Persediaan Ke Luar Negara – Buat 3 Benda Penting Ini

Yang mana plan untuk melancong, sila buat 3 persediaan ke luar negara ini

Secara umumnya, sebelum nak ke luar negara sudah tentulah korang akan menentukan negara yang akan dilawati, menyusun tarikh bercuti dengan tarikh tiket penerbangan yang sesuai, memilih tempat penginapan dan seterusnya merancang budget.

Sumber: iloveborneo

Selain itu, standard persediaan ialah memperolehi passport antarabangsa dan memastikan tempoh passport masih sah dan melebihi 6 bulan daripada tarikh penerbangan. Untuk negara yang memerlukan visa, korang perlu memohon visa 2 bulan sebelum berlepas.

Namun, sejak dunia dilanda wabak Covid-19 pada tahun 2020, banyak prosedur melancong ke luar negara telah diubah dan ditambah bagi mengekang tularan virus ini. Dalam liputan kali ini, korang dinasihatkan supaya memeriksa 3 perkara penting ini sebelum meninggalkan Malaysia.

1. Periksa Syarat Vaksinasi dan Ujian Covid-19 Negara Dituju

Tidak semua negara mempunyai syarat dan polisi vaksinasi yang serupa. Begitu juga dengan tempoh kuarantin dan perlaksanaan ujian Covid-19 turut berbeza.

Banyak negara tidak lagi memerlukan pelawat asing dikuarantin selepas ketibaan. Untuk maklumat terkini dan paling tepat, korang lawatilah website rasmi pihak berkuasa imigresen destinasi pilihan korang untuk garis panduan perjalanan antarabangsa.

Untuk lebih selamat, sewajarnya korang mengambil vaksinasi penuh Covid-19 iaitu termasuk mengambil suntikan penggalak. Jenis vaksin yang telah di ambil oleh rakyat Malaysia secara dasarnya merangkumi keperluan kemasukan pelancong asing ke negara mereka.

Nak ke resort dan pulau ala-ala Maldives? Dalam Malaysia pun ada!

Sumber: bbc.com

Kita beruntung kerana ketegasan dan kejayaan kerajaan Malaysia melaksanakan Program Vaksinasi Negara membuatkan kita mempunyai lebih banyak kelonggaran untuk melancong kerana negara kita telah mencapai imuniti 90%. 

Bagi mengelakkan perkara yang tidak dijangka di pintu masuk negara asing, korang juga disarankan membuat ujian RT-PCR beberapa hari sebelum berlepas. Bilangan hari ini korang kena rujuk polisi negara yang hendak dilawati tersebut.

Sila bawa beberapa kit ujian Covid-19 kendiri supaya status kesihatan korang dapat diperiksa sendiri secara berkala. Korang perlu maklum bahawa sekiranya dijangkiti Covid-19 di bumi asing, kos rawatan dan kuarantin akan memberikan bebanan kewangan yang tinggi.

2. Periksa Syarat Pembatalan Tempahan

Sebelum korang membuat tempahan secara online iaitu tempahan penginapan, membeli tiket kapal terbang, tiket perjalanan domestik malah tiket kemasukan ke mana-mana taman tema di luar negara, korang wajib meneliti dahulu polisi pembatalan dan pembayaran balik tiket.

Sumber: airtripsadvisor.wixsite

Kebiasaannya, untuk mendapatkan tiket yang membenarkan pembatalan dan bayaran semula ini, korang perlu membayar harga yang agak lebih daripada harga biasa (ekonomi).

Sesetengah syarikat memberikan garis panduan jelas peratusan bayaran semula, jangkamasa yang dibenarkan membuat pembatalan tiket dan senarai justifikasi pembatalan yang dibenarkan.

Pengalaman semasa wabak Covid-19 melanda, syarikat penerbangan terjejas teruk kerana tidak dibenarkan terbang. Ia secara langsung melibatkan kerugian juga kepada penumpang yang telah membeli tiket.

Pembeli yang salah faham atau tidak membaca polisi-polisi ini boleh mewujudkan ketegangan antara kedua-dua belah pihak. Jadi, untuk mengelakkan sebarang pertikaian, korang dinasihatkan membuat salinan dokumen-dokumen sama ada disimpan di dalam telefon atau dicetak.

3. Dapatkan Insurans/Takaful Perjalanan

Seringkali kita mengelak daripada membeli insurans perjalanan dalam dan luar negara. Ini mungkin kita berfikir tiada apa perkara buruk yang akan melanda kita.

Tetapi ia akan menjadi sangat penting apabila kita dah terjebak dengan masalah tersebut, terutamanya dijangkiti Covid-19, berlaku kemalangan atau tiba-tiba jatuh sakit ketika sedang bercuti.

Insurans perjalanan adalah sejenis perlindungan yang akan melindungi korang dan keluarga daripada pelbagai risiko semasa melancong.

Sumber: prettilyrare

Ia biasanya meliputi perbelanjaan perubatan, kehilangan bagasi, pembatalan penerbangan dan kerugian lain yang mungkin ditanggung semasa dalam perjalanan.

Dengan situasi kesihatan global yang berisiko sekarang ini, ada banyak syarikat insurans turut menyediakan pelan perlindungan terhadap gangguan percutian apabila disahkan positif Covid-19. Jadi, seelok-eloknya korang bersiap-siagalah dengan sebarang kemungkinan.

Semoga dengan 3 tips persediaan ini, perjalanan percutian korang teratur dan lancar serta kembali ke tanah air dengan selamat.

Comments (0)
Add Comment