Bercuti di musim pandemik, banyak benda yang perlu diambil kira. Lebih-lebih lagi jika bawa anak kecil bersama, yang lasak dan suka berlari ke sana sini dan sentuh itu ini.
Percutian kali ini perlu lebih persiapan. Dan sebaiknya lakukan persediaan awal supaya tidak kelam kabut dan perjalanan jadi lebih mudah dan terancang.
Paling penting percutian bersama keluarga lebih bermakna dan penuh kegembiraan.
Ada beberapa tips yang boleh anda ikuti supaya percutian lebih teratur dan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Kandungan
1- Pilih Destinasi Yang Mesra Keluarga Dan Amal SOP.
Pastikan hotel yang dipilih mengamalkan SOP yang ketat demi keselamatan semua.
Anda boleh telefon hotel tersebut sebelum membuat booking dan bertanyakan tentang kualiti udara, jadual disinfeksi, kemudahan mencuci tangan, dan beberapa lagi soalan yang berkaitan.
Ia mungkin nampak cerewet, tapi ia perlu untuk keselamatan semua.
2. Jauhi Tempat Orang Ramai.
Sebaiknya, pilih lokasi yang bukan tumpuan orang ramai supaya kadar jangkitan dapat dikurangkan. Destinasi tak popular pun tak pe, janji hati senang.
3- Sediakan Kelengkapan Yang Cukup.
Sediakan semua kelengkapan penting, tanpa memerlukan anda keluar untuk membeli lagi setelah sampai di tempat percutian.
Jika bawa bayi make sure bawa bersama wet tissue yang ada fungsi anti bakteria. Sanitizer dan tisu memang satu kewajiban yang sememangnya sentiasa kena ada dalam bag.
4- Mulakan Perjalanan Lebih Awal
Jika menaiki kereta sendiri, atur perjalanan sebaiknya supaya bermula seawal mungkin.
Jika singgah di mana-mana tempat rehat, pastikan kekalkan SOP dan sentiasa basuh tangan atau pakai hand sanitizer sebelum masuk ke kereta.
5- Sediakan Makanan Yang Sesuai Dan Cukup
Biasanya yang jadi menu utama dalam perjalanan adalah roti, biskut, jajan dan air kotak.
Beli lebih awal supaya tidak perlu berhenti lagi dalam perjalanan.
Jika tiada pilihan atau terpaksa berhenti, pilih restoran yang menawarkan service drive thru atau yang ada menawarkan penghantaran makanan ke luar.
6. Cek Bilik hotel Dan Pastikan Selamat
Sentiasa bawa bersama pita pelekat untuk menutup soket yang biasanya jadi tumpuan anak kecil.
Tutup juga laci yang senang dibuka dengan pita pelekat untuk elakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
7-Hadir Ke Lapangan Terbang Lebih Awal
Jika menaiki kapal terbang, pastikan ke lapangan terbang lebih awal untuk elakkan kesesakan dan kekalutan.
Sentiasa jaga SOP dan elakkan memegang sesuatu yang tidak perlu.
8. Penjagaan Semasa Di Hotel.
Langkah pertama adalah lakukan disinfek sendiri ke tempat yang banyak disentuh seperti tombol pintu, remote, meja, butang flush tandas dan sebagainya.
Utamakan Kesihatan Anda Dan Keluarga.
Walau sesempurna mana pun perancangan dan persediaan yang telah dilakukan untuk percutian, terus batalkan percutian jika ada simptom.
Rancanglah dengan bijak dan terbaik demi kesihatan orang sekeliling. Semoga kta semua terselamat dari jangkitan COVID-19. Stay safe!