5 Lokasi di Dunia Tak Boleh Dijejaki Oleh Orang Perempuan
Tak boleh dijejaki oleh orang perempuan.
Begitulah syarat atau amaran dari kepercayaan yang masih menjadi pegangan sebahagian masyarakat di dunia.
Korang mungkin tak percaya kan? Tapi benda pelik ini ianya benar.
Walaupun begitu, ada sebahagian dari pegangan ini dah tak dipakai terutamanya yang melibatkan adat dan pantang larang yang membezakan layanan antara lelaki dan perempuan.
Kandungan
5 Lokasi Tak Boleh Dijejaki Oleh Orang Perempuan
1. Lorong Herbertstrasse, Jerman
Lokasi ini terletak di Hamburg, Herbertstrasse, Jerman.
Wanita dilarang memasuki lorong ini kerana terdapat kegiatan pelacuran yang dijalankan di dalamnya.
Kalau korang nak tahu, sejarah lorong ini agak panjang.
Pada zaman Nazi dahulu, kerajaan Nazi Jerman pernah mendirikan pagar penghadang bagi mengaburi aktiviti pelacuran yang berlaku di situ.
Sehingga kini, pagar di lorong tersebut pernah beberapa kali dirobohkan oleh aktivis anti eksplotasi wanita.
Namun beberapa kali juga ianya berjaya didirikan semula. Sehingga kini larangan untuk wanita masuk ke dalamnya masih lagi kekal.
So, korang kalau nak melancong ke sini, elakkanlah dari melalui lorong ini. Demi menjaga adat dan tradisi negara yang kita lawati.
2. Kuil Shabarimala, India
Terletak di Kerala, India. Sejak 1991, Kuil Shabarimala iaitu kuil bagi penganut agama Hindu ini telah menjadi kawasan larangan bagi wanita.
Pada tahun 2018, larangan berkenaan berjaya dicabar oleh kumpulan pejuang hak asasi manusia.
Akan tetapi pada penghujung tahun 2019, kerajaan Kerala pula mengumumkan yang mereka akan tetap mengenakan larangan ke atas wanita untuk menjejakkan kaki ke kuil ini.
3. Pulau Okinoshima, Jepun Yang Tak Boleh Dijejaki Oleh Orang Perempuan
Sumber : beritagar
Pulau Okinoshima diiktiraf sebagai salah satu tapak warisan dunia oleh UNESCO.
Masyarakat Jepun menganggap pulau ini sebagai salah sebuah kawasan yang dianggap suci.
Syarat pelik yang dikenakan bukan sahaja melarang wanita hadir ke pulau tersebut.
Malah terdapat juga syarat yang hanya membenarkan 200 orang lelaki saja yang boleh masuk ke pulau itu pada 27 Mei setiap tahun.
Bukan masuk saja-saja tau korang. Ada ritual yang dijalankan pada tarikh tersebut.
Ritual dijalankan sempena memperingati perang yang berlaku tidak jauh daripada pulau tersebut dan orang lelaki yang hadir perlu berendam di pantai pulau tanpa seurat benang.
4. Gunung Omine, Jepun
Salah satu lokasi penyembahan utama agama Shugendo ialah Gunung Omine.
Shugendo merupakan sebuah agama kuno yang dipercayai sekumpulan minoriti warga Jepun.
Kawasan suci ini hanya boleh dijejaki kumpulan lelaki sahaja.
Mereka dibenarkan mendaki gunung ini untuk sampai ke sebuah tokong yang berada di puncak tersebut. Kepercayaan ini berpanjangan sejak 1300 tahun yang lalu.
5. Pergunungan Athos, Greece
Sejak lebih 1000 tahun yang lalu, ‘Agion Oros’ di Greece atau dikenali juga sebagai ‘Gunung Suci’ dibuka bagi melatih para sami.
Korang jangan terkejut tau, seluruh kawasan ini bukan sahaja menjadi kawasan larangan untuk wanita, malah haiwan betina juga dilarang berada di sini.
Tujuan utama larangan tersebut dibuat adalah untuk menghormati kehadiran Virgin Mary ke kawasan itu. Nak pastikan hanya Mary satu-satunya perempuan yang pernah berada di pergunungan tersebut.
Untuk pengetahuan korang, Virgin Mary pernah datang untuk menyebarkan ajaran Kristian Ortodoks ke kawasan itu.
Kalau korang perasan, kebanyakan larangan tersebut bersangkutan dengan kepercayaan dan ritual agama penduduk sekitar kawasan tersebut.
Jika kita sebagai pelancong dari luar, hanya perlu berperanan menghormati adat & pegangan mereka. Setiap tempat dan bangsa itu kadang-kadang unik dengan kepercayaan mereka, kan?