Let’s travel together.
you can look here xxxbest.net playful student. chica mexicana se deja seducir. https://moonlightsex.pro arab old man fuck anything to help the poor. cuckold love jerking off.www.letmefap.net some product testing company ought to hire katy ca.

9 Penginapan Menarik Di Pulau Kapas

0 801

Pulau Kapas sangat terkenal sebagai salah satu destinasi pilihan untuk percutian terutamanya di waktu musim cuti sekolah.

Pulau Kapas adalah pulau yang terletak di Kuala Terengganu, destinasi percutian popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara kerana keindahan pantainya yang memukau dan air lautnya yang jernih.

Berikut adalah beberapa aktiviti seronok yang boleh korang lakukan di Pulau Kapas:

  1. Snorkeling dan Scuba Diving: Pulau Kapas mempunyai terumbu karang yang indah dengan kehidupan laut yang pelbagai. Korangboleh menyelam dan menikmati keindahan terumbu karang dan ikan-ikan yang berwarna-warni.
  2. Berenang dan Mandi Matahari: Pulau Kapas mempunyai pantai-pantai yang cantik dengan air laut yang jernih. Korang boleh menikmati masa mandi matahari dan berenang di pantai.
  3. Aktiviti Air: Boleh menyewa kayak atau bot dayung untuk menikmati pemandangan pulau dari laut atau mencuba aktiviti menarik seperti parasailing dan jet ski.
  4. Menjelajahi Pulau: Boleh menikmati keindahan pulau dengan berjalan-jalan di sepanjang pantai atau menaiki bukit-bukit di sekitar pulau.
  5. Makanan dan Minuman: Boleh menikmati hidangan makanan laut yang enak di restoran-restoran di pulau ini. Juga boleh membeli buah-buahan tempatan dan minuman di kedai-kedai kecil yang terdapat di pulau.

Pulau Kapas adalah tempat yang sesuai untuk percutian santai dan menenangkan fikiran. Korang boleh menikmati pemandangan yang indah dan suasana yang tenang di sini.

Buat korang yag teringin bercuti di pulau kegemaran ramai pelancong luar negara ini, ini dia senarai tempat penginapan jika menginap di pulau ini. Antaranya :

Nak ke pulau kena prepare betul-betul Tengok persediaan ke pulau di sini

Kandungan

1. Mak Cik Gemok Beach Resort

Sumber : yolasite

Resort ini dimiliki oleh bumiputera sepenuhnya dan telah beroperasi sejak tahun 1989 lagi. Ianya terletak bersebelahan dengan Kapas Beach Resort (KBC). Terdapat lebih kurang 63 unit penginapan buat para pelanggan. Yang bestnya, setiap unit ilengkapi dengan penyaman udara dan juga kipas.

Bagi menambahkan lagi pakej yang tersedia, resort ini menawarkan sewaan alat kelengkapan untuk snorkeling dan berkayak. Tentang makan pula korang tak perlu risau, ada pakej makan dari sarapan hingga la ke makan malam juga disediakan.

Satu lagi yang tak kurang pentingnya, khidmat bot perantara pergi dan juga balik pun ada ditawarkan. Jadi mudah lah bagi mereka yang hendak datang ke resort ini.

Boleh cari baju mandi anak-anak kat sini. Cantik dan harga pun sangat murah.

2. Longsha Campsite

Longsha Campsite ini berkonsepkan penginapan di tapak perkhemahan. Sangat sesuai untuk korang yang suka bercamping bagai.

Korang hanya perlu bawa khemah dan sleeping bag. Kalau tak pun, korang boleh menyewa khemah dan sleeping bag yang disediakan pihak campsite. Sewanya juga sangat murah bermula dengan harga serendah RM5 sahaja.

Kelengkapan asas seperti pancuran air sejuk dan tandas juga disediakan bagi memudahkan tetamu campsite. Begitu juga dengan dapur. Untuk kaki solo travel atau backpackers, Longsha Campsite ini memang sangat sesuailah untuk korang!

3.  Captain’s Longhouse

Sumber : tripadvisor.com

Satu lagi penginapan yang sangat sesuai untuk backpakers dan solo travelers, Captain’s Longhouse.

Terdapat 8 bilik biasa dan juga dorm yang dibina seakan asrama. Semua bilik termasuk bilik asrama lengkap dengan kipas angin dan kelambu.

Lokasi Longhouse ini terletak sedikit jauh dari chalet dan resort yang lain, so suasananya lebih privasi. Untuk korang yang sukakan suasana sunyi untuk healing, ini mungkin antara yang terbaik.

Tandas turut disediakan bagi kemudahan tetamu yang datang menginap. Untuk makan pula, korang boleh cari di sekitar longhouse ini kerana pihak pemilik tidak menyediakan dapur untuk ruangan memasak atau menempah makanan.

Captain’s Longhouse turut menyediakan kemudahan seperti snorkeling, berkayak, dan penyewaan khemah. Atas permintaan, lawatan memancing dan menyelam skuba boleh diaturkan. Panduan meredah hutan ke lagun biru dan melawat pulau juga ditawarkan.

4. Kapas Coral Beach Resort

Sumber : Facebook

Kapas Coral Beach Resort ini terletak di persisir pantai Pulau Kapas. Terdapat tiga jenis bilik penginapan disediakan untuk tetamu resort ini.

Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin dan perabot asas. Bagi kemudahan membersihkan diri, bilik air bersama kelengkapan mandian juga disediakan untuk para tetamu.

Kalau korang nak enjoy aktiviti rekreasi di sini pun boleh. Korang berpeluang berkayak dan snorkelling. Tentang makan pula, korang tak perlu risau sebab resort ini mempunyai restorannya yang tersendiri dan ianya mempunyai sijil halal tau!

5. Kapas Beach Chalets (KBC)

Sumber : tripadvisor.com

Bilik-bilik di sini meyediakan kelengkapan yang sangat asas tetapi semuanya mempunyai bilik mandi sendiri.

Suasana resort seperti perkampungan tepi pantai. Ianya terdiri daripada bilik asrama hingga chalet berhawa dingin dengan harga sederhana. Pada musim monsum, kebiasaannya resort ini akan ditutup dan dibuka semula selepas musim monsum berakhir.

6. Ombak Kapas Island Beach Resort

Sumber : Facebook

Antara resort yang mempunyai bilik paling banyak di Pulau Kapas. Reka bentuk Ombak Kapas Island Beach Resort ini seakan rumah kampung melayu lama yang berdindingkan kayu.

Bukan sahaja untuk pelancong biasa, bagi syarikat yang ingin membuat seminar bersama staf-staf pejabat, Ombak Kapas Island Beach Resort menyediakan fasiliti seperti dewan seminar bagi memudahkan aktiviti ceramah atau group ice breaking dilakukan.

Resort ini menyediakan 3 jenis bilik iaitu singletwin dan triple. Oh ya, korang juga boleh memilih untuk menginap di bilik yang ada air-cond atau pun kipas biasa.

7. Pak Ya Sea View, Pulau Kapas

Sumber : Facebook

Pak Ya Seaview Chalet ini agak terkenal dikalangan backpackers. Berbanding dengan chalet yang lain, harganya agak sedikit murah dan berpatutan. Walaupun boleh dikategorikan sebagai chalet bajet, setiap unit dilengkapi dengan kemudahan bilik airnya sendiri. Namun korang yang hendak menginap di sini perlu membawa kelengkapan mandi seperti sabun, berus dan ubat gigi, dan syampu kerana ianya tak disediakan pihak chalet.

Aktiviti pantai seperti snorkeling dan selam skuba pun turut ada tau di Pak Ya Seaview Chalet. Lokasinya yang strategik di mana ianya sangat dekat dengan jeti dan restoran makan yang lain selain yang ada di chalet ini. Jika korang nak pergi day trip snorkeling pun boleh juga tau, ianya ditawarkan oleh Pak Ya Seaview. Maksudnya, kalau korang datang tak bermalam pun tak apa, Pak Ya ada sediakan bot untuk balik hari.

8. Qimi Private Bay Kapas Island

Qimi Chalet ini dimiliki oleh Rose dan Nolly. Boleh dikatakan ianya antara pilihan chalet bajet yang berbaloi.

Di chalet ini korang boleh menikmati pengalaman snokerlling dan berjemur sepanjang hari. Ianya menyediakan 8 buah unit chalet dengan harga bermula RM100 per malam. Setiap chalet dilengkapi katil bersaiz queen, bilik air dan balkoni.  

9. Kapas Turtle Valley

Kapas Turtle Valley menyediakan 6 unit banglo peribadi termasuk 2 unit keluarga. So untuk korang yang datang bersama keluarga, ini antara pilihan yang tersedia.

Chalet ini terletak berhadapan dengan laut yang cantik. Dengan keluasan bilik yang besar dan lengkap bersama bilik air di dalam pastinya memberikan keselesaan kepada tetamunya.

Harga setiap unit berbeza bermula dari RM295 untuk satu malam mengikut jenis banglo yang korang pilih.

Tentang makanan, menu dari sarapan, makan tengah hari dan makan malam disediakan buat para pengunjung Kapas Turtle Valley.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

go to these guys https://chicasenred.me
www.sextophd.net