Hey korang, pernah tak rasa macam nak escape ke tempat yang chill, sunyi dari bising dan sibuknya bandaraya Kuala Lumpur? Well, kami ada satu tempat gempak yang kami nak share dengan korang iaitu Villa Samadhi Kuala Lumpur. Hidden gem resort taman di Bandaraya Kuala Lumpur.
Tentang Resort Taman Di Bandaraya Kuala Lumpur
Villa Samadhi by Samadhi
Tempat ni, guys, bukan calang-calang resort tau. Resort bertaraf 5 bintang yang bakal membawa korang masuk ke dunia lain.
Gaya dia? Full Asian-inspired luxury dengan touch yang super cozy macam bumbung jerami. Baca betul-betul, bumbung jerami!
Bayangkanlah korang boleh berendam dalam kolam yang luas, merentasi resort yang menghubungkan semua bilik. Sangat mewah!
Interior bilik-bilik di Villa Samadhi pula sangat memukau, speechless! Dibina dengan campuran buluh dan konkrit yang kelihatan macam simple tapi sebenarnya sangat elegant. Setiap bilik dilengkapi dengan semua yang korang perlukan untuk stay dengan tenang– dari TV skrin rata sampai ke bar mini.
Lokasi dia pun terbaik, terletak di Jalan U-Thant, Kuala Lumpur. Nak ke Bukit Bintang, Suria KLCC, atau Menara Berkembar Petronas? Semua tu just 10 minit je uolls.
Nak shopping sakan di Pavillion? Lagi la, 8 minit driving je. Jadi, after penat lelah berjalan, balik ke resort dan relax dalam suasana yang tenang dan peaceful.
Oh, lupa nak mention, untuk makanan korang tak perlu risau sebab di sini ada The Dining Room. The Dining Room di resort ini menyediakan pelbagai hidangan makanan dari cuisine Melayu sampai fusion, semua ada. Dan ada bar juga untuk chill malam-malam.
Satu lagi yang bagus tentang Villa Samadhi, mereka mengenakan peraturan yang agak strict berkenaan smoking policy. So, bagi korang yang tak merokok, korang akan suka dengan tempat ni sebab udaranya segar sekali. Tentang kemudahan WiFi, korang akan dapat enjoy free WiFi yang laju. So mudah untuk korang update Instagram dan share story percutian korang.
Morning korang akan start dengan sarapan yang wow – ada pilihan bufet atau ala carte.
Dan bilik? Jangan cakap lah, semua dilengkapi dengan bilik mandi peribadi yang fancy dan peralatan mandian percuma. Ada beberapa bilik yang even ada balkoni dan private pool sendiri, guys!
Tapikan ada sesuatu yang mencabar sedikit di sini iaitu parking. Parking kat sini berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat. So, kalau plan nak drive ke sini, better korang bear in mind siap-siap.
Kesimpulan
So, kalau korang tengah cari getaway dengan ciri resort taman di Bandaraya Kuala Lumpur yang bukan biasa-biasa, Villa Samadhi Kuala Lumpur adalah tempatnya. Percaya kata kami yang korang takkan menyesal. It’s like finding a hidden gem in the midst of the city’s chaos. Jadi, apa lagi? Jom plan trip korang ke sini!