Korang kalau datang ke Shah Alam ni mesti tak tau nak makan dekat mana kan ? Meh saya tunjukkan kedai makan yang sedap di Shah Alam.
Jadi bila datang sini korang tak perlu nak pening-pening fikir nak makan kat mana.
Dekat Shah Alam ni banyak sangat kedai makan yang menarik korang wajib pergi!
Kandungan
Kedai Makan Sedap Di Shah Alam
1. Fradoo ABC Special Madness
Kedai ini telah wujud pada 15 tahun yang lalu. ABC di sini sangat enak. Terdapat 10 jenis abc yang disimbah dengan coklat yang likat.
Antara Abc yang ditawarkan ialah ABC Milo, ABC Special dan bermacam-macam lagi. Kalau korang lihat facebook page mereka mesti korang akan teliur dengan abc yang mereka sediakan.
Facebook Page: Fradoo ABC Special Madness
Alamat: Stall No 14, Medan Selera Seksyen 2, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi : Buka Setiap Hari ( 9am-11.45pm )
2. Restoran Sunda di Rumah Makan Cibiuk
Restoran ini menyediakan masakan Jawa Sunda Indonesia
Kalau korang nak tau masakan dekat sini sebenarnya sangat serasi dengan selera Makaysia.
Antara makanan yang disediakannya adalah sup ikan bakar, nasi liwet, nasi timbel dan banyak lagi.
Namanya juga pelikkan , nasi liwet ni sebenarnya lebih kurang sama seperti nasi lemak . Ia dihidangkan dengan lele goreng dan ayam kampung yang dibakar.
Alamat : B-LG-19, Vista Alam, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (11.00 am – 11.00 pm) | Jumaat (3.00 pm – 11.00 pm)
3. Gangnam Station Restaurant
Haa ni khas untuk korang yang suka makanan korea tu wajib datang ke sini .
Harganya juga bersesuaian dengan hidangan. Antara menu yang ditawarkan ialah seperti tteokbokki, kimchi , jajangmyeon dan bermacam-macam lagi . Untuk korang yang teringin nak makan masakan korea tu boleh lah datang ke sini .
Alamat: No G45, Block 6, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.30 am – 11.00 pm)
Sampai ke Shah Alam, wajib bawa anak-anak dan family layan mandi air di Wet World Waterpark Shah Alam. Tiket bermula RM20 sahaja bila beli kat sini.
4. Nasi Kukus RZ
Nasi Kukus Rz ni sangat terkenal sampaikan ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menikmati nasi kukus di kedai ini .
Nasi kukus ini dilengkapkan dengan ayam goreng berempah, sambal dan kuah karinya yang sedap. Tambahan lagi ia dihidangkan di atas daun pisang .
Korang boleh dapatkan nasi kukus RZ ini hanya dengan harga RM6.50.
Alamat: 2, Jalan Plumbum Aa 7/Aa, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (10.00 am – 12.00 am) | Jumaat (2.00 pm – 12.00 am)
5. Kopimeo
Kopimeo ini merupakan sebuah kafe yang bertemakan warna monokrom hitam dan putih.
Kafe ini juga menyediakan pelbagai makanan yang menarik seperti spaghetti udang masak lemak, steak dan banyak lagi. Korang patut datang ke sini dan menikmati kelazatan kopinya yang sedap .
Alamat: 29 Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam
Waktu Operasi:
Isnin – Rabu (12.00 pm – 10.00 pm)
Jumaat (4.00 pm – 10.00 pm)
Sabtu, Ahad (8.30 am – 10.00 pm)
Khamis (Tutup)
6. Kueh Café
Untuk korang yang suka minum petang dengan makanan-makanan yang ringan , korang bolehlah singgah ke Kueh Café
Terdapat pelbagai jenis kuih yang ada seperti kuih keria, apam ayu, donut, ketayap dan sebagainya .
Kedainya yang cukup luas menggabungkan dua buah kedai dan ianya sangat selesa
Alamat: Jalan Renang 13/26, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 10.00 pm)
7. Foodsbury di Seksyen 9, Shah Alam
Foodsbury adalah salah satu kedai yang viral di Shah Alam.
Ia terkenal dengan hidangannya yang sempurna iaitu chicken girll,beef burger, lamb chop, dan banyak lagi. Ia juga menyediakan dessert yang menarik hati ramai pelanggan di sini iaitu kek crepe .
Alamat: 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (12.00 pm – 10.30 pm) | Isnin (Tutup)
Dah sampai Shah Alam tu, boleh lah lawat tempat-tempat menarik yang lain lagi. Boleh refer sini ye
8. Warung Ambo
Ada diantara korang orang Kelantan ? Haa kalau ada meh pakat makan di Warung Ambo ni kerana mereka menyediakan masakan Kelantan atau “ pata timo “
Untuk menu masakan mereka adalah seperti nasi ngosek, nasi ikan ayo, nasi daging kerutuk, nasi kerabu, nasi sado dan banyak lagi.
Tambah lagi kalau korang makan bersama sambal makin sedap rasanya.
Selain itu ada juga kuih muih seperti, pulut manga apam beras, pulut pagi, roti jala, dan banyak lagi .
Alamat: 38, Jalan Novelis U1/86A, Laman Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (8.30 am – 4.00 pm) | Isnin Minggu Ke-2 Dan Ke-4 (Tutup)
9. Pak Li Kopitiam Shah Alam 13
Pak Li Kopitiam juga merupakan salah satu tempat makan yang popular di Shah Alam . Kali ini mereka membuka cawangan di seksyen 13.
Cawangan mereka di sini bukan saha besar dan luas malah ianya juga classy dan elegan memang sangat cantik.
Menu yang ada di sini ialah Nasi Lemak ayam, roti bakar, telur separuh masak, nasi ayam lemon dan sebagainnya .
Yang paling digemari oleh orang ramai di Pak Li Kopitiam ialah kopi .
Alamat: 2, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 12pm-9pm (setiap hari, tutup pada hari Isnin)