Huda’s Haven Resort – Hijau Yang Mendamaikan

Huda’s Haven Resort merupakan satu lagi pilihan tempat percutian yang menjanjikan pengalaman bercuti yang tenang dan menyeronokkan.

Walaupun terletak sedikit jauh dari bandar, perjalanan untuk sampai ke sini tidaklah memakan masa yang terlalu lama.

Dengan jarak pemanduan dari Kuala Lumpur, korang boleh sampai ke sini selepas satu jam memandu.

Apa yang uniknya tentang resort ini ialah suasana sekelilingnya yang dikelilingi Sungai Hijau yang bersih.

Inilah tarikan utama para tetamu yang gemar memilih untuk datang bercuti ke sini meskipun kedudukannya yang terletak di dalam hutan.

Kandungan

Tentang Huda’s Haven Resort

Sumber : Facebook

Untuk datang ke sini, korang cuma perlu drive selama satu jam je kalau korang datang dari bandar Kuala Lumpur. Huda’s Haven Resort terletak di Batang Kali, Selangor.

Sepanjang perjalanan masuk ke sini, korang akan nampak flora dan fauna yang sangat cantik. Pemandangan begini pasti akan buat korang lupa dengan kesibukan kerja di bandar.

Oh ya, kedudukan resort ini agak jauh ke dalam hutan.

Jadi bagi kenderaan biasa ianya agak sedikit sukar untuk masuk ke kawasan resort.

Jalan masuknya yang sedikit mencabar lebih sesuai jika datang dengan menaiki kenderaan 4×4.

1- Kedamaian di Huda’s Haven Resort

Sumber : Facebook

Suasana kampung di sekitar destinasi percutian ini memberi ketenangan buat para tetamunya.

Terdapat jambatan gantung yang menghubungkan resort ini dengan Kampung Ulu Rening.

Korang boleh merentasi dan menikmati keindahan alam semulajadi dengan melalui jambatan ini.

Sungai yang mengalir menyusuri bawah jambatan ini menambahkan lagi perasaan tenang dan damai ketika berada di sini.

2- Penginapan

Mungkin ianya agak terpencil tetapi tempat percutian ini sangat selesa untuk dikunjungi.

Huda’s Haven menawarkan 4 jenis penginapan iaitu Villa, Rumah Makcik, Rumah Kayu, dan Rumah Induk.

Villa

Sumber : Hudas Haven

Terdapat 9 unit penginapan jenis villa yang boleh memuatkan 4 orang dewasa dalam satu masa yang sama.

Villa ini dilengkapi satu katil bersaiz queen dan satu sofa bed.

Bukan itu sahaja, kelengkapan lain seperti air-conditioner, tv dan kipas turut disediakan di villa ini.

Bagi menambahkan lagi keselesaan para tetamu, terdapat dapur yang dilengkapi peralatan seperti peti sejuk, microwave, kettle, teh dan juga kopi.

Untuk pengetahuan korang, ada satu unit di villa ini yang mempunyai private pool dan jacuzi.

Rumah Makcik

Satu lagi jenis kediaman yang terdapat di sini ialah Rumah Makcik. Dengan bilangan 10 unit, Rumah Makcik ini boleh memuatkan sehingga 4 orang dewasa.

Di dalamnya terdapat dua katil bersaiz queen. Rumah ini lengkap dengan air-cond, tv, kipas, kettle, kopi dan juga teh.

Rumah Kayu

Terdapat satu unit Rumah Kayu yang lengkap dengan satu katil bersaiz king dan dua sofa bed. Rumah ini boleh memuatkan sehingga 6 orang dewasa.

Selain lengkap dengan air-cond, kipas dan tv, rumah ini juga turut disediakan dengan dapur bersama peti ais, microwave, kettle, kopi dan teh.

Meja makan kecil disediakan bagi menjadikan suasana di dalam Rumah Kayu ini lebih selesa.

Rumah Induk

Seperti Rumah Kayu, hanya terdapat satu sahaja unit Rumah Induk.

Kelengkapan yang sama seperti Rumah Kayu cumanya ia lebih selesa untuk memuatkan sehingga 8 orang dewasa yang ingin menginap di sini.

Dua katil queen dan dua sofa bed melengkapkan keperluan penginapan tetamu yang berkunjung ke resort dalam hutan ini.

Ini satu lagi tempat percutian tepi sungai yang sangat menarik. Dekat dengan KL juga

Aktiviti Menarik di Huda’s Haven Resort

Sumber : Facebook

Jika bercuti di sini, korang pasti tidak akan bosan.

Banyak aktiviti di Huda’s Haven Resort ini yang korang boleh lakukan. Kawasan di resort ini agak luas, cukup puas untuk adakan pelbagai aktiviti.

Selain aktiviti outdoor seperti mandi sungai atau kolam, korang boleh naik ATV pusing-pusing hutan, memancing, dan berbasikal.

Bukan itu sahaja, untuk aktiviti lebih mencabar korang boleh lakukan aktiviti seperti night trekking dan menaiki 4 wheel drive.

Sumber : Hudas Haven

Resort ini sebenarnya amat menarik dan sesuai untuk dijadikan tempat latihan team building atau corporate event.

Bagi yang ingin bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan pun sesuai sekali.

Selepas beraktiviti, korang boleh berehat santai di gazebo yang terletak berhampiran sungai sambil menjamu selera.

Jika berminat untuk tahu lebih lanjut tentang resort ini, korang boleh lawat laman web utama resort. Dapatkan maklumat dari laman web dan mulakan tempahan korang sekarang!

Comments (0)
Add Comment