Taman Burung Kuala Lumpur amat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga terutamanya ketika hujung minggu.
Buat korang yang mempunyai anak kecil khasnya, pasti menyeronokkan bagi si kecil belajar mengenal dan melihat pelbagai spesis burung yang terdapat di taman ini.
Jom lah ke Taman Burung Kuala Lumpur dan bawa bersama anak-anak yang pasti menyukai pengalaman berada di taman ini!
Kandungan
Lokasi Taman Burung Kuala Lumpur
Macam mana nak ke taman ini?
Korang perlu menuju ke Taman Tasik Perdana.
Ini kerana ianya terletak di dalam perkarangan Taman Tasik Perdana.
Suasana di sini memang cukup mendamaikan. Kicauan burung-burung yang bertiup merdu menambah suasana tenang taman ini.
Dengan keluasan 20.9 ekar, ianya menempatkan lebih 3,000 ekor burung dengan lebih kurang 200 spesis.
Untuk info, burung-burung yang ada di sini datang dari luar negara pun ada!
Tarikan Di Taman Burung Kuala Lumpur
Bila sampai ke sini, apa yang korang perlu tahu ialah taman ini terbahagi kepada 4 zon yang berlainan. Zon 1 dan Zon 2 merupakan zon untuk burung terbang bebas, zon 3 pula ialah zon untuk taman burung enggang manakala zon 4 adalah tempat khas untuk burung-burung tertentu serta kandang burung atau aviary.
Zon-Zon Taman Burung Kuala Lumpur
Zon 1: Free-Flight Walk-In Aviary
Melangkah kaki ke zon 1, korang akan dapati zon ini terbahagi kepada beberapa bahagian.
Bahagian utama zon ini bersambung dengan zon 2. Ianya merupakan zon terbang bebas.
Di zon ini, burung-burung dibiarkan terbang bebas berlegar di udara.
Zon 1 juga direkabentuk dengan mengekalkan suasana alam sekitar atau habitat asal burung-burung. Sangat menarik sekali. Terdapat burung-burung seperti burung merak, storks, crowned pigeons dan banyak lagi.
Kehadiran burung-burung yang pelbagai spesis ini secara tidak langsung mewujudkan ekosistem yang unik dan tersendiri.
Beberapa bahagian di zon 1 yang lain pun tak kurang menariknya. Antaranya ialah :
- Love Aviary – Kandang burung yang menempatkan burung yang berpasangan seperti Indian Ring-necked Parakeets, Budrigers, Sun Conures dan Cockatiels.
- Brahminy Land – Sangkar dan pameran burung jenis pemburu, Brahminy Kites.
- Tasik Flamingo – Lihat burung Flamingo yang berwarna pink ini sambil menikmati minuman dan snek di Flamingo Kiosk
- Bulbul Land – Berdekatan dengan tasik Flamingo tadi terletaknya Bulbul Land yang menempatkan burung-burung Bulbul yang merupakan burung jenis burung bersiul.
Zon 2 : Gabungan Bahagian Utama Zon 1
Zon 2 merupakan gabungan dengan bahagian utama Zon 1. Di sini burung-burung terbang bebas menikmati keindahan alam.
Kalau dah sampai KL tu, jangan lupa bawa anak ke syurga kanak-kanak ni ye…
Zon 3: Taman Burung Enggang
Zon 3 dibina khas untuk menempatkan burung enggang Malaysia, sejenis burung yang dikatakan antara spesis terbesar di dunia.
Keindahan warna burung enggang dan rupanya yang unik menjadikan burung enggang ini nampak gagah dan menarik perhatian.
Bukan sahaja enggang Malaysia sahaja yang ada, terdapat juga beberapa spesis burung enggang yang lain.
Menariknya di zon burung enggang ini ialah korang juga memberi makan kepada burung-burung yang ada di sini sekiranya datang pada jam 11.30 pagi.
Jika korang pula yang terasa lapar selepas beri burung makan, korang boleh ke Hornbill Cafe. Nikmati pelbagai makanan yang tersedia di sini.
Zon 4: Dunia Burung Kakak Tua
Seperti zon 1, zon 4 juga mempunyai beberapa bahagian. Paling utama ialah bahagian burung nuri ataupun Dunia Burung Nuri. Korang boleh meluangkan masa di sini dengan memberi makan kepada burung-burung Nuri yang ada di sini.
Bahagian kedua pula menumpukan kepada burung-burung tidak terbang seperti burung unta, emu dan kasawari.
Seterusnya bahagian-bahagian lain termasuklah:
- Galeri Burung – lihat pameran burung-burung taxidermi iaitu sesuatu teknik mengekalkan burung-burung untuk tampak masih hidup. Ia juga mempamerkan beberapa jenis bulu burung dan rangka tukang burung-burung berlainan jenis.
- Pusat Pendidikan Burung – belajar tentang cara-cara burung dijaga dan diternak. Anda juga boleh melihat bagaimana telur-telur burung ini melalui fasa inkubasi dan jika anda bernasib baik, boleh tengok kelahiran anak-anak burung.
- Sekolah Burung – belajar tentang burung dalam kelas khas yang disediakan untuk kanak-kanak. Orang-orang dewasa juga boleh join!
- Aviary Burung Oriental – saksikan burung-burung Asia yang berwarna-warni
- Aviary Air Terjun – saksikan burung-burung yang hidup di kawasan air terjun di sekitar air terjun buatan ini.
- Amfiteater – pameran dan pertunjukan khas oleh burung-burung terlatih dan berbakat.
Fasiliti
Melengkapi lagi taman ini, pelbagai kemudahan dan fasiliti telah disediakan. Di Taman Burung Kuala Lumpur ini terdapat kemudahan awam seperti tandas, tempat letak kereta, surau dan lain-lain.
Beberapa buah restoran dan kiosk makanan turut ada bagi memudahkan para pengunjung menjamu selera. Begitu juga dengan kedai cenderamata sebagai pilihan untuk pengunjung membeli sesuatu tanda kenangan.
Kesemua fasiliti di sini dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga jam 6 petang. Untuk Hornbill Cafe pula ianya dibuka sehingga jam 8 malam.
Harga Tiket & Waktu Operasi Taman Burung Kuala Lumpur
Bayaran yang dikenakan untuk masuk ke taman ini ialah :
Dewasa (Biasa) RM 48.00*Kanak-kanak (Biasa) RM 38.00
Dewasa (MyKad) RM 25.00*Kanak-kanak (MyKid) RM 12.00
*Kanak-kanak dari 3 – 12 tahun
Seluruh Taman Burung ini dibuka setiap hari termasuk cuti umum dan cuti sekolah dari jam 9 pagi hingga 6 petang.