Tahukah korang terdapat sebuah kafe kopi di Petaling Jaya yang seakan-akan kafe kopi di luar negara. Tak lain tak bukan hanya Beyond Coffee .
Cawan biskut yang sangat terkenal di kalangan pengemar kopi .
Kandungan
Beyond Coffe Petaling Jaya
Apakah cawan biskut?
Cawan biskut adalah cawan yang diperbuat daripada biskut dan ia juga boleh dimakan. Ia juga adalah hasil buatan sendiri dan juga kopi yang dihidangkan disini.
Bibir cawannya dihiasi dengan biskut rangup yang berperisa original oat atau charcoal oat dan disalut bersama chocolate dan kekacang.
Namun cawan biskut ini dihadkan kepada 30 biji je sehari. Jadi kalau korang nak try korang kena order awal-awal kerana takut kehabisan.
Rekaan Dalaman Yang Elegant
Beyond Cofee terkenal dengan rekaan dan hiasan dalamannya yang minimalis dan elegant.
Ia nampak sangat cantik dan modern. Kalau korang datang sini, korang akan dapat merasai suasana yang selesa, bersih dan tenang.
Papan tanda neon berwarna putih adalah salah satu latar belakang yang sesuai untuk korang bergambar
Menu Di Beyond Coffe
Untuk korang yang penggemar kopi, Americano tentu menjadi pilihan hati korang.
Kopi mereka direka khas menggunakan 100% kopi arabica dan mereka berjaya menghasilkan variasi kopi yang menggabungkan yang klasik dengan modern.
Jika korang sukakan sesuatu yang manis, korang boleh cuba kopi ais salted karamel – memang tersangat sedap!
Kalau nak lebih adventurous, boleh try Lemonade Americano yang menggabungkan kopi dengan soda lemon.
Ada banyak lagi pilihan kedai makan di sini
Untuk yang tak suka kopi, jangan risau minuman yang non-coffee pun turut desediakan. Antaranya teh, coklat, matcha dan sebagainya.
Menu makanan pula, mereka ada menyediakan nasi lemak tapi jangan terkejut kerana nasi lemak mereka berwarna biru. Dimasak bersama air bunga telang untuk memberikan warna yang cukup menarik tetapi rasanya tidak akan berubah.
Tambahan lagi ada juga waffle yang disirami karamel, ayam korea yang pedas manis dan lain-lain lagi
Selain itu, ada juga roti bakar yang dibuat daripada roti tebal yang dipotong dalam bentuk segi empat tepat. Kalau nak makan bersama telur separa masak pon boleh .
Korang patut cuba datang dan merasai keunikkan cawan biskut mereka.
Waktu Operasi: Buka setiap hari ( 8am-9.30pm )
Alamat: 1-16, Glomac Centro, Lorong Masjid 1, Kampung Sungai Kayu Ara, 47400 Petaling Jaya, Selangor