Villa Renai Resort – Resort Pilihan Di Janda Baik

Di Janda Baik, Pahang terdapat sebuah pusat penginapan yang cukup moden dan selesa iaitu Villa Renai Resort.

Memandangkan Janda Baik semakin menjadi pilihan ramai pelancong dalam dan luar negara, jom kami bawakan untuk korang satu artikel tentang pilihan penginapan yang terdapat di sini.

Boleh masukkan dalam list korang nanti sebagai salah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan bila datang berkunjung ke Janda Baik.

Kandungan

Lokasi

Sumber : Facebook

Untuk sampai ke Villa Renai Resort, korang perlu menuju ke Kampung Sum Sum, Janda Baik. Dari ibu kota, perjalanan lebih kurang satu jam je untuk sampai ke sini.

Suasana di sini cukup menyegarkan.

Villa yang terletak di atas bukit ini mempunyai pemandangan yang menakjubkan. Dengan cuacanya yang agak dingin menambahkan lagi mood romantis jika bercuti di sini.

Persekitaran villa ini juga dihias indah dengan bunga-bunga dan pohon-pohon yang menghijau.

Di tambah pula dengan sungai yang mengalir, suasana di pusat peranginan ini cukup mendamaikan dan menenangkan.

Sumber : Facebook

Pada waktu malam pula, suasana makin berseri dengan kilauan lampu-lampu outdoor yang menerangi sepanjang laluan khas untuk tetamu.

Boleh dikatakan suasana di sini boleh memberikan kedamaian buat hati yang runsing dan gelisah.

Penginapan di Villa Renai Resort

Sumber : Facebook

Kalau korang menginap di sini, korang perlu tahu yang Villa Renai Resort menyediakan 2 jenis villa sebagai pilihan penginapan, iaitu :

  • Villa dengan 1 bilik
  • Villa dengan 2 bilik

Menariknya, seni bina villa-villa yang ada di sini berkonsepkan ala-ala cottage dengan pilihan warna putih dan hitam.

Bagi menambah seri villa, bunga-bunga ditanam dan disusun indah menjadi penghias suasana sekitar.

Menurut info, terdapat lebih kurang 17 villa kesemuanya. Setiap villa dilengkapi sebuah bilik mandi, ruang tamu dan ruang makan.

Keluasan dalam villa juga cukup memuaskan hati. Kalau korang datang dalam jumlah yang ramai, boleh bawa bersama toto atau tilam untuk dibentang untuk menginap bersama.

Tengok tempat percutian lain lagi di Janda Baik di sini

Kemudahan & Fasiliti Villa Renai Resort

Bukan sahaja tempat untuk menginap, Villa Renai Resort ini turut menawarkan pelbagai kemudahan dan fasiliti yang pasti membuatkan percutian korang menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan.

Antara kemudahan yang tersedia ialah :

1- Kolam renang

Sumber : maisinggah

Di sini, terdapat dua buah kolam rengan yang disediakan pihak villa. Satu untuk orang dewasa dan satu lagi khas untuk kanak-kanak.

Kolam yang ada cukup bersih dan dijaga rapi bagi menjamin keselesaan pengunjung yang mandi manda di sini.

2- BBQ

Sumber : FoodAdvisor

Bercuti tanpa BBQ, macam tak lengkap kan? Pihak villa sangat memahami perasaan pengunjung yang menjadi tetamu di sini.
Terdapat peralatan dan kelenkapan BBQ yang disediakan untuk kegunaan tetamu. Korang cuma perlu bawa bahan untuk aktiviti berbarbeku sahaja.

Incase korang terlupa atau rasa leceh nak bawa bahan, korang boleh minta pihak resort sediakan untuk korang. Cuma korang perlu sediakan peruntukan tambahan sebagai bayaran untuk bahan-bahan yang disediakan oleh pihak villa.

3- Cafe

Bukan itu sahaja tau, di Villa Renai Resort ini juga terdapat sebuah cafe yang menyediakan pelbagai hidangan untuk korang dan keluarga.

Terletak bersebelahan dengan sungai, korang boleh menikmati hidangan dari kafe sambil menjiwai suasana dalam hutan yang hening dan damai.

Bagi penggemar buah durian, jika datang pada musimnya korang berpeluang menikmati buah durian yang didatangkan khas dari Bentong dan turut dijual oleh pihak resort.

4- Sungai

Sumber : Facebook

Sebatang sungai berhadapan dengan kafe menjadikan suasana sekitar resort ini sangat indah.

Walaupun sungainya agak cetek, tapi air sungai yang mengalir agak deras. Jadi, korang perlu lebih berhati-hati jika ingin mandi di sungai.

Air sungai yang jernih pasti dapat menyegarkan tubuh korang.

Cubalah berkunjung ke Villa Renai Resort, korang pasti akan menikmati pengalam bercuti yang menarik sekali.

Comments (0)
Add Comment