Family day atau hari keluarga adalah hari kita meluangkan masa kita bersama ahli keluarga yang lain. Bukan selalukan?
Jom kita tengok tempat family day yang menarik untuk kita buat hari keluarga kita nanti. Tak payah korang pergi jauh-jauh. Dalam Malaysia ni sahaja dah banyak tempat menarik pilihan korang untuk buat hari keluarga.
Kandungan
Tempat Menarik Family Day Di Malaysia
1- Fig Tree Hill Resort, Penang – Tempat family day yang tenang
Fig Tree Hill Resort menawarkan pengalaman penginapan yang elegan. Resort ini cukup luas untuk keselesaan penginapan bersama keluarga.
Kedudukan resort ini juga cukup menarik kerana terletak bersebelah dengan air terjun dan sungai, bolehlah korang rancang untuk berkelah kalau menginap di sini nanti.
Harga: Dari RM390+ Semalaman
📍 Alamat
off Jalan Kenari, mkm 10, Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas
2- Belum Rainforest Resort
Belum Rainforest Resort menawarkan pakej penginapan houseboat. Sepanjang penginapan di houseboat ini, aktiviti diatur supaya setiap saat yang diluangkan terisi dengan perkara yang menyeronokkan.
Nak buat family day di Janda Baik, boleh tengok tempatnya di sini
Sepanjang berada di sini, korang boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti berkayak, meredah hutan, berenang di kolam renang infiniti, membaca di ruang bacaan, bermain boardgames, memancing, nature walk dan banyak lagi.
Harga: Dari RM399+ Semalaman
📍 Alamat
Pulau Banding, 33200 Gerik
3- The Dusun – tempat family day yang damai
The Dusun adalah sebuah resort yang terletak di dalam kawasan dusun berkeluasan 12 ekar. Kedudukannya juga tidak jauh dari KL yang hanyalah sekitar 1 jam 15 minit.
Antara aktiviti yang boleh dirancang untuk dilakukan di sini adalah berjungle trekking (jurupandu disediakan), bermandi-manda di kolam renang, menyertai kelas memasak masakan Minangkabau,
Selain itu ada juga aktiviti fotografi, urutan tradisional, beri rusa makan, dan banyak tarikan menarik lain lagi.
Harga Penginapan: Dari RM400+ Semalaman
📍 Alamat
3437, Kampung Kolam Air, Mukim Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan
4- Lata Sri Pulai
Menyediakan dua jenis banglo yang berbeza untuk keselesaan korang.
Kedua-dua banglo ini cukup luas untuk korang yang nak berhari keluarga.
Fasiliti yang dapat digunakan untuk menjadikan percutian lebih bermakna adalah kolam renang yang luas, kolam memancing yang dipenuhi dengan ikan talapia, kemudahan bbq dan tawaran aktiviti berbasikal.
📍 Alamat
No. 4 Kampung Melayu Raya, Jln Rizab 1, 81500 Pekan Nanas, Johor
5- Paya Indah Wetland
Paya Indah Wetlands menjanjikan ketenangan dan kesegaran udara yang tidak dapat dinikmati di kota yang sibuk.
Aktiviti lain yang boleh dijalankan di sini adalah nature walk, berbasikal, memberi badak air makan, memancing, berkayak, memerhati burung dan banyak lagi.
Terdapat beberapa jenis penginapan yang disediakan seperti chalet, dorm dan tapak perkhemahan untuk korang yang nak bermalam di sini.
📍 Alamat
Alamat: Paya Indah Wetlands, Jabatan Perhilitan, Km 4, Jalan Dengkil – Banting, 43800 Dengkil, Selangor Darul Ehsan
6- Dusun Bonda Resort
Kadang-kadang buat family day di kawasan luar bandar pun menarikkan?
Apa kata korang cuba buat family day di Dusun Bonda Resort.
Antara tarikan yang terdapat di resort ini adalah kolam dengan air terjun buatan, buaian di atas sungai, taman permainan kanak-kanak, ruang makan di bahagian rooftop, dapur, surau, kemudahan bbq dan banyak lagi.
Dusun Bonda menawarkan penginapan jenis studio villa, villa 3-bilik, dan juga Glam 5-metre Bell Tent serta Glam 4-metre Bell Tent.
Secara keseluruhannya, resort ini dapat menampung sehingga 50 penginap dewasa pada satu-satu masa.
📍 Alamat
Lot 2121 (2996), Jln Ulu Tamu, Kampung Orang Asli Gurney, Ulu Tamu, 443000 Batang Kali, Selangor Darul Ehsan
7- Kampungstay Desa Murni
Kampungstay Desa Murni yang terletak 15 minit dari tol Temerloh ini adalah salah satu destinasi percutian bersama keluarga yang menjadi pilihan ramai.
Antara fasiliti yang disediakan adalah kolam renang, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan permainan tradisional.
Korang juga boleh mendapatkan rawatan spa, sauna, bekam, memancing, mencanting batik dan banyak lagi.
📍 Alamat
Kampungstay Desa Murni, Lot 1674, Jalan Homestay, Desa Murni Sanggang, 28020 Temerloh, Pahang
8- Twinkle Villa Janda Baik
Twinkle Villa Janda Baik adalah sebuah villa dengan 4 buah bilik tidur yang terletak di kawasan tenang, dikelilingi oleh keindahan alam sekitar.
Ingin memasak makanan sendiri?
Korang boleh menggunakan dapurnya yang cukup luas dengan pemandangan pokok-pokok menghijau di luar.
📍 Alamat
Tanarimba, Janda Baik, Bentong, Pahang
Harga: Dari RM1800+ Semalaman
9- Agrofarmstay
Resort ini menawarkan bermacam jenis penginapan berbeza antaranya adalah resort River View yang lengkap dengan 10 katil, D’ Lodge dengan 6 katil, Garden View dengan 8 katil dan yang paling luas sekali adalah Villa yang lengkap dengan 14 buah katil.
Fasiliti yang terdapat di sini pula adalah seperti bbq pit, kolam renang, bilik karaoke, pet house, surau, padang lapang untuk aktiviti, kemudahan berkayak, tempat memancing, obstacle course, pondok nipah serta taman herba.
Harga Penginapan: Dari RM103+ Semalaman
📍 Alamat
Alamat: AGROFARMSTAY @Skill-Tech, Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong / Machap, 76100 Durian Tunggal, Melaka
Mesti korang dah dapat bayangkan tempat untuk berhari keluargakan? Jangan lupa untuk buat segala persiapan sebelum korang bertolak. Rancang aktiviti korang sebelum mulakan hari keluarga korang. Selamat bercuti