7 kafe hipster di Kuantan-very instagramable yang korang wajib pergi bila ke sana nanti. Zaman sekarang makin ramai yang suka makan di kedai hipster, terutamanya anak-anak muda.
Very Instagramable di sini maksudnya gambar-gambar yang korang snap di sini sangat cantik bila korang kongsikan di media sosial, Instagram.
Kebanyakan kafe ini mempunyai dekorasi unik dan menarik sehingga menjadi pilihan untuk pengunjung meluangkan masa dengan teman serta keluarga tersayang.
Kandungan
Pilihan Kafe Hipster di Kuantan
Kalau korang ke Kuantan, korang tak perlu pening kepala nak cari kafe-kafe yang menarik dengan harga yang berpatutan.
Di Kuantan ni, banyak kafe hipster yang dihias dengan konsep tertentu sama ada gaya urban, Inggeris, retro moden atau pun tradisional.
Menu-menu di kafe ini pun agak pelbagai dan menarik perhatian. Jom, kita tengok koleksi kafe yang korang boleh pergi nanti bila ke sana!
Kula Cakes
Kula Cakes antara kafe hipster yang cukup terkenal tau di Kuantan ni. Kafe ini kecil sahaja tetapi direka bentuk dengan unik dan menarik.
Ruang makan kafe ini juga cantik. Cumanya, disebabkan saiz cafe ini yang agak kecil hanya 2 meja sahaja yang disediakan di dalam kafe.
Tapi korang tak perlu risau, ada lebih banyak meja tersedia di lorong luar tepi kedai.
Nama pun kedai kek kan. Jadi, di Kula Cakes ni korang akan jumpa pelbagai jenis pilihan kek. Tapi, pilihan paling top di sini ialah kek Mango Cheesecake.
Sedap sangat Mango Cheesecake di Kula Cakes ini sehinggakan ramai orang dari luar Kuantan sanggup ke sini semata-mata kerana nak menikmati keenakkannya.
Selain Mango Cheesecake, korang harus cuba kek red velvet yang moist gitu, pavlova yang cair di mulut, Creme Brulee dan banyak lagi pilihan lain.
Tjantek Cafe and Art Bistro
Wajib check in untuk port minum petang. Kafe ini terletak di lokasi yang mudah dicari. Hiasan dalaman kafe ini pun agak unik dan penuh dengan barangan antik. Menarik sangat untuk korang yang suka rustic clean experience.
Yang paling menarik, kafe ini merupakan bangunan lama tinggalan sejak zaman perang Dunia Kedua tahun 1942. Lama kan?
Sambil korang menikmati suasana yang tenang dan menyenangkan di kafe ini, korang boleh order makanan dan minuman.
Kebanyakan menu berasaskan makanan Barat seperti ayam panggang dengan sos lada hitam, carbonara , aglio, fish and chips.
Untuk korang nak feel melepak di kafe ala retro, datanglah ke Tjantek Cafe.
Lena By Kayuwoods
Sukakan suasana tenang dan romantik? Jom datang ke kafe Lena by Kayuwoods. Kafe ini berkonsepkan desa dengan elemen kehijauan dari tumbuh-tumbuhan. Setiap sudut kafe sangat mesra instagram.
Menu di sini menggabungkan citarasa Western dengan sentuhan lokal.
Terdapat menu seperti ravioli dengan pes kari Thai, ayam percik Lena dengan labu panggang, kari udang kering dengan nasi mentega bawang putih dan macam-macam lagi.
Semua menu ni pasti akan buat selera korang membuak-buak. Nikmati ia sebab korang mungkin takkan temui lagi menu sebegini di tempat lain.
Ada banyak lagi kedai makan sedap di Kuantan yang wajib korang singgah. Refer kat sini
Kalau ke Kuantan boleh bermalam kat hotel menarik tepi pantai ni. Siap ada waterpark lagi. Anak-anak sure suka. Harga pun murah je.
Mi Casa Cafe by The River
Makan sambil bertemankan suasana di tepi sungai Kuantan. Korang juga boleh tengok bot-bot memancing yang lalu sepanjang sungai.
Ha, gitu feeling menjamu selera di sini. Dekorasi kafe cantik dan dijaga bersih. Selesa untuk duduk berbual dan santai.
Untuk menu, pelbagai pilihan makanan tersedia. Staf di sini juga ramah, so korang pasti akan rasa selesa dan dialu-alukan. Kalau dah ke sini, jangan lupa untuk cuba rojak buah. Recommended katanya.
Rumah Kopi
Korang penggemar kopi?
Mesti datang ke Rumah Kopi. Kopi yang dihidangkan di sini memang enak dan berkualiti tinggi. Pilihan kopi pun pelbagai termasuklah kopi yang terkenal di Indonesia, kopi Luwak.
Bertemakan tema abad ke-19, kafe ini nampak hipster dan selesa.
Kafe Wild Flour Bakehouse
Kafe comel ini berkonsepkan stail America versi halal. Dihias dengan hiasan ala Inggeris. Nampak cozy dan sweet.
Menu hidangan yang dijual di kafe ini lebih kepada menu minum petang. Roti dan pastri yang dijual nampak menarik dan menyelerakan sekali. Untuk kelainan, korang kena cuba.
Menarik kan kafe-kafe yang ada di Kuantan ni? Kalau korang sampai ke Kuantan nanti, bolehlah korang singgah dan rasai sendiri makanan dan minuman di kafe-kafe ni. Selamat mencuba dan menjamu selera ya!