Permai Rainforest Resort – Resort Di Kaki Gunung

Permai Rainforest Resort merupakan sebuah resort mesra alam yang terletak di antara kaki gunung dan juga pantai.

Ianya sering menjadi pilihan terutamanya pelancong dari luar negara yang sukakan kehidupan semulajadi gunung dan pantai.

Sumber : Facebook

Kandungan

Lokasi Permai Rainforest Resort

Resort mesra alam ini terletak di kaki Gunung Santubong, Sarawak. Jika dari Kampung Budaya Sarawak, korang hanya perlu berjalan kaki dengan jarak masa 5 minit sahaja untuk sampai ke sini.

Untuk sampai ke sini dari Semenanjung, korang perlu menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kuching. Dari Kuching hanya 35km sahaja jarak perjalanan ke sini.

Jika pemanduan secara santai, dalam tempoh masa lebih kurang 35 minit sahaja korang boleh sampai ke resort ini.

Penginapan Di Permai Rainforest Resort

Sumber : Facebook

1. Tree Houses

Seperti namanya, bilik ini dibina 20 kaki dari aras tanah di atas pokok yang tinggi dan menghijau. Boleh memuatkan sehingga 2 orang dewasa, bilik ini lengkap dengan bilik mandi dan alat penghawa dingin.

Kelengkapan mandi dan juga kemudahan asas turut disediakan bagi memudahkan pengunjung menikmati percutian di tempat ini.

Sumber : Facebook

Bagi keluarga kecil atau pasangan yang datang bercuti dan inginkan suasana romantis yang dekat dengan alam, bilik ini pilihan terbaik untuk korang.

2. Vila

Vila pula dibina berkonsepkan rumah dalam hutan. Untuk korang yang datang secara berkumpulan, vila adalah pilihan yang terbaik.

Vila mempunyai 2 bilik dengan 3 katil disediakan setiap bilik. Jadinya, setiap vila boleh memuatkan 6 orang dalam satu masa. Vila ini juga mempunyai ruang tamu.

Segala kelengkapan asas disediakan untuk kemudahan penghuni termasuklah bilik air berasingan dengan toilet, kemudahan membancuh air teh atau kopi, peti ais, penghawa dingin dan air panas untuk mandi.

Untuk pengetahuan korang, hanya 3 unit vila yang lengkap berpenghawa dingin. Jadi, kalau korang perlukan penginapan berpenghawa dingin, korang perlu suarakan ketika membuat tempahan.

3. Vila Keluarga Besar

Vila 2 tingkat ini mempunyai 3 bilik tidur dengan satu bilik air di setiap tingkat. 2 bilik terletak di tingkat bawah dengan 3 katil bujang di setiap bilik.

Manakala satu lagi bilik berpenghawa dingin terletak di tingkat atas dengan 1 katil bujang dan 1 katil queen.

4. Tapak Khemah

Sesuai untuk korang yang ingin dekat dengan alam semulajadi. Tapak perkhemahan ini terletak di penghujung resort. Korang boleh menikmati ketenangan dan privasi yang ada di hutan belantara.

Kawasan berlampu ini lengkap dengan tandas dan bilik mandi. Boleh memuatkan kira-kira 80 orang. Korang boleh bawa khemah sendiri atau boleh juga sewa khemah dari pihak pengurusan resort.

Kemudahan Di Permai Rainforest Resort

Walaupun resort ini terletak di dalam hutan, beberapa kemudahan disediakan untuk menyenangkan para pengunjung. Antara kemudahan yang korang boleh dapati di sini ialah :

1. Bilik Persidangan & Dewan Terbuka

Khas untuk korang yang ingin datang ke sini dan perlukan ruang untuk aktiviti dalaman. Resort ini mempunyai 3 bilik majlis dengan saiz yang berbeza.

Juga terdapat 1 dewan yang mempunyai ruang yang lebih luas & terbuka. Bilik-bilik dan dewan ini dinamakan dengan nama-nama teluk di sepanjang pantai Damai.

Untuk korang yang nak beraktiviti atau nak adakan majlis, di sini segala peralatan seperti WIFI, PA System, LCD Projector, papan putih dan alat tulis lengkap tersedia.

2. Surau & Tempat Wudhu

Nak solat pun mudah kerana terdapat ruang khas untuk solat dan bilik air untuk berwudhu.

3. The Feeding Tree

Sumber :Facebook

The Feeding Tree Cafe terletak di lereng bukit menghadap laut. Sambil menjamu selera, korang boleh menikmati indahnya pemandangan matahari terbenam, melihat lutong dan tupai melompat dari pokok ke pokok dan sebagainya.

Aktiviti Di Permai Rainforest Resort

Rekreasi

Sumber : Facebook

Banyak aktiviti yang korang boleh lakukan di resort ini antaranya Stand-Up Paddle Board, Kayaking, bola tampar pantai, bola sepak pantai, berbasikal, body boarding, snokerling, melihat dolfin, melihat buaya, mendaki Gunung Santubong dan sebagainya.

Boleh pilih je apa aktiviti yang sesuai untuk korang.

Team Building

Untuk yang datang dengan tujuan team building, resort ini memang tempat terbaik. Untuk info, resort ini antara perintis latihan pengembaraan di Malaysia.

Sumber : Facebook

Latihan mencabar sebegini amat sesuai untuk membina skil kerja berpasukan, melatih sifat kepimpinan dan meningkatkan keyakinan diri.

Sekali sekala datanglah bercuti di tempat yang penuh adventure namun mendamaikan ini. Percutian kali ini mungkin boleh memberikan korang satu pengalaman baru yang berbeza tapi tetap menyeronokkan!

Comments (0)
Add Comment