Antara Villa menarik di Langkawi yang sentiasa fully booked, siap ada kolam renang lagi.
Pulau langkawi adalah salah sebuah pulau yang sentiasa dipenuhi oleh para pengunjung dari dalam negara mahupun luar negara. Ini kerana kawasannya yang menarik kerap dijadikan tempat percutian bagi seisi keluarga.
Terbayang deruan air lautnya, kedinginan udaranya serta keindahan alamnya pasti membuatkan tidak sabar untuk bercuti di sana. Mari kita lihat senarai villa menarik di Langkawi yang akan membantu merancang percutian korang.
Kandungan
Villa Menarik Di Langkawi Yang Korang Wajib Stay
1- Adagaya Villa Langkawi
Villa yang dikelilingi kehijauan dan kolam persendirian. Sesuai untuk korang yang baru berkahwin kerana mereka menyediakan pakej berbulan madu dan dekorasi bilik.
Korang boleh berjalan-jalan di pantai Cenang yang tidak jauh daripada villa. Villa ini turut dilengkapi katil super king, kolam renang persendirian dan ruang tamu yang dilengkapi dengan meja makan.
Alamat : Kedawang 07000 Malaysia Langkawi, Kedah, Malaysia
2- La Villa Langkawi
La villa merupakan villa yang agak terpencil sedikit kawasannya.
Walau bagaimanapun, villa ini sangat berhampiran dengan Pantai Cenang. Sangat nyaman dengan deruan ombak dan angin yang menenangkan.
Villa ini turut dilengkapi dengan ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik mandi dengan tab mandi, dan tempat letak kenderaan peribadi.
Alamat :
Lot-5, Kg Padang Putih, Jalan Pantai Tengah 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
3- Maneh Villa – Vila menarik di Langkawi tumpuan ramai
Sebuah tempat yang menyediakan hanya 9 buah villa eksklusif yang menarik di Langkawi untuk korang. Di sini, korang boleh membuat tempahan sarapan pagi a la carte dan meminta makanan anda dihidangkan dalam dulang terapung.
Unik bukan?
Villa ini juga menyediakan aktiviti beriadah ringan untuk korang kerana terdapat basikal yang disediakan untuk korang berkayuh di kawasan villa.
Alamat : Maneh Villa, Lot 1240, Kampung Tasik Anak, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
4- The Danna Langkawi
Terdapat dua jenis villa yang korang dapat melihat sendiri pemandangan lautnya.
The Danna Langkawi ni lokasinya dekat Pantai Kok Langkawi berhadapan dengan Laut Andaman , lebih kurang 15 minit dari airport.
Baca juga tempat menarik di Langkawi yang korang wajib singgah di sini
Mula beroperasi pada Disember 2010 dengan konsep British Colonial dan pernah dipilih sebagai No.1 luxury hotel in Langkawi selama 4 tahun berturut-turut dari tahun 2015-2018.
Alamat : Telaga Harbour Park, Pantai Kok 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
5- Villa Paddy
Villa Paddy terletak di dalam kawasan sawah padi yang terbentang luas. Di sini korang dapat melihat matahari terbenam secara langsung ditemani suasana malam yang mendamaikan.
Terdapat kolam persendirian untuk korang bermandi-manda bersama keluarga sambil menikmati keindahan alam.
Korang juga boleh mengunjungi Buffalo Park, Taman Mardi Langkawi.
Jangan ketinggalan untuk menaiki kabel car setelah berada di Langkawi.
Alamat :
Kampung Bukit Hantu, 07000 Langkawi, Kedah 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Alang-alang dah bercuti di Langkawi, korang jangan lupa ambil gambar di tempat burung helang besar tu. Baru classs!