Seremban terkenal sebagai destinasi terbaik untuk seorang pelancong menerokai majoriti makanan kenegerian orang Negeri Sembilan. Jom kita jelajah 9 kedai makan sedap di Seremban yang popular.
Kandungan
Kedai makan sedap di Seremban
1- Cendol Sagu Rumbia
Cendol hijau mungkin kita sudah biasa makan. Apa kata korang cuba kelainan dengan mencuba Cendol Sagu Rumbia.
Cendol yang berwarna perang muda ini memang sangat lain daripada kebiasaannya dan cendol ini dibuat menggunakan pokok sagu rumbia yang didapatkan di sekitar kawasan Labu. Tekstur dia lebih kenyal dan lebih sedap dikunyah berbanding cendol biasa.
2- Nasi Arab Damsyik – Kedai makan sedap di Seremban
Bertemakan masakan arab yang berasal dari Damsyik, haa.. memang terangkatlah bila makan kat sini. Sedap sangat nasi arab kat kedai makan sini.
Restoran Nasi Arab Damsyik ni terletak di Jalan Paroi-Senawang. Kalau sesat, tanya je orang. Semua orang Seremban mesti tahu restoran ni.
Waktu operasi : Rabu hingga Isnin (11:00-23:00) , Cuti : setiap hari Selasa
3- 99 KEBAB Seremban
Bagi penggemar shawarma atau dikenali kebab dalam kalangan kita, disini memang akan menjadi tumpuan kerana kebabnya yang enak dan harga yang berpatutan.
Bukan itu sahaja, kuantitinya yang banyak dan daging yang lembut bersama sos yang dibuat sendiri memang akan membangkitkan selera.
Waktu operasi : Sabtu hingga Rabu (3:00-22:00), Khamis dan Jumaat (17:00-22:00)
Mencari hotel terbaik di Port Dickson? Sila refer di sini ye
4- Restoran Selera Nogori – Kedai makan sedap di Seremban
Selera Nogori menjadi tempat kegemaran bagi kebanyakkan orang negeri Sembilan untuk menjamu selera kerana memang kena dengan tekak dan citarasa mereka.
Waktu Operasi: Setiap hari Isnin- Sabtu
5- Restoran D’Pantai
Restorang D’Pantai pula menyajikan kambing bakar, ikan talapia bakar bersama sos istimewa dan masak lemak daging salai. Tambahan pula restoran ini menyediakan kemudahan seperti surau serta taman permainan untuk korang makan secara santai.
6- Rumah Makan Cibiuk Seremban Gateway
Rumah Makan Cibiuk Seremban Gateway ini kerana disini menyajikan makanan asli Sunda Indonesia. Susah untuk dapat makanan yang rare sebegini di Malaysia.
7- Restoran Sabak Salai
Bagi mereka yang mencari destinasi terbaik untuk mencuba makanan kenegerian orang Negeri Sembilan, Restoran Sabak Salai sangat disyorkan untuk korang lawati.
Pelbagai menu makanan salai masak lemak cili api yang boleh korang rasa di sini seperti itik salai, puyuh salai, daging salai, ayam kampung salai & pelbagai lagi.
Walaupun rasa kuahnya memang pedas, namun sebaik dicuba dengan nasi putih, rasa pedasnya jadi seimbang.
8- Restoran Nelayan Seafood Rahang, Seremban
Terdapat lebih 20 tray lauk pauk yang pasti membuatkan anda rambang mata & tidak sabar untuk mencubanya.
Pilihan lauk makan tengahari di sini sudah tentulah kebanyakannya resepi asli orang Negeri Sembilan seperti masak salai, asam pedas, kari, aneka ulam-ulaman & sebagainya.
Malah pilihan masak lemak cili api yang ada di sini juga agak banyak seperti udang galah, ikan kerai, burung puyuh, perut, ikan sembilang, ketam & sebagainya.
9- Mr Manshor Kopitiam Power
Kopi popular yang sering menjadi pelanggan setia adalah kopi power, kopi burung walid, kopi mahkota dewa, teh herba misai kucing dan macam-macam lagi.
Kedai makan ini juga mempunyai beberapa pilihan menu makanan yang sedap untuk pelanggan seperti mee udang, mee rebus, mee bandung & sebagainya.
Okay korang, itu sahaja perkongsian kami setakat ini. Korang boleh cuba semua kedai makan sedap di Seremban jika korang berkesempatan ye. Hati-hati di jalan.