Villa mewah tepi laut ini merupakan sebuah villa yang diinspirasikan dari Bali. Villa ini sangat cantik tau dan tersergam indah di tepi laut yang terletak di Port Dickson. Boleh dikatakan jika korang bercuti di sini korang bakal menikmati percutian yang sempurna. Paling best, korang berpeluang bersiar-siar di taman mini sekitar rumah ini. Nikmati segarnya pokok-pokok yang subur sambil ditemani indahnya bunyi laut & pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan.
Villa mewah tepi laut
Untuk pengetahuan korang, 12Haven ini memang dikhaskan untuk homestay sahaja. So, ianya tidak sesuai jika korang berhasrat untuk menganjurkan sebarang majlis atau acara dan menjemput tetamu dari luar.
Dengan keluasannya yang cukup besar, villa ini boleh memuatkan antara 12 orang hingga 16 orang dalam satu masa yang sama. Sangat sesuai untuk korang yang nak berkumpul bersama keluarga, saudara mara atau rakan-rakan sekerja merangka serta menyusun pelan membangunkan syarikat dan sebagainya.
Bilangan bilik dan keperluan yang ada di villa
Kalau korang nak tahu lagi tentang villa ini, terdapat 4 buah bilik tidur yang telah tersedia menanti kunjungan korang untuk menginap di sini. Di setiap bilik telah lengkap dengan peralatan tempat tidur seperti sebuah katil bersaiz queen dan sebuah katil bersaiz single yang sesuai untuk 3 orang. 2 buah bilik tidur letaknya di tingkat bawah manakala lagi 2 buah bilik terletak di tingkat atas.
Tiga buah bilik di villa ini disambungkan dengan bilik mandi yang lengkap dengan mandian pancuran air panas. Manakala sebuah lagi bilik tidur di bahagian atas villa yang sedikit kecil saiznya tidak bersambung dengan bilik mandi. Bilik ini memuatkan 3 buah katil bersaiz single.
Untuk pengunjung yang datang lebih dari 12 orang,terdapat tilam yang disediakan dan boleh dibentang untuk tidur di kawasan dewan tingkat atas. Jumlah maksimum yang boleh ditampung di villa ini adalah sehingga 16 orang tetamu.
Ruang tamunya juga dihias indah dengan perhiasan yang cantik dan tampak tenang sekali. Pada bahagian dapurnya pula, kelengkapan asas untuk aktiviti masak dan makan juga sempurna. Korang tak perlu runsing lagi tentang di mana nak dapatkan peralatan memasak.
Ruang parking villa ini boleh memuatkan kira-kira 2 buah biji kereta sahaja. Jika korang datang dengan lebih dari 2 buah biji kereta, korang kena park di luar kawasan rumah.
Bagi menambahkan lagi kemudahan untuk tetamu vila mewah tepi laut ini, capaian internet yang laju disediakan juga tau. So, korang tak akan ada isu nak berhubung menggunakan internet. Kalau nak bermandi manda pula, terdapat duah buah kolam rendang persendirian yang ada di vila ini. Best tau kalau dapat berendam!
korang juga boleh tengok Tasik Villa yang ada di Port Dickson juga
Sekiranya dalam perancangan percutian korang ada pelan untuk berbarbeku, korang tak perlu risau kerana port BBQ dan juga kotak ais ada tersedia. Namun, untuk peralatan BBQ dan juga bahan mentah, itu korang perlu bawa sendiri.
Yang paling bestnya jika korang menginap di villa ini, korang boleh berjalan kaki sahaja jika hendak menikmati keindahan pantai di Port Dickson khasnya Pantai Glory. Korang boleh beraktiviti dengan pelbagai pilihan sukan laut yang menarik.
Untuk tarikan-tarikan lain yang boleh diterokai, korang boleh berkunjung ke Galeri 3D Alive, Muzium/ Kubu Lukut, Muzium Tentera Port Dickson dan juga PD Ostrich Show Farm.
Sememangnya 12Haven merupakan tempat yang best sangat untuk bersantai & berehat bersama keluarga juga rakan-rakan anda. Jom booking untuk cuti korang sekarang!