Jangan korang tak tahu, di Port Dickson terdapat beberapa buah resort cantik yang sangat sesuai untuk korang bercuti bersama keluarga. Berikut merupakan antara resort cantik yang menjadi pilihan kami kali ini :
Kandungan
Resort yang cantik dan menarik di Port Dickson
1. Tunas Resort Port Dickson
Tunas Resort Port Dickson merupakan antara destinasi terbaru di pantai peranginan negara – Port Dickson. Ianya dibuka pada Jun tahun 2022.
Ianya terletak di Port Dickson, 300 meter dari Teluk Kemang. Menariknya resort ini ianya menawarkan penginapan dengan kolam renang luaran, tempat letak kenderaan persendirian percuma, taman dan lounge yang selesa.
Hotel bertaraf 3 bintang ini menyediakan tetamu dengan bilik berhawa dingin dengan kelengkapan meja, cerek, bar mini, peti deposit keselamatan, TV skrin rata dan bilik mandi peribadi dengan bidet.
2. The Grand Beach Resort, Port Dickson
Resort cantik ini terletak di persisir pantai persendirian Port Dickson. Antara pilihan bercuti terbaik untuk korang yang mahu lari sebentar dari kesibukan ibu kota.
Pemandangan pantai yang indah memukau menjadikan suasana persekitaran resort ini sangat mendamaikan. Reka bentuknya yang bercirikan ala Rumah Gadang warisan tradisional masyarakat Minangkabau yang unik dan tersendiri.
Untuk korang yang mahukan suasana percutian yang menenangkan, datanglah bercuti di The Grand Beach Resort.
3. Eagle Ranch Resort
Eagle Beach Resort terkenal dengan konsep perkampungan ala koboi. Menginap di sini terasa seakan-akan menginap di rumah kampung yang unik.
Buat para tetamu di sini, resort ini menyediakan pilihan makanan yang pelbagai. Bukan itu sahaja, kalau korang nak lakukan pelbagai aktiviti sepanjang menginap di sini pun boleh. Pihak resort ada menyediakan senarai aktiviti yang menarik dan menghiburkan.
Jika nak buat family day di area PD ni, korang boleh tengok tempat-tempat menarik di sini
4. PD Regency Tanjung Tuan Beach Resort
Resort ini istimewanya kerana mempunyai pemandangan menghadap laut Selat Melaka yang luas nan terbentang.
Dengan kemudahan penginapan yang boleh dikatakan lengkap, korang boleh bercuti di Port Dickson dengan bajet yang agak berpatutan.
5. Corus Paradise resort
Resort 4 bintang ini pasti memberikan pengalaman yang takkan dilupakan buat korang yang bertamu di sini. Ianya sangat cantik dan selesa.
Tiupan angin lau Selat Melaka yang mendamaikan sentiasa memberikan rasa aman dan tenang ketika bercuti di sini.
Bukan sahajauntuk percutian keluarga, resort ini juga sangat sesuai untuk korang yang perlukan satu tempat perjumpaan untuk tujuan bisnes dan kerja. Bilik seminarnya dikatakan boleh menampung kira-kira 300 orang peserta dalam satu masa yang sama.
6. Klana Beach Resort
Menarik sangat tentang resort ini tau! kalau korang nak tahu, resort ini dibina di atas tanah wakaf Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Dengan kos yang menelan hampir RM30 juta, resort ini berjaya dibangunkan dengan megah dan indahnya.
Dengan menerapkan nilai-nilai Islam dan juga alam dalam senibinanya, resort ini boleh dikatakan berjaya menjadi lambang kesungguhan pengurusan ekonomi umat Islam di negeri Sembilan.
7. PNB Ilham Resort
Terletak di tengah-tengah kawasan Blue Lagoon yang terkenal di Port Dickson, PNB Ilham Resort menawarkan penginapan moden dan suasana tradisional hanya beberapa langkah dari pantai.
Ini adalah resort keluarga, dengan pangsapuri dari dua hingga empat bilik tidur tersedia. Setiap bilik mempunyai TV kabel, peti sejuk mini, stesen teh/kopi dan juga mesin basuh. Setiap bilik juga dilengkapi penghawa dingin untuk memastikan semuanya cantik dan sejuk.
8. Bayu Beach Resort
Bayu Beach Resort ini antara yang agak popular bagi pengunjung Port Dickson.
Terletak hanya beberapa meter dari pantai, ianya sangat menarik untuk didiami oleh mereka yang mahukan percutian tepi pantai nan indah.
Terdapat 228 biliknya yang selesa dan mampu memberikan suasana penginapan terbaik untuk pengunjungnya. korang boleh pilih hendak bermalam di bilik studio atau apartment dengan satu, dua atau tiga bilik.
Kelengkapan asasnya juga sangat lengkap dan memudahkan para penghuni yang menetap di sini. Korang juga boleh menyaksikan pemandangan matahari dari balkoni bilik yang luas dan besar.
9. Solesor Kampong Beach Resort
Port Dickson mempunyai resort pantai kabin baharu yang unik, selesa dan dilengkapi dengan dua kolam renang. Korang tak perlu lagi susah-susahi untuk mencari tempat berkelah, kerana di resort ini disediakan pantai persendirian yang khas untuk tetamunya.
Melangkah masuk sahaja ke resort yang selesa ini pasti korang akan terpegun. Bukan sahaja pemandangan sekitarnya yang indah, segala kelengkapan penginapannya juga boleh dikatakan lengkap dan memuaskan hati!