Perkara Perlu Bawa Untuk Ke Waterpark

Yang mana plan nak bercuti hujung minggu ni, or layan anak-anak di waterpark, korang kena baca post ini dulu. Kena tau dulu apa keperluan yang korang perlu bawa ke waterpark.

Ini penting, supaya kulit korang dan anak-anak tak bertukar warna selepas seharian layan main air.

Jom saya tunjukkan apa yang korang perlu bawa. Listkan betul-betul supaya tak ada barang tertinggal ye.

12 taman tema menarik di Malaysia. Boleh refer kat sini

Kandungan

Apa barang yang perlu bawa?

1. Sunblock – perlu bawa ke Waterpark

Tidak lengkap kalau korang ke tempat permainan air tanpa membawa sunblock.

Jika korang takut kulit korang burn atau gelap, sapukan sunblock pada kulit sebelum anda ke waterpark.

Gunakan lah yang mempunyai spf yang tinggi bagi menghalan sinaran matahari ke kulit anda

2. Selipar – perlu bawa ke Waterpark

Korang patut bawak selipar spare untuk lebih mudah bermain di sana dan bagi mengelakkan apa-apa berlaku  

3. Bagpack kalis air

Beg yang kalis air adalah benda wajib yang perlu anda bawa.

Senang nak letak barang-barang  berharga dalam tu dan yang paling penting tak masuk air

4. Plastik bag

Sediakan plastic bag untuk korang simpan baju kotor atau basah .

Kalau lupa bawa ni, alamatnya basah lencunlah bonet kereta korang dengan baju-baju mandi di waterpark tu.

Masukkan dalam list siap-siap. Supaya tak lupa ye.

5. Topi

Aksesori seperti topi juga boleh membantu korang mengurangkan silau daripada sinaran matahari .

6. Kaca Mata Hitam

 Satu lagi benda yang korang wajib bawa, iaitu spek mata hitam.

Ianya sangat berguna untuk melindungi mata anda dari terkena pancaran matahari yang terik.

Haa jadi kalau korang pergi bercuti ke waterpark ke jangan lupa bawa kelengkapan yang lengkap tau !

Comments (0)
Add Comment