Tempat Makan Sedap Di Kuantan – Wajib singgah!

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 7 tempat makan yang sedap di Kuantan. 

Kuantan merupakan sebuah ibu negeri yang terbesar di belah Pantai Timur serta berada di dalam carta antara 20 ibu negeri terbesar di Malaysia.

Kaya dengan aktiviti ekopelancongan serta lokasinya yang menghadap Laut China Selatan membuatkan Kuantan cukup istimewa dan popular di kalangan geng kaki melancong.

Kandungan

7 tempat makan sedap di Kuantan

1- Mustafa Cendol

Mustafa Cendol boleh dikatakan antara cendol yang terbaik di Kuantan.

Kalau dah ke sini, jangan lupa makanan seperti rojak ya… barulah kena makan rojak bersama cendol.

Sumber: Facebook

Selain itu, korang boleh mencuba ABC dengan aiskrim.

Alamat: Jalan Teluk Sisek, Kuantan, Pahang 25000

2- Kula Cakes – tempat makan sedap di Kuantan

Kedai kek ini sangat popular dengan Mango Cheesecake. Rasa keju yang tidak memuakkan dan mangga yang manis dan segar merupakan antara punca kek ini sangat digemari. 

Sumber: Google

Korang juga boleh mencuba berbagai jenis kek di sini.

Alamat: 96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

3- Lila Wadi Restaurant

Orang Kuantan jika tak tahu pasal Lila Wadi memang pelik. Restoran ini menawarkan pelbagai jenis menu memikat selera untuk memenuhi citarasa individu yang berlainan.

Pelbagai jenis masakan turut disediakan disini. Antaranya, masakan Barat, Melayu, Thai, BBQ dan pencuci mulut. Steamboat dan pencuci mulut antara  hidangan yang mendapat sambutan disini.

Sumber: Google
Sumber: Google

saya rekemenkan korang cuba Kek Keju Mangga. Jangan lupa juga pekena kek keju durian sama tau!

Lokasi: Lorong Selamat 21 off Jalan Teluk Sisek

4- Terminal Satay Zul – tempat makan sedap d Kuantan

Setelah puas menjamu masakan barat, jom korang cuba pula satay. Satay yang disediakan di sini cukup sedap dan lembut. 

Sumber: Tripadvisor

Kuah kacangnya juga cukup rasa, pekat dan sedap. Rasanya tidak begitu pedas dan tidak begitu manis, kena dengan citarasa semua orang. Selain satay, mereka juga ada menjual nasi lemak dan masakan panas seperti nasi goreng.

5- Jaman Tory Resipi

Menu yang menjadi trademark adalah Char Koay Teow kerang bersama udang, Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak, Daging Salai Masak Lemak dan satu lagi menu istimewa Ciss Terbakor (Nasi Goreng Cheese).

Jaman Tori Resipi menawarkan masakan Melayu Pahang yang harus korang cuba. Mesti korang akan teringat-ingat akan kesedapannya.

Lokasi: 15 2/3 indera mahkota 2, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

Baca juga, tempat menarik di Pahang di sini

6- Aniq Steamboat

Sumber: Inaainaa.com

Aniq Steamboat sangat popular dan antara tempat makan sedap di Kuantan yang amat mendapat sambutan baik dalam kalangan orang tempatan mahupun pelancong dari luar negara. 

Terdapat pelbagai jenis pilihan menu di sini untuk korang pilih. Mereka juga menyediakan tempat makan yang baik dan agak klasik, ruang yang luas dan keadaan yang selesa.

7- Bombay Restaurant

Inilah tempat makan di Kuantan wajib korang datang. Terdapat aneka lauk pauk yang dihidang di atas daun pisang yang diadaptasi idea dari Spicy Of India. 

Sumber: Foodadvisor.my

Selain dari nasi daun pisang, terdapat juga lauk atau hidangan yang menarik seperti kari kambing, kari daging dan kari kepala ikan. 

Kesimpulannya

Memang banyak tempat makan sedap di Kuantan yang menarik. Memang rugi kalau tak rasa jika dah ke Kuantan ni.Dari masakan yang biasa kita makan hingga makanan yang jarang kita makan.

Korang susun masa korang untuk datang makan okay. 

Comments (0)
Add Comment