Chalet Harga Bajet di Terengganu – Murah Dan Selesa
Chalet Harga Bajet di Terengganu yang kami bawakan kali ini pasti membuka mata korang. Banyak tau rupanya pilihan chalet yang mesra poket di negeri Terengganu ni. Bukan sahaja murah, selesa pulak tu!
Jom check it out!
Kandungan
7 Chalet Harga Bajet di Terengganu

1. Gading Chalet
Lokasi
Gading Chalet terletak hanya 4.9 km dari Muzium Negeri Terengganu. Sangat dekat dengan pelbagai kemudahan dan tempat menarik yang terdapat di Kuala Terengganu.
Kalau korang nak explore area sekitar, Masjid Kristal hanya 6.9 km je jauhnya, dan Pusat Kebudayaan Kraf Terengganu ada dalam radius 10 km. Kalau nak travel ke sini, Lapangan Terbang Sultan Mahmud paling dekat, cuma 4 km away. So, mudah sangat untuk korang akses dan enjoy suasana Kuala Terengganu.
Kelebihan Menginap di Gading Chalet
Gading Chalet ni bukan setakat tawarkan bilik yang selesa untuk keluarga, tapi dia punya kolam renang pun superb. Bayangkan korang boleh lepak tepi kolam dengan buku atau tablet, sambil layan streaming kegemaran korang.
Setiap unit kat homestay ni dilengkapi dengan semua yang korang perlukan untuk rasa macam di rumah sendiri – dari penghawa dingin, cozy spot untuk duduk-duduk, TV skrin rata, dapur penuh, hingga ke bilik mandi peribadi yang ada segala macam kelengkapan mandian percuma.
Nak lebih best? Ada balkoni dengan meja makan outdoor dan view yang menghadap kolam renang. Kalau korang cari spot yang ada vibe relax dan nak enjoy suasana outdoor, ini lah dia.
Tentang parking korang tak perlu risau sebab disediakan tempat letak kenderaan percuma dan juga WiFi yang laju!
Aktiviti di Gading Chalet
Untuk korang yang suka aktiviti outdoor, di sini juga ada mini golf dan juga pool snooker. Imagine main mini golf dengan backdrop yang cantik, best kan?
Untuk trip ke Terengganu dan cari tempat yang cozy untuk stay, Gading Chalet mungkin pilihan yang patut korang consider. Tempat ni perfect untuk korang recharge dan cipta kenangan manis bersama yang tersayang.
2. Inap Nekmi Kuala Terengganu With Pool

Lokasi
Seterusnya jom check out Inap Nekmi Kuala Terengganu With Pool. Lokasi dia memang top, hanya 2.9 km je dari Pantai Batu Burok. Bayangkan korang boleh jalan kaki ke pantai, duduk santai sambil menikmati angin pantai.
Kelebihan Menginap di Nekmi Kuala Terengganu With Pool
Chalet ni bukan sahaja selesa dan berhawa dingin, tapi juga menawarkan pemandangan yang memukau. Sekitarnya sangat seronok untuk lepak dan ambil gambar. Kalau korang plan nak masak ada bilik yang siap sedia dengan dapur lengkap dengan peti sejuk. Bangun pagi korang boleh buat breakfast sendiri, rasa macam rumah sendiri.
Selain itu, penginapan ini makin lengkap dengan kolam renang luaran, taman yang menenangkan dan WiFi percuma. Pendek kata, tempat ni memang perfect untuk sesiapa yang nak rehat dan recharge.
Tempat Menarik Sekitar Nekmi Kuala Terengganu With Pool
Inap Nekmi ni sangat dengan tempat-tempat hot di Terengganu. Muzium Negeri Terengganu cuma 6.3 km away, perfect untuk korang yang suka tambah ilmu tentang sejarah dan budaya. Masjid Kristal dan Pusat Kebudayaan Kraf Terengganu pun dekat je, jadi korang boleh plan trip yang mengisi dan bererti.
Kalau dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, chalet ni hanya 11 km je. So, senang lah nak sampai sini lepas turun flight.
Jadi, kalau korang tengah mencari tempat yang cozy, dekat dengan pantai dan tempat menarik lain, Inap Nekmi Kuala Terengganu With Pool ni mungkin pilihan yang korang cari. Ideal untuk family getaway atau even kalau korang nak spend time chill dengan kawan-kawan. Jom plan trip korang ke sini!
Jika nak tengok hotel tepi pantai di Terengganu, korang boleh cek kat sini ye
3. Pillow Home Town City

Lokasi
Pillow Home Town City terletak strategik di Kuala Terengganu, menawarkan pengalaman menginap yang nyaman hanya 16 minit berjalan kaki dari Pantai Batu Burok dan berjarak 6.8 km dari Muzium Negeri Terengganu. Tempat penginapan ini sempurna bagi mereka yang ingin menjelajahi keindahan tempatan sambil menikmati keselesaan seperti di rumah sendiri.
Kemudahan di Pillow Home Town City
Pillow Home Town City dilengkapi dengan kemudahan moden untuk memastikan penginapan yang selesa dan menyenangkan. Dengan penyaman udara dan TV skrin rata, korang boleh berehat dan menikmati masa santai setelah seharian menjelajah bandar Terengganu.
Untuk info korang, Pillow Home Town City terletak di tingkat pertama lot kedai. Jadi ianya menawarkan lokasi yang strategik tepat di tengah-tengah kota. Dengan banyak restoran yang terletak dalam jarak berjalan kaki, korang akan menemukan kemudahan untuk menikmati pelbagai pilihan kuliner tanpa perlu pergi jauh.
Tempat penginapan ini menawarkan ruang yang luas dan nyaman, dengan satu ruang tamu dan dua bilik yang dilengkapi dengan AC, serta satu bilik lagi dengan kipas. Setiap sudut rumah ini sangat bersih dan kemas, mencerminkan komitmen pemilik terhadap kenyamanan dan kepuasan pengunjung.
Heads Up Sebelum Korang Check-in
Korang, sesuatu yang perlu korang take note tentang Pillow Home Town City ni ialah ianya terletak strategik dalam area komersial, so takde tempat parking khas untuk penginap. Tapi, korang jangan risau sebab sekitar area ni ada banyak je parking awam yang korang boleh guna. Cuma korang kena rajin sikit mencari.
Satu lagi, untuk korang yang ada isu dengan kesihatan atau bagi yang tak berapa nak best dengan tangga, spot ni terletak di tingkat satu. So, korang kena ready lah nak menapak lebih dari 10 anak tangga untuk sampai. Untuk korang yang nak datang dengan warga tua, maybe koranang boleh pertimbangkan dahulu sebelum tempah.
Okay korang, harap info ni bantu korang plan trip dengan lebih smooth lagi!
4. D’Razna Chalet- Chalet Harga Bajet di Terengganu

Lokasi Strategik
Tidak hanya menawarkan penginapan yang nyaman, D’Razna Chalet juga berada di lokasi yang strategik. Terletak hanya 11 km dari kegemerlapan Muzium Negeri Terengganu dan Masjid Kristal yang megah, chalet ini menawarkan pelarian yang sempurna dari hiruk pikuk kehidupan seharian.
Kenapa D’Razna Chalet?
Bestnya D’Razna Chalet ni ianya bukan hanya tempat menginap, tetapi bakal memberi sebuah pengalaman yang menarik.
Bilik-biliknya sangat selesa dan lengkap yang dengan semua yang korang perlukan seperti aircond, TV flat screen, dan bilik air sendiri. Korang boleh tidur lena di atas katil yang empuk dan bangun dengan penuh kesegaran.
Sekitar chalet juga menenangkan. Korang berpeluang memulakan pagi dengan secawan teh sambil berehat dekat balkoni mengadap kolam. Pemandangan yang menenangkan macam ni, confirm buat hari korang lagi best.
Menarik Sekitar Chalet Harga Bajet di Terengganu
Chinatown yang meriah berjarak hanya 6 km, sementara Pusat Kebudayaan Kraf Terengganu, tempat sempurna untuk mendapatkan cenderamata, berjarak 10 km. Selain itu, korang juga boleh akses mudah ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang hanya berjarak 4 km sahaja. Jadi tak hairan lah ramai yang menjadikan chalet ini pilihan yang ideal bagi pelancong tempatan juga antarabangsa.
5. Inap Kota Sang Rimba

Chalet seterusnya ialah Inap Kota Sang Rimba. Penginapan yang tenang dan jauh dari kesibukan kota ini menawarkan persinggahan yang tenang dan memikat. Dikelilingi oleh keindahan alam yang luar biasa, korang pasti akan dapat satu pengalaman percutian yang tidak mungkin terlupa.
Kenapa Inap Kota Sang Rimba?
Chalet ini terletak hanya 41 km je dari Muzium Negeri Terengganu. Dengan Masjid Kristal dan Kompleks Budaya Kraf Terengganu tak jauh, tempat ni memang top untuk sesiapa yang nak explore budaya Terengganu sambil bercuti.
Dengan bilik yang selesa dan dilengkapi bilik air, korang juga dihidangkan dengan pilihan TV skrin rata. Malam-malam sambil rehat boleh korang menonton rancangan kegemaran.
Di sekitar inap ini ada sebuah taman besar dan parking percuma. Boleh dikatakan jika menginap di sini, korang akan dapat privacy dan ketenangan. Sangat best untuk couple yang mencari getaway romantis atau family yang nak masa berkualiti tanpa gangguan.
Walaupun sedikit jauh dari hiruk pikuk, tempat ni senang je nak sampai. Dengan jarak 31 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, INAP KOTA SANG RIMBA memudahkan korang yang datang dari mana-mana, sama ada dari Malaysia atau pun luar negara.
6. Rumah Kebun Gucher – Chalet Harga Bajet di Terengganu

Rumah Kebun Gucher ni merupakan tempat penginapan yang best kalau korang nak chill dan enjoy keindahan alam semula jadi dekat Kuala Terengganu. Lokasinya top! Dekat je dengan tempat-tempat pelancongan seperti Muzium Negeri Terengganu dan Masjid Kristal. Sangat mudah kalau nak jalan-jalan cari makan atau explore budaya kat Pusat Kebudayaan Kraf Terengganu. Pekan Chinatown pun tak jauh mana!
Apa Yang Best Pasal Rumah Kebun Gucher?
Bayangkan, cuma 10 km je dari muzium dan 11 km dari masjid. Dekat tau dengan tempat-tempat yang wajib dikunjungi bila korang ada kat Kuala Terengganu. Lagi-lagi kalau korang nak tambah ilmu tentang budaya atau sekadar nak cuci mata, semua tu tak jauh.
Rumah Kebun ni pun ada balkoni sendiri untuk korang lepak sambil tengok taman, ada TV skrin rata dan air-cond. Sangat sesuai kalau nak relax dalam bilik tapi still rasa dekat dengan alam.
Free parking and WiFi, so korang boleh online 24/7 tanpa risau. Pilihan yang ideal tau untuk short getaway atau even kalau korang plan nak stay sikit lama.
Hanya 4 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, so korang tak payah risau pasal nak kejar flight atau pening kepala cari transport untuk ke airport.
Pengalaman Stay Yang Takkan Dilupakan:
Kalau korang tengah cari tempat yang dapat bagi peace of mind sambil masih connected dengan dunia luar, Rumah Kebun Gucher ni jawapannya. Boleh jalan-jalan dalam taman, chill kat balkoni, atau simply enjoy the view.
7. A’Casa Cottage

Lastly, jom check out A’Casa Cottage kat Kuala Terengganu!
Untuk korang yang tengah cari tempat stay yang chill dan comfy kat Kuala Terengganu, A’Casa Cottage ni boleh jadi pilihan yang best. Tempat ni bukan saja selesa tapi juga lengkap dengan semua yang korang perlukan untuk rehat dan relaks yang maksimum.
Apa Yang Best Pasal A’Casa Cottage?
Tak payah pening kepala cari parking sebab diorang sediakan tempat letak kenderaan percuma. Senang cerita, park je kereta dan terus enjoy cuti.
Setiap unit kat sini ada air-cond, TV skrin rata, dan bilik mandi peribadi complete dengan bidet. Serius, macam duduk hotel berbintang-bintang!
Dari A’Casa Cottage ni, korang boleh pergi ke Muzium Negeri Terengganu dalam 13 km je. Dan jika nak ke Masjid Kristal pun tak jauh, 16 km je. Best kan?
Satu lagi, kalau korang nak balik dengan flight, Lapangan Terbang Sultan Mahmud terletak cuma 4 km saja. Siap ada service ulang-alik ke airport, tapi of course korang kena bayar sikit la. Kalau menginap di sini senang sangat nak move around!
Nak Relax? A’Casa Cottage Jawabnya
Pilihan untuk getaway yang tenang dan nak recharge energy, A’Casa Cottage ni memang terbaik. Dengan suasana yang cozy dan semua kemudahan asas yang disediakan, korang boleh betul-betul relax dan enjoy masa kat sini.
Kesimpulan
So, apa lagi? Kalau Kuala Terengganu dalam radar korang untuk next trip, jangan lupa consider pilihan-pilihan yang kami bawakan kali ini sebagai tempat penginapan. Confirm tak menyesal!