Kuala Lumpur merupakan bandar raya yang pesat dengan pembangunannya. Malah, ianya merupakan kawasan tumpuan penduduk. Ada banyak tempat makan sedap dan menarik di sini.
Jom kita kongsi tempat makan yang sedap di KL. Pasti korang tak akan menyesal dan korang akan datang lagi!
Kandungan
Tempat Makan Sedap Di Kuala Lumpur
1- Me’nate Steak Hub (Setapak)
Me’nate ini merupakan steakhouse yang sangat terkenal di Malaysia.
Kualiti stik di sini memang dijamin terbaik. Sirloin, Rib Eye, Wagyu, Lamb & Beef Rack merupakan antara stik yang wajib korang cuba.
Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm
Alamat: C-01-02 & C-01-03 StarParc Point, Jalan Taman Ibu Kota, 53300 Kuala Lumpur
2- Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru
Kedai ini sentiasa penuh dengan kedatangan pelanggannya. Terutamanya ketika sarapan dan makan malam.
Korang nak rasa nasi lemak warisan, kena datang sini dan cuba rasa kelazatannya sendiri.
Pasti teruja sebab kedai ini turut menyediakan beberapa jenis lauk-pauk sebagai hidangan tambahan. Memang puas hati!
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa (6.30 am – 12.00 pm, 3.00 pm – 12.30 am) | Selasa (3.00 pm – 12.30 am)
Alamat: 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
3-Restoren Mee Tarik Warisan Asli
Rasa nak makan mee?
Jom cuba makan mee tarik yang terkenal di kalangan penggemar makanan Cina Muslim.
Lagi seronok mee tarik ni korang boleh tengok secara live ketika pembuatannya.
Memang sangat unik kerana korang akan terasa kekenyalannya. Sangat berbeza dari mee yang biasa.
Waktu Operasi: Setiap Hari: 11.00 am – 8.00 pm
Alamat: 51, Jalan Tasik Utama 3, Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
4- Restoran Dapur Sarawak
Korang dah cuba makanan Sarawak?
Kalau belum, kena cuba tau. Restoren ini merupakan salah sebuah tempat makan yang sedap di KL.
Antara menu hidangan popular yang dihidangkan adalah Mee Kolok, Laksa Sarawak, Nasi Aruk Dabei, Bihun Belacan, Nasi Manok Panggang dan sebagainya.
Restoran ini terletak di Jalan Sarikei, Pekeliling dan dibuka setiap hari dari 10 pagi sehingga 10.30 malam.
baca juga tempat menarik di Kuala Lumpur di sini
5- Halab Restaurant
Halab Restaurant menyediakan makanan Arab yang asli. Boleh pilih nak makan hidangan Arab yang pelbagai.
Antara hidangan yang ada di sini seperti chicken Maklouba, Kibbeh Labanieh (Meatball Bersama Stew Yogurt), Muhammarah (Kacang Walnut Dan Lada Merah), Freaka Lamb, Shawarma dan banyak lagi.
Daripada pelbagai menu, disarankan untuk korang mencuba menu Lamb Cubenya yang kaya dengan rasa asli sampai terpejam mata enaknya.
Di samping semua hidangan ini, korang boleh juga rasa dessert seperti Marshmallow Stick (marshmellow disaluti coklat), ais krim pelbagai rasa, Halab Special Choc (ais krim coklat berkon bersama krim dan buah) dan banyak lagi yang sangat instagrammable persembahan hidangannya.
Menu-menu seperti Nasi Mandy dan Kebab merupakan antara yang terlaris di sini. Kambing pula merupakan lauk yang menjadi kegemaran ramai pelanggannnya.
Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 4 am
Alamat: 35, Jalan Berangan, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
6- RSMY Cheese Naan – Tempat makan roti naan yang sempoi
Alang-alang korang dah sampai KL ni, korang jangan lupa rasa RSMY Cheese Naan.Ttak salah pun korang nak bercheat day.
Kepadatan kejunya dan ditambah lagi dengan kuah dhal dan kuah kari yang pekat, pasti akan menjilat jari.
Alamat: 11&13, Jalan Medan Tuanku, Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (3.00 pm – 2.00 am) | Sabtu, Ahad (12.00 pm – 2.00 am)
7- Sweetree – Tempat makan sedap di KL
Restoran Korea yang mempunyai sijil halal. Mereka menyediakan bukan sahaja makanan Korea yang sedap tetapi ada juga beberapa menu barat yang harus dicuba.
Harga makanan mereka agak tinggi tetapi memang sesuai dengan portion dan rasa makanan.
Waktu Operasi: 1.00 am – 9.30 pm
Alamat: Lot 12 & L1Lot 13 L1, L2, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor
Korang dah sedia nak serbu tempat makan di KL yang sedap?
Kalau ke KL wajib singgah tau!