7 Tempat Bersejarah Di Kuala Lumpur
Walaupun terkenal sebagai bandar moden, banyak sebenarnya tempat bersejarah di Kuala Lumpur yang boleh diterokai.
Artikel kali ini kami bawakan kepada korang senarai tempat bersejarah di Kuala Lumpur yang boleh korang kunjungi.
Bila cuti sekolah nanti, boleh lah bawa anak-anak ke sini.
Kandungan
Senarai Tempat Bersejarah Di Kuala Lumpur
Antara yang bersejarah dan korang kena pergi ialah :
1. Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Mungkin ramai yang tidak tahu tentang Muzium Polis Diraja Malaysia atau dikenali dengan singkatan PDRM. Di muzium ini korang boleh melihat pameran pelbagai jenis barangan menarik iaitu barangan dari dari zaman kesultanan Melayu sehinggalah ke hari ini.
Kebanyakan barang yang dipamerkan mempunyai kaitan dengan kerja polis, menggambarkan situasi kejadian dan turut mempamerkan memorabilia.
Terdapat juga koleksi senjata, anugerah serta pingat sejak dari zaman dulu yang dipamerkan.
Bagi menaikkan lagi mood zaman bersejarah, artifak peninggalan zaman berzaman turut diletakkan di muzium ini.
2. Muzium Kesenian Islam Malaysia
Muzium ini dibina hasil kerjasama Kerajaan Malaysia bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan dirasmikan pada tahun 1998.
Untuk info semua, tujuan penubuhannya adalah untuk memelihara sejarah dan warisan Islam dari dulu sehingga zaman sekarang.
Di muzium ini terdapat tujuh ribu artifak dan bahan sejarah yang amat banyak telah ditempatkan di sini. Sebab itulah muzium ini dikatakan sebagai sebuah muzium yang terbesar di Asia Tenggara.
Jika ke sini, korang boleh melawat ke Biliki Uthmaniyyah dan lihat sendiri seni dalaman bilik ini bertarikh pada 1820 sehingga 1821 Masihi yang telah dibina semula.
Selain itu Galeri Senjata dan Perisai juga boleh korang kunjungi bagi melihat koleksi senjata yang pernah digunakan pada zaman Islam dahulu kala.
Baca juga tempat makan sedap di Kuala Lumpur di sini
3. Tempat Bersejarah Di Kuala Lumpur : Jalan Tuanku Abdul Rahman
Korang mesti pernah dengar tentang Jalan TAR, kan?
Ianya pernah dikenali sebagai Batu Road suatu ketika dahulu. Kemudiannya jalan ini ditukar namanya bersempena dengan nama Yang Dipertuan Agong Malaysia yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad.
Jalan ini sangat terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan juga luar negara. Suasana sekitarnya sangat hidup tak kira waktu siang atau malam.
Dari 100 tahun lepas sehinggalah sekarang, aktiviti utama di jalan ini ialah sebagai pusat membeli belah. Korang boleh membeli-belah di Jalan TAR setiap hari sama ada di mall berdekatan seperti Sogo, Muaz, pemborong tudung, cadar, tekstil dan lain-lain lagi termasuklah di pasar-pasar sepanjang Jalan TAR.
4. Muzium Telekomunikasi Negara (Muzium Telekom)
Tak semua orang sedar tau tentang kewujudan sebuah muzium yang tidak kurang hebatnya seperti tempat bersejarah di Kuala Lumpur yang lain.
Korang pasti teruja kalau berkunjung ke muzium yang penuh dengan pelbagai barangan pameran teknologi lama seperti sejarah telekomunikasi dari permulaan terciptanya telefon sehingga kepada teknologi telefon sekarang.
Bukan itu sahaja, seni bina bangunan muzium ini yang diinspirasikan daripada seni bina Greek juga menjadikkannya bertambah unik dan istimewa.
5. Muzium Diraja Negara
Muzium Diraja Negara ini asalnya merupakan istana Yang di Pertuan Agong. Selepas istana baru siap dibina pada tahun 2011, barulah bangunan istana lama ini diubah menjadi sebuah Muzium Diraja Negara.
Jika ke Kuala Lumpur, korang boleh berkunjung ke sini dan menambah ilmu tentang kediaman diraja yang sangat mewah dan cantik.
Pelbagai lagi ruang dalam istana seperti balai rong, bilik beradu, bilik bersolek, bilik mandi dan banyak lagi yang korang boleh lawati.
Waktu inilah korang boleh masuk melawat apa yang ada di dalam istana, kan!
6. Muzium Seni Kraf Orang Asli
Muzium Seni Kraf Orang Asli ini merupakan salah satu tempat bersejarah di Kuala Lumpur yang menyajikan bahan-bahan pameran tentang sejarah silam dan warisan budaya masyarakat Orang Asli.
Di muzium ini, korang dapat melihat pelbagai bahan-bahan seni kraf tangan Masyarakat Orang Asli seperti perkakas dan barang kegunaan masyarakat orang asli.
Kebanyakan barang yang dipamerkan di sini berkaitan dengan cara hidup, budaya, mitos dan kepercayaan masyarakat orang asli.
Sambil berjalan sambil korang berpeluang tambah info berguna tentang masyarakat Orang Asli kita. Pasti sesuatu yang menarik sekali.
7. Tempat Bersejarah Di Kuala Lumpur : Rumah Penghulu Abu Seman
Cantik sangat tau rumah tinggalan tradisoional ini. Rumah ini dikenali sebagai Rumah Penghulu Abu Seman. Seni bina tradisi Melayu yang menakjubkan menghiasi rumah ini.
Menurut sejarah, rumah ini pada asalnya adalah kepunyaan Tuan Abu Seman bin Nayan iaitu penghulu Mukim Bagan Semak.
Lokasi asal rumah ini terletak di Daerah Bandar Baharu, Kedah. Tuan Abu Seman telah membeli dan memiliki rumah ini, beliau kemudiannya memindahkan rumah ini ke kampungnya.
Rumah ini kemudiannya dijadikan salah satu rumah tradisional yang boleh dikunjungi dan dilawati pelancong yang berminat dengan sejarah tradisi masyarakat Melayu.