Cara tempah tiket penerbangan murah yang bakal dikongsikan kali ini mungkin merupakan info yang korang cari selama ini.
Penerbangan kelas bisnes dengan kelas ekonomi sangat berbeza dari segi keselesaan dan juga layanan. Namun tak semua dari kita sanggup untuk berbelanja lebih kerana tiket kelas bisnes biasanya lebih mahal.
Sebenarnya kalau korang nak tahu, ada cara nak dapatkan tiket kelas bisnes dengan harga tiket ekonomi.
Jika korang tahu cara ini, korang boleh pergi travel menggunakan tiket business class dengan harga yang murah. Menarik, kan?
Kandungan
Cara Tempah Tiket Penerbangan Murah
Ada beberapa cara yang korang boleh lakukan untuk dapatkan tiket dengan harga yang murah. Korang kena baca tips ini dan cuba praktikkan masa nak tempah tiket nanti. Antaranya :
1. Penerbangan Ekonomi Premium
Tips pertama, korang boleh cuba cari tiket penerbangan dari syarikat tambang rendah yang menawarkan kategori premium atau kelas bisnes.
Korang boleh masukkan dalam carian di web syarikat penerbangan tersebut kategori kelas bisnes seperti yang diperlukan.
Dengan cara ini korang mungkin boleh dapatkan harga tiket yang murah dengan layanan kelas bisnes yang premium.
2. Menjadi Pelanggan Newsletter Syarikat Penerbangan
Pernah tak korang melanggan newsletter dari mana-mana syarikat atau jenama? Jika pernah, korang pasti pernah menerima promosi atau tawaran dalam newsletter tersebut, kan?
Begitu juga dengan syarikat penerbangan. Jika korang melanggan newsletter dari mana-mana syarikat penerbangan, korang akan jadi orang yang pertama mendapat info terkini dari syarikat.
Korang akan diutamakan sebagai pelanggan tetap atau subscriber. Segala info akan sampai kepada korang lebih awal dari yang lain.
Sebagai contoh, jika ada promosi harga tawaran terawal korang akan ditawarkan terlebih dahulu sebelum promosi dihebahkan kepada umum. Untung kan?
3. Cara Tempah Tiket Penerbangan Murah : Jadi Ahli Loyalty
Terdapat beberapa jenis kelab yang menawarkan program kesetiaan atau loyalty. Contohnya Oneworld, Star Alliance dan Sky Team.
Sebagai ahli loyalty, korang diberi pelbagai kelebihan. Dapat upgrade tiket ke kelas bisnes dari kelas ekonomi antaranya.
Andainya berlaku beberapa isu dengan tiket penerbangan, jika korang mempunya kad loyalty korang akan diutamakan dan diberi pilihan untuk naik ke kelas bisnes tanpa bayaran tambahan.
Sebelum melancong ke luar negara, pastikan buat 3 benda ini dahulu
4. Bida Lelongan Atas Talian
Kalau korang nak tahu, syarikat penerbangan ni adakalanya rajin jugak buat lelongan atas talian. Ini khas untuk penumpang yang sudah mempunyai tiket kelas ekonomi.
Lelongan dibuat untuk menghabiskan baki kerusi kelas pertama yang tidak terjual.
Untung nasib korang boleh upgrade tempat duduk dengan harga yang cukup berbaloi. Lebih untung ada juga yang dapat tempat duduk kelas pertama secara percuma sahaja.
5. Tempah Tiket Kelas Bisnes Lebih Awal
Mengikut pengalaman sesetengah orang, peluang untuk dapat tiket dengan harga murah adalah sangat tinggi jika korang menempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh korang nak terbang.
Kebiasannya syarikat-syarikat penerbangan ini mempunyai kuota jualan untuk harga tiket yang perlu dijual dengan harga yang sangat murah.
Jika korang alert dengan tawaran yang ditawarkan, korang boleh beli tiket kelas bisnes dengan harga yang sangat murah sama seperti harga tiket kelas ekonomi.
Inilah antara tips yang korang boleh praktikkan bila menempah tiket flight korang nanti. Cubalah ya mana tau korang boleh jimat banyak dengan tips yang kami kongsikan ini.
Benda boleh jimat, buat apa bayar mahal?