkan makanan dari Kelantan? Anda sudah kenal Nasi Manggey? Nasi Manggey merupakan makanan negeri Kelantan yang menghidangkan nasi berlaukkan ayam cincang bersama kuah kari.
Anda harus datang dan cuba keenakkan Nasi Manggey dan coconut shake mereka adalah hidangan yang terbaik.
Restoran ini dibuka setiap hari bermula dari jam 7 pagi hingga 10 malam.
Alamat : Lot 1, Jalan St/1, Batu 18, Kawasan Perindustrian Sg. Tangkas, Kampung Sungai Tangkas, 44300 Bangi, Selangor
Warung Dusun Sup Gearbox
Konsep restoran yang ala-ala kampung pasti membuat kita untuk menjengah ke dalam dan menikmati makanan yang disediakan. Menu utamanya adalah sup gearbox.
Sup gearbox adalah salah satu titik utama makanan sedap di Bangi. Warung ini di buka setiap hari daripada pukul 6 petang sehinggalah 1 pagi.
Alamat: Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Cendol Bakar Auntie Sue@ Teras Jernang
Cendol Bakar Auntie Sue adalah antara pemanis mulut yang terbaik dan yang tersedap di Bangi. Cendolnya juga tidak terlalu manis dan sangat sedap dinikmati ketika cuaca panas dan dinikmati sebagai minum petang.
Cendol durian adalah cendol yang paling laris dan sering habis sebelum waktunya. Di sini juga terdapat cucur, mangga pulut santan, sate kebab cheesy mayo dan laksa sebagai hidangan tambahan.
Alamat: 39, Jalan Jernang Jaya 1, Kampung Teras Jernang, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Denali & Pinnacles The Wanderer’s Cafe – Kedai makan sedap di Bangi
Menu yang dihidangkan adalah menu barat kerana cafe ini berkonsepkan hipster. Cafe ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan suasana romantis ketika waktu malam.
Menu yang pelbagai membuatkan kita untuk merasa semua hidangannya. Antara menu yang menjadi pilihan adalah pasta, chicken chop, burger dan banyak lagi. Anda boleh datang dan buat pilihan anda sendiri.
Kafe ini beroperasi setiap hari kecuali Selasa, bermula dari jam 3 petang hingga 11 malam.
Alamat: Lot 1-4, Tingkat 1, Pusat Perniagaan Seksyen 3, off, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Memang terbaik kedai-kedai makan di sekitar Bangi. Harganya sangat berpatutan dan mampu untuk makan secara perseorangan mahupun berkumpulan.