5 Aktiviti Menarik di 1 Utama

Menarik di 1 Utama sekarang ni tau… Ada pelbagai aktiviti yang korang boleh lakukan di 1 Utama Shopping Centre, pusat beli belah terbesar di Malaysia.

Sumber : malaymail

Dengan slogan “It’s All in One” korang boleh berhibur sambil membeli belah di bawah satu bumbung. Tak perlu pergi jauh-jauh gitu.

Korang boleh buat banyak aktiviti sukan & hiburan di sini.

Nak tahu lebih lanjut? Korang teruskan membaca ye. Pasti hormon adrenalin korang teruja tak sabar nak ke sini!

Kandungan

Aktiviti Menarik di 1 Utama

Senarai yang kami kongsikan kali ini mungkin boleh dipertimbangkan bila korang berkunjung ke 1 Utama. Ada aktiviti mencabar dan ada juga yang santai.

Terpulang pada korang nak pilih yang mana satu sesuai dengan keselesaan dan kegemaran.

1. Morac Go Kart

Sumber : Morac Go Kart

Baru sahaja dibuka pada bulan Disember yang lepas. Di Morac Go Kart korang boleh melakukan aktiviti lumba go kart.

Litar yang luas sepanjang 420 meter dan suasana yang seronok menjadikan ianya satu hiburan yang korang wajib cuba bila ke 1 Utama.

2. Saranghae Bridge

Tak mahu aktiviti ekstrem? Korang boleh cuba aktiviti santai-santai sahaja di sini. Saranghae Bridge antaranya. Tempat yang sangat sesuai untuk korang bersantai sambil menikmati keindahan lampu LED yang cantik.

Sumber : worldorgs

Datang pada waktu malam, suasana pasti akan jadi lebih cantik!

Kalau korang datang dengan pasangan suami atau isteri, korang boleh cipta mood romantik di sini. Korang boleh ‘kunci cinta’ dengan mangga dan kuncikan pada pagar yang tersedia.

Boleh juga OOTD, bergambar dan berselfie!

3. Rollerwa Yang Menarik di 1 Utama

Kalau korang nak tahu, idea Rollerwa ni berasal dari Korea. Ianya merupakan sebuah pusat gelanggang untuk aktiviti berkasut roda.

Pada 23 Disember 2021 baru-baru ini, ianya dibuka di 1 Utama Shopping Centre. Sudah pasti jadi tarikan baru yang menyeronokkan.

Gelanggang yang diserikan dengan bunyi muzik dan lampu berwarna-warni ini menjadikan suasana ceria semasa bermain di sini.

Korang boleh gunakan kasut sendiri, atau boleh juga sewa kasut roda dari kaunter Rollerwa.

Peminat K-Pop yang nak beraktiviti kasut roda dengan budaya K-Pop, pastikan korang tidak lepaskan peluang untuk ke Rollerwa!

4. WINDLAB Indoor Skydiving

Teringin nak rasa aktiviti mencabar seperti terjun udara? Korang wajib kunjungi WINDLAB Indoor Skydiving.

Sumber : Windlab

Dahulunya terkenal sebagai AirRider Indoor Skydiving. WINDLAB ni menawarkan korang dan pengunjung aksi dan pengalaman terjun udara pada tinggi 14000 kaki. Ha, tinggi kan?

Korang juga akan dibekalkan dengan peralatan keselamatan yang lengkap seperti sut, topi keledar dan juga cermin mata.

So korang, ada berani nak cuba?

5. FlowRider

Nak buat apa di FlowRider? Di sini korang boleh asah kemahiran dalam sukan papan luncur air. Tak perlu pergi jauh-jauh ke pantai. Korang boleh lepaskan rindu nak meluncur air di sini.

Sumber : Facebook

Bagi korang yang tiada kemahiran meluncur, jangan bimbang. Korang boleh belajar dengan tenaga pengajar yang ada di FlowRider.

Para pengajar ni sangat teruja tau nak mengajar korang yang berminat dengan sukan luncur air ini. Dah mahir di sini, korang boleh praktikkan pula bila ke pantai nanti.

5 aktiviti menarik di 1 Utama yang kami kongsikan kali ini pasti akan berikan korang idea baru jika ke 1 Utama. Bukan sekadar satu tempat shopping yang luas dan pelbagai, banyak juga aktiviti sukan yang menghiburkan untuk korang alami di sini.

Comments (0)
Add Comment