10 Tempat Menarik Di Tanjung Karang Yang Wajib Singgah
Korang nak tahu tempat menarik di Tanjung Karang yang boleh dilawati dan dikunjungi?
Selepas Kedah yang terkenal dengan jolokan negeri Jelapang Padi, Tanjung Karang sebenarnya merupakan kawasan tanaman sawah padi kedua terbesar.
Mungkin ianya tidaklah terlalu popular sebagai kawasan yang sering menjadi tumpuan pelancong, namun bandar kecil ini mempunyai banyak tarikan yang tak kurang hebatnya.
Malah Tanjung Karang semakin hari makin mendapat tempat di kalangan mereka yang gemar bercuti di kawasan ala-ala perkampungan berlatarbelakangkan sawah padi.
Untuk korang yang berhajat menerokai bandar Tanjung Karang, jom kami bawakan untuk korang lihat sendiri apa yang menarik ada di sana!
Kandungan
10 Tempat Menarik Di Tanjung Karang
1. Keropok Losong Tanjung Karang
Untuk korang penduduk Kuala Lumpur atau Selangor yang teringin nak makan keropok losong Terengganu, tak perlu susah payah nak drive jauh ke Terengganu. Keropok Losong Tanjung Karang pun tak kurang sedapnya, rama yang kata keropok losong di sini sama rasa seperti di Terengganu.
Datanglah menjamu selera ke kedai Keropok Losong Tanjung Karang untuk merasai sendiri keenakan keropok losong buatan pemiliknya iaitu Norull Hayana Binti Muda. Korang boleh makan di kedai dan boleh juga bungkus bawa pulang.
Harganya amat berpatutan, sangat berbaloi untuk keropok dan sos pencicahnya yang sedap.
2. Kolam Pancing Bagan Pasir
Korang kaki pancing? Kalau ya,tempat ini port terbaik untuk korang lepaskan gian memancing. Pemandangan panorama di kolam ikan ini pada waktu malam terutamanya sungguh cantik dengan kilauan lampu-lampu yang menghiasi persekitaran.
Ikan-ikan pun ada pelbagai jenis dan berat. Memang tempat yang best sekali untuk peminat joran.
3. Pantai Sungai Kajang
Antara lokasi tarikan yang korang boleh lawati di Tanjung Karang ialah Pantai Sungai Kajang. Pantai ini tidak sesuai untuk mandi manda, namun korang boleh datang ke sini untuk menikmati pemandangan indah matahari terbenam. Asyik sekali!
4. Tempat Menarik Di Tanjung Karang; Masjid Darul Iman
Datang ke Tanjung Karang jangan lupa singgah solat di Masjid Darul Iman. Suasana persekitaran masjid yang mendamaikan dapat memberi ketenangan bagi jiwa setiap kita.
untuk muslim, berjalan-berjalan juga, bab solat jangan pernah lupa.
5. Satay Hut; Satu Lagi Tempat Menarik Di Tanjung Karang
Tak keterlaluan kalau dikatakan satay hut ini merupakan sate yang paling popular di Tanjung Karang. Dikenali penduduk setempat terutamanya kerana rasa satenya yang sangat sedap.
Sate yang dihidangkan di sibi bersaiz kecil dan besar. Restoran Satay Hut Tanjong Karang ini juga amat selesa dan dilengkapi dengan tandas dan surau.
Bukan sahaja sate, malah hidangan dan menu lain turut tersedia untuk korang tempah dan nikmati bersama keluarga.
6. Kilang Padi PLS Marketing
Kilang padi PLS Marketing ini juga dikenali sebagai Galeri Padi. Ianya terletak tidak jauh dari sawah padi di Tanjung Karang.
Untuk datang ke kilang ini, korang perlu membeli tiket di kaunter galeri dan korang akan dibawa melawat ke bilik pameran.
Segalanya berkenaan dengan tanaman dan perusahaan padi akan dikongsikan oleh staff yang bertugas. Korang akan dapat banyak input baru tentang proses penanaman padi sehinggalah kepada penghasilan beras komersil. Menarik!
7. Sawah Padi Tempat Menarik Di Tanjung Karang
Segar dan indah sekali pemandangan sawah padi di Tanjung Karang. Hijaunya sangat memikat hati siapa sahaja yang memandang.
Pemandangan yang cantik ini korang boleh nikmati sambil berbasikal mengelilingi sawah padi.
Nak sewa basikal?
Boleh sahaja menyewa di Padi Box Hotel, salah satu hotel mesra bajet yang terdapat di sini.
Terdapat pelbagai pilihan basikal yang ada. Ikut pilihan korang.
Boleh juga menyewa dari Farmville Cafe & Homestay atau di Pekan Tanjung Karang.
Best tau berbasikal mengelilingi bendah atau sawah yang menghijau. Feeling dia lain macam!
Ada banyak tempat menarik di Sekinchan, tengok di sini ye
8. Pantai Redang
Pantai Redang nama diberi. Aktiviti kebiasaan mereka yang bertandang ke sini adalah aktiviti santai seperti berkelah dan bermain pasir.
Suasana pantai yang tenang amat menarik untuk dikunjungi bagi melepaskan lelah dan penat seharian. Namun, pantai ini tak sesuai tau untuk mandi manda. So, chill chill saja bila datang ke sini ya!
9. Bukit Melawati
Kerap pelancong datang berkunjung ke sini untuk melihat dan melawat tarikannya iaitu Bukit Melawati. Apa yang menarik ialah bukit ini menghadap Selat Melaka. Di atas bukit tersebut terdapat sebuah rumah api dan juga kubu Kota Melawati.
Kubu ini dibina oleh Sultan Ibrahim sekitar tahun 1700-an sebagai pelindung dari diceroboh oleh tentera Belanda. Namun begitu, menurut sejarah Sultan Ibrahim telah ditawan dan Belanda kemudiannya menamakan kubu tersebut sebagai Fort Altingburg.
Pada tahun 1785, Sultan Ibrahim berjaya menawan semula kubu tersebut tetapi semasa Perang Saudara Selangor kubu tersebut telah dimusnahkan. Jadi apa yang korang boleh nampak sekarang bila berkunjung ke Bukit Melawati adalah sisa-sisa dari tinggalan perang zaman dahulu.
10. Mango King
Ladang buah mangga ini dikenali sebagai Mango King Sekinchan. Untuk korang pencinta buah mangga, memang patut datang ke sini boleh borong banyak buah mangga yang segar dari ladang.
Selain buah mangga, pelbagai lagi jenis menu yang berasaskan buah mangga turut dijual di sini.
Menarik bukan tarikan-tarikan yang ada di Tanjung Karang. Bolehlah korang merancang melawat bandar Tanjung Karang nanti, okay!