8 Tips Penting Untuk Pengembara Solo

Melihat orang lain melancong sebagai pengembara solo, korang macam teringin juga nak buat begitu kan?

Macam best je, senang nak bergerak sendiri dan tak perlu nak komited dengan masa dan rancangan orang lain. Kadang-kadang pening juga kan melayan karenah masing-masing.

Sumber: insuremytrip

Nak buat tapi tak berani?

Tak tahu nak mula bagaimana?

Percutian seorang diri memerlukan keberanian, persiapan awal dan disiplin.

Tapi korang jangan takut dan risau, di sini kami bantu dengan memberikan 8 tips berguna untuk korang buat ‘homework’ terlebih dahulu sebelum berangkat.

Kandungan

Senarai Tips Penting Pengembara Solo

1. Belajar daripada Pengembara Berpengalaman

Nak jadi pengembara ni sebenarnya korang kena mulakan dari bawah. Cara yang paling cepat dan mudah ialah dengan menyertai mana-mana kumpulan pengembara.

Sumber: backpackerboy

Korang boleh rasakan adakah korang akan kental dengan cabaran dan menghadapi apa-apa kekurangan. Dari sini korang akan cepat jadi mahir.

Tapi kalau korang memang tak ada member atau kumpulan pengembara yang korang kenal, korang pun boleh je cuba mulakan sendiri, sebab ada orang yang dah berjaya merealisasikannya tanpa join mana-mana pengembara berpengalaman.

2. Melakukan Aktiviti Bersendirian

Sebagai latihan permulaan, korang pilihlah satu destinasi dalam negara yang korang selasa. Pergi bercuti untuk 2-3 hari bersendirian. Naik bas, keretapi atau kapal terbang dan menguruskan segala tempahan pengangkutan seorang diri. Lebih bagus jika korang cuba naik semua jenis pengangkutan yang ada.

Nikmatilah kopi di kafe, lunch atau dinner di restoran atau gerai-gerai tepi jalan sendirian. Sesetengah orang berasa kekok bila makan tanpa ditemani sesiapa. Malah rasa malu dan terasa diperhatikan sorang-sorang di meja makan. Pastikan korang boleh atasi halangan ini.

Sumber: pinterest

Aktiviti lain pun korang boleh cuba buat sendirian seperti berjalan-jalan di tepi pantai, menyelusuri di tebing sungai waterfront, masuk ke pasar-pasar, ke muzium/galeri malah mungkin ke taman tema juga.

Sumber: freepik

Korang kena biasakan keadaan ini. Ini lebih kepada melawan ketidak-selesaan diri sendiri. Mungkin di negara lain, orang di sana faham dan tak ambil kesah pun.

Bersendirian juga boleh mengajar korang jadi berani, sabar yang luar biasa, membina keyakinan, bijak menilai risiko dan membuat pertimbangan rasional. Korang mungkin akan temui bahagian diri baharu korang yang menakjubkan ketika membuat aktiviti bersendirian ini!

3. Buat Kajian Destinasi

Mungkin korang sudah ada senarai destinasi yang akan dikunjungi. Sebelum ke sana, korang buat dahulu kajian mengenai tempat tersebut. Sebaik-baiknya untuk pertama kali, korang pilihlah negara yang berhampiran.

Adakah ia kawasan yang selamat untuk pengembara solo? Mungkin korang boleh periksa kadar jenayah di tempat tersebut terlebih dahulu. Keselamatan adalah perkara utama. Fahami dan teliti juga budaya persekitaran kawasan.

Sumber: forge.medium.com

Semak juga beberapa penginapan dari segi kadar harga, lokasi dan kemudahan yang ada. Bagi pengembara solo pertama kali, pilihlah penginapan di tengah-tengah kota atau berdekatan dengan pejabat kedutaan. Sekiranya ada hal kecemasan, mudah nak minta bantuan.

Kalau korang pengembara solo wanita, pastikan penginapan korang selamat dan sebolehnya hindarkan daripada menyewa di dormitri atau bilik yang bercampur dengan lelaki.

Sumber: thebudgetmindedtraveler

Semakan ini korang boleh lakukan dengan membuat carian dalam talian. Bacalah ulasan dan maklum balas warganet supaya korang mengetahui serba sedikit tentang penginapan tersebut.

4. Membuat Itinerari

Inilah bahagian utama dan penting dalam merancang perjalanan pengembaraan solo korang. Itinerari ialah rancangan perjalanan korang secara terperinci. Kenapa korang perlukan itinerari ini? Ini kerana daripada sini korang akan dapat tahu budget kasar untuk pengembaraan korang.

Sumber: m.tribunnews.com

Itinerari akan mengambil kira banyak perkara merangkumi jumlah hari perjalanan, waktu, hari, apa yang dilakukan bermula keluar dari rumah hinggalah kembali semula ke rumah. Pengangkutan yang akan digunakan, pilihan yang ada dan kosnya.

Korang juga dapat menyusun aktiviti yang akan korang lakukan sepanjang masa berada di sana dan macam-macam lagi.

Korang boleh minta rekomendasi daripada kawan-kawan yang pernah pergi ke destinasi tersebut atau boleh join kumpulan-kumpulan pengembara di facebook yang aktif berkongsi informasi itinerari diorang.

5. Sediakan Budget

Langkah seterusnya selepas menyediakan itinerari ialah mengira budget dan menyediakan wangnya. Kalau korang dah ada budget, boleh la mulakan perjalanan. Jika belum ada, korang kenalah fikirkan bagaimana nak menyimpan wang untuk merealisasikan impian korang.

Sumber: studentworldonline.com

6. Sokongan Orang Terdekat

Sokongan dan doa daripada orang terdekat juga penting untuk menaikkan semangat dan keyakinan yang korang boleh berjaya melakukan pengembaraan solo ini.

Sumber: whyy.org

Tunjukkan itinerari yang korang sudah sediakan supaya diorang rasa tenang hati dan tidak gusar kerana korang sudah pun memikirkan segala persiapan dan kemungkinan.

Simpan nombor telefon dan aktif berhubung dengan diorang supaya mereka tahu korang ok. Jika sudah memulakan pengembaraan, rajin-rajinlah update status supaya diorang tidak risau dan tahu keberadaan korang di tempat orang.

7. Membuat Tempahan dan Persediaan

Refer Sini Untuk Cara Tempah Tiket Penerbangan Business Class Tapi Murah

Persediaan pertama ialah buatlah tempahan seperti tiket penerbangan, penginapan, insurans perjalanan termasuklah tempahan tempat-tempat menarik yang korang nak pergi melalui online.

Sumber: express.co.uk

Persediaan kedua ialah melengkapkan barang-barang yang akan korang bawa. Elakkan daripada membawa beg yang terlalu besar. Pilihlah beg yang mudah diangkat atau ditolak dengan saiz yang memadai agar ia memudahkan pergerakkan korang secara solo tanpa memerlukan bantuan orang lain.

Sumber: shanonwu.com

Penting untuk memastikan kelengkapan seperti ubat-ubatan dibawa bersama supaya memudahkan disaat-saat kecemasan yang tidak diduga. Selain itu, pastikan juga pakaian dan wang yang mencukupi. Elakkan daripada membawa banyak wang, gunakan kad atas sebab-sebab keselamatan.

Buat satu senarai semak untuk memeriksa apa yang korang sudah sediakan atau belum.

8. Keselamatan

Ke mana sahaja korang mengembara sudah tentulah keselamatan menjadi faktor utama. Berikut ada beberapa peringatan mustahak untuk pengembara solo.

Sumber: ohio.aaa.com

Semasa berada di mana-mana lapangan terbang, elakkan daripada bermurah hati membawakan beg penumpang lain sebab berkemungkinan korang akan menjadi mangsa keldai dadah. Ini sudah tentu merosakkan segala rancangan pengembaraan korang malah menjadi nightmare seumur hidup!

Elakkan daripada berjalan seorang diri di kawasan atau lorong yang gelap atau tempat yang sunyi. Pastikan sekeliling korang sentiasa mempunyai ramai orang atau kedai-kedai berhampiran.

Sumber: jobsqd.com

Awas pergerakkan sekeliling dan pastikan tiada sesiapa yang mencurigakan atau memerhatikan korang. Jika berdepan dengan situasi yang mencurigakan, usah panik. Teruskan perjalanan di kawasan awam yang mempunyai ramai orang dan elakkan sebarang komunikasi jika dihampiri.

Elakkan daripada memegang dompet atau menyelitnya di poket seluar. Sentiasa peka dan letakkan barang yang dibawa di dalam beg selepang. Pastikan beg sentiasa dizip.

Bergaul dan berkawan dengan pengembara lain semasa pengembaraan korang. Siapa tahu mereka dapat menjadi teman pengembara atau bertukar informasi tentang tempat-tempat menarik.

Sumber: fluentu.com

Sentiasa berinteraksi dengan keluarga dan teman-teman rapat melalui whatsapp/telegram atau media sosial untuk perkembangan korang dari semasa ke semasa agar diorang tahu korang sentiasa selamat.

Kesimpulannya, semoga dengan tips yang diberi akan memberikan korang keyakinan untuk memulakan pengembaraan solo korang yang pertama. Yang penting, korang benar-benar tahu apa yang korang lakukan, mempunyai pelan kecemasan dan tidak mudah panik. Jom mulakan!

.

Comments (0)
Add Comment