Let’s travel together.
you can look here xxxbest.net playful student. chica mexicana se deja seducir. https://moonlightsex.pro arab old man fuck anything to help the poor. cuckold love jerking off.www.letmefap.net some product testing company ought to hire katy ca.

5 Muzium di Kuala Lumpur Yang Ramai Tak Tahu

0 839

Muzium Negara di Kuala Lumpur merupakan muzium yang terkenal dan sering dikunjungi pelbagai golongan umur dari serata pelosok negeri.

Namun sebenarnya ada beberapa lagi muzium di Kuala Lumpur yang ramai tak tahu kewujudannya. Muzium-muzium ini sebenarnya sangatlah menarik tetapi mungkin korang terlepas pandang.

Mari kita lihat 5 muzium di Kuala Lumpur yang wajib korang lawati.

Kandungan

1. Muzium Kesenian Islam Malaysia

Sumber: tripadvisor.com

Alangkah ruginya jika tidak menjejakkan kaki ke Muzium Kesenian Islam Malaysia.

Muzium ini merupakan muzium yang pertama dan terbesar di Asia Tenggara yang dikhususkan bagi kesenian Islam serta dianggap muzium terbaik di Malaysia. Ia terletak di Taman Botani Kuala Lumpur.

Muzium ini sekarang sedang dibuka secara percuma sempena berlangsungnya Pameran Mini Kaligrafi Islam bagi menyambut 20 tahun kolaborasi bersama Persatuan Seni Khat Kebangsaaan (PSKK).

Sumber: tripadvisor.com

Serentak berlangsung juga ialah pameran ’14 Dynasties and a Region: The History and Culture of the Muslim World’.

Ia mempersembahkan sejarah 14 dinasti dan empayar yang muncul selepas kewafatan Rasulullah SAW dan perkembangan jajahan Islam dari Africa Utara hingga ke Asia Tenggara.

Pameran yang dibuka sepanjang tahun pula ialah 12 galeri yang menampilkan seni bina Islam, barangan kemas, tekstil, syiling dan cap mohor, senjata dan perisai, seni logam dan sebagainya.

Terdapat juga galeri seni dan artifak Melayu, Cina dan India di mana ia mengetengahkan pengaruh budaya Islam.

2. Muzium Tekstil Negara

Sumber: mdfaiez84

Korang yang selalu melalui Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur dan lalu-lalang di depan bangunan bersejarah pejabat Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu tu, perasan tak di situlah terletaknya Muzium Tekstil Negara?

Muzium Tekstil Negara membawa korang meneroka kekayaan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia.

Muzium ini menjejak susur-galur dan perkembangan tekstil yang telah mempercirikan dan membentuk gaya hidup masyarakat Malaysia sejak zaman pra-sejarah hingga kini.

Sumber: MuziumTekstilNegaraKL

Pengunjung dapat melawat empat galeri yang mempamerkan koleksi tekstil tersohor, aksesori dan pakaian.

Persembahan multimedia turut menonjolkan teknik-teknik penghasilan tekstil di Malaysia.

Sumber: MuziumTekstilNegaraKL

Di samping itu banyak aktiviti menarik disediakan untuk menarik perhatian pengunjung.

Percayalah, muzium ini tidak membosankan.

4. Balai Seni Negara

Sumber: erisgoesto

Balai Seni Negara telah dibuka semula pada tahun ini setelah ditutup agak lama disebabkan pandemik Covid-19 dan proses pengubah-suaian.

Banyak pameran dan aktiviti menarik telah dilaksanakan selepas itu. Para peminat seni tentu senantiasa menantikan updates terbaru daripada Balai Seni Negara.

Menerusi pembukaan semula Balai Seni Negara, ia menampilkan sebuah pameran berjudul ‘NUSA’ (Motherland or Homeland) yang merupakan pameran sepanjang tahun yang buat pertama kalinya memperlihatkan hampir 400 karya koleksi pilihan Khazanah Negara.

Sumber: bharian

Manakala, pameran Singles pula bertujuan meraikan pelukis-pelukis kontemporari terkini di Malaysia secara live, di samping memberi peluang kepada korang melihat perkembangan yang akan datang dalam adegan ini.

Menariknya, korang akan merasai pengalaman baharu pameran berbentuk digital melalui kerjasama antarabangsa ‘Walking Through a Songlines’ Muzium Negara Australia dan Mosster Studio.

Sumber: therakyatpost

Pameran interaktif ini bertujuan memberikan penghormatan kepada Orang Asli Australia dalam meneroka seluruh benua yang telah dipetakan selama beribu tahun lamanya.

Program lain tahun ini merangkumi ‘Young Art Entrepreneur’ (YAE) yang menawarkan program keusahawanan dan residensi studio kepada pelukis Malaysia berumur antara 18 hingga 35 tahun.

Jadi korang jangan lupa masukkan destinasi ini yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur sebagai tempat kunjungan korang pada hujung minggu nanti. Masuk adalah percuma.

4. Muzium Polis Diraja Malaysia

Sumber: mdfaiez84

Muzium Polis Diraja Malaysia terletak di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Kepada korang atau ada anak-anak korang yang menunjukkan minat kepada profession polis, eloklah datang melawat ke sini. Masuk percuma je.

Muzium ini menyimpan pelbagai artifak, antaranya senjata lama pistol flint-lock buatan British berusia lebih 300 tahun serta duit syiling Portugis yang berusia lebih 500 tahun.

Sumber: foursquare

Terdapat lebih 3,000 artifak dipersembahkan seperti senjata, pistol, pedang, anak panah, meriam, kereta perisai, kenderaan pemadam api beroda, rajah, peta dan pakai seragam polis zaman dahulu.

Sumber: ruggedmom

Pelbagai dokumen yang dirampas dari komunis dan gambar pasukan dipamerkan buat tatapan korang agar dapat menelusuri jerit perih sejarah perjuangan pasukan keselamatan tertua negara kita.

Muzium Ilusi di Kuala Lumpur. Ada banyak benda pelik.

5. Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia

Sumber: museum.bnm.gov.my

Muzium ini merupakan destinasi berbaloi untuk korang kunjungi juga. Apalah agaknya pameran yang ada di sini ye? Sebab itu korang kena datang menyaksikannya sendiri.

Muzium ini terletak di Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur.

Ruangan masuknya sudah cukup menarik perhatian kanak-kanak.

Korang akan disambut dengan board game bersaiz gergasi yang boleh membuatkan kanak-kanak leka bermain.

Sumber: happygokl

Paling menarik, korang akan menemui terowong RM 1 juta, di mana dindingnya dihiasi dengan wang sebenar sebanyak RM 1 juta. Saksikanlah bagaimana rupa wang 1 juta tu terlihat. Cantik juga bergambar di terowong ni.

Untuk pengetahuan korang, muzium ini terbahagi kepada enam galeri pameran iaitu, Galeri Seni, Galeri Numismatik, Galeri Kewangan dan Perbankan Islam, Galeri Bank Negara Malaysia, Galeri Ekonomi dan Galeri Kanak-Kanak.

Sumber: museum.bnm.gov.my

Muzium dan Galeri Seni ini ialah satu idea yang bernas untuk memberi peluang kepada masyarakat dalam mengetahui sejarah kewangan dan meneroka berkaitan hal-hal perbankan dan melihat bahan pameran disitu.

Ada lagi beberapa muzium untuk korang luangkan masa, semuanya terletak di Kuala Lumpur dan terletak berdekatan di antara satu sama lain. Jomlah bawa ahli keluarga korang di hujung minggu ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

go to these guys https://chicasenred.me
www.sextophd.net