7 Tempat Makan Sedap di Rawang

Mencari tempat makan sedap di Rawang? Artikel kali ini khas buat korang yang dah lama tinggal di Rawang tapi tak pernah tahu rupanya ada restoran sedap di sekitar Rawang.

Buat yang pertama kali datang ke Rawang juga, apa kata korang cuba kedai makan yang ada di sini.

Banyak restoran-restoran sedap dan menarik. Tentang lokasi, tak perlu risau. Mudahnya sekarang korang hanya perlu gunakan app waze sahaja untuk ke lokasi dikehendaki.

Pasti puas hati dengan hasil yang bakal dinikmati.

Kandungan

Tempat Makan Sedap Di Rawang

1. Nasi Kukus Ulek Mayang

Sumber : Facebook

Menu di restoran ini berasaskan nasi kukus pelbagai lauk citarasa warisan asli Kelantan. Lebih menarik, masakan tradisional di sini menggunakan tukang masak dan rempah ratus dari Kelantan

Korang akan dapati pelbagai menu menarik ada disini. Terdapat juga barangan runcit dari Kelantan. Sambil makan korang boleh bawa pulang produk-produk istimewa ole-ole dari Kelantan.

Alamat : B27-G Jalan Rees 1/2, Pusat Perniagaan Reef, Rawang

Waktu Operasi : Buka SETIAP HARI. Dari pukul 10 pagi hingga 11 malam.

Jom singgah di air terjun 7 tingkat di Rawang, lokasi di sini

2. Alang Western

Sumber : Facebook

Alang Western menyediakan sajian makanan Barat citarasa Malaysia seperti Grill Chicken Chop, Grill Lamb Chop, Burger & Roti John Leleh.

Lebih istimewa, korang boleh nikmati sos blackpepper homemade dengan rasa tersendiri yang pasti mengujakan selera makan malam korang.

Alamat : Taman Mawar, Batu 16, 48000 Rawang. (Bersebelahan 7Eleven)

Waktu Operasi : Dibuka setiap hari. Dari jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam.

2. Restoran GH Corner

Sumber : Facebook

Restoran ini sangat menarik tau. Korang boleh nikmati menu yang pelbagai di sini dari masakan tempatan, Arab, Western dan pencuci mulut yang menyelerakan.

Tempat makan sedap di Rawang ini beroperasi untuk masakan sarapan pagi, tengahari hingga ke malam. Antara menu yang boleh korang cuba ialah Nasi Daging Black Pepper yang semestinya sedap dan menjadi pilihan.

Menu-menu lain seperti Chicken Grill dan Lamb Chop nya juga tak kurang hebatnya. Sangat menyelerakan tau apatah lagi bila dihidangkan bersama kuah Black Pepper atau Mushroom Sauce.

Korang kena cuba ya!

Alamat : Jalan Adenium 2G/5 Pusat Perniagaan Adenium, Seksyen BB5 48300 Rawang, Selangor.

Waktu Operasi : Dibuka setiap hari. Dari jam 8:00 pagi hingga 10:30 malam.

4. Boraq-Boraq

Sumber : Facebook

Layan borak-borak di Restoran Boraq-boraq. Ha, gitu. Sesuai betul kedai makan ni dengan namanya. Sambil korang menikmati hidangan yang sedap, korang boleh berborak-borak bersama keluarga atau teman-teman.

Menu menarik di sini sangat banyak. Yang sering menjadi pilihan pengunjung dan korang wajib cuba semestinya nasi kukus ayam berempah, mee bandung, mee jawa, laksa Johor, laksa Penang, masakan panas dan masakan Barat.

Alamat : No 36 Jalan Desa 1/1 Bandar Country Homes Rawang, 48000 Rawang

Waktu Operasi : Dibuka setiap hari KECUALI hari Isnin. Dari jam 12.30 tengahari hingga 9.30 malam.

5. Restoran Mohd Adnan Lee

Sumber : Facebook

Korang suka masakan Cina? Mencari restoran Cina yang halal? Restoran ini untuk korang. Jika ke sini menu yang wajib dipesan seperti salted egg squid dan mango chicken jangan dilupa.

Rata-rata pelanggan ke sini kerana masakannya yang sedap dan menarik. Harga mungkin sedikit mahal namun amat berbaloi untuk korang yang suka masakan berasaskan citarasa Cina.

Alamat : 48, Jalan Pusat Bch 1/3, Pusat Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor

Waktu Operasi : Dibuka setiap hari KECUALI hari Jumaat. Dari jam 11 pagi hingga jam 7 petang.

6. Beruntung Steamboat Village

Sumber : Facebook

Penggemar steamboat, korang kena datang sini. Banyak pilihan bahan-bahan steamboat yang korang boleh pilih. Terdapat juga menu masakan panas untuk korang cuba dan rasa.

Alamat : No. 43-G Jalan Adenium 2G/8, Pusat Perniagaan Adenium, Seksyen BB5 bukit Beruntung, Rawang.

Waktu Operasi : Dibuka setiap hari KECUALI hari Isnin. Dari jam 1:00 petang hingga 11:30 malam.

7. Restoran Sup Power Sado

Sumber : Facebook

Dapatkan pelbagai aneka sup yang ada di sini seperti sup tulang, sup paru, sup campur, sup perut, sup ekor, sup urat keting, bakso dan macam-macam lagi menu lain berasaskan sup.

Yang paling best sekali sudah tentu sup gearbox. Wajib cuba!

Terdapat juga menu baru yang ditambah sebagai tarikan pengunjung ke sini. Antaranya Nasi Daging Sup Selambak, Set Bawal Goreng, Set Pecal Lele dan Set Ayam Penyet. Kalau jemu dengan sup, korang boleh cuba menu yang baru ini.

Alamat : No 11-G Jalan Bunga Kertas 1B 48300 Rawang, Selangor.

Waktu Operasi : Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 11 malam.

Amacam, menarik juga kan tempat makan sedap di Rawang yang kami bawakan kali ini? Cubalah korang. Tak cuba mana tahu. Korang pasti tersenyum puas dapat nikmati makanan-makanan sedap di sini.

Pakai gel sejuk berangin ini 2 kali sehari dan gosok secara membulat. Lagi cepat berkesan pakai seluar dalam yang sampai atas pusat selepas pakai gel. Dapatkan di sini.

Comments (0)
Add Comment