Let’s travel together.
you can look here xxxbest.net playful student. chica mexicana se deja seducir. https://moonlightsex.pro arab old man fuck anything to help the poor. cuckold love jerking off.www.letmefap.net some product testing company ought to hire katy ca.

7 Tempat Menarik Di Putrajaya

0 3,290

Tempat menarik di Putrajaya menawarkan pelbagai tarikan yang unik untuk dilawati bersama keluarga.

Dengan kawasan seluas 5,000 hektar tanah, Putrajaya membangun sebagai sebuah bandar moden dengan infrastruktur yang mengagumkan. Landskap semula jadi yang baik menjadikan bandar pusat pentadbiran ini begitu seimbang dan harmoni.

Selain itu, Putrajaya turut menjadi destinasi pelancongan yang popular dan sering menjadi tumpuan pelbagai pihak. Ini kerana keunikan reka bentuk bangunan dan jambatan, keindahan landskap taman dan tasik serta aktiviti pelancongan memberi kepuasan kepada pengunjungnya.

Kandungan

Apa Yang Menarik di Putrajaya?

Selain itu, Putrajaya turut menjadi destinasi pelancongan yang popular dan sering menjadi tumpuan pelbagai pihak. Ini kerana keunikan reka bentuk bangunan dan jambatan, keindahan landskap taman dan tasik serta aktiviti pelancongan memberi kepuasan kepada pengunjungnya.

1- Masjid Putra

Sumber : thrillophilia

Masjid Putra merupakan masjid yang pertama sekali dibina di Putrajaya. Masjid ini siap dibina pada tahun 1999 sekaligus menjadikan ianya mercu tanda Putrajaya. Terletak berdekatan dengan Perdana Putra, iaitu pejabat utama Perdana Menteri Malaysia dan juga Dataran Putra.

Dinamakan sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pemandangan sekitar masjid ini sangat indah. Sebahagian besar masjid dikelilingi tasik dan menampakkan masjid ini seakan-akan terapung di atas air.

Sumber : pinterest

Lebih menarik tentang Masjid Putra ini ialah reka bentuknya berasaskan ukiran berkonsepkan tumbuhan yang cantik dan indah dipandang. Kubahnya dibina menggunakan granit berwarna merah jambu. Manakala ukiran dan hiasan dalamannya diilhamkan dari seni ukir tempatan.

2- Taman Botani

Sumber : namakucell

Kalau korang nak tahu, Taman Botani Putrajaya ini pernah dinobatkan sebagai salah satu ‘Taman Paling Menakjubkan di Asia’ oleh Yayasan Diraja Chelsea, London. Taman ini juga disenaraikan antara 40 taman yang indah dan menyeronokkan di Asia.

Taman ini dibahagikan mengikut tema tertentu. Terdapat 8 tema botani, iaitu Malaysian Ulam & Medicinal, Bambusetum, Zingiberales, Edible Fruit Arboretum, Lawn & Gramineae, Forest Fringe & Aboriginal Medicinal Plants, Konservatori dan Kolam Ekologi.

Sumber : illashanahila

Di taman ini juga terdapat Islamic Garden iaitu Moroccan Pavilion atau Istana Morocco yang dibina bercirikan warisan Maghribi. Di sini korang berpeluang mengenali banyak tumbuhan menarik sambil bersantai.

Selain bersantai, korang juga boleh berjogging atau berbasikal di taman ini. Terdapat servis sewa basikal disediakan bagi korang yang berminat.

Keindahan taman botani ini boleh membuatkan mana-mana pengunjung berasa tenang dan aman. Korang juga boleh bergambar di sini bersama keluarga!

3- IOI City Mall

Sumber : ioiproperties

Pusat beli belah terbesar, IOI City Mall Putrajaya merupakan tarikan yang menarik ramai penduduk di sekitar Putrajaya untuk datang di sini. Menempatkan hampir 14 pemain industri berjenama besar, 700 retail outlets dan lebih 200 kafe dan restoran dengan hidangan makanan yang pelbagai.

Sumber : ioiproperties

Selain itu, di IOI City Mall ini juga banyak aktiviti riadah dalaman yang korang boleh buat. Contohnya seperti bermain luncur ais. Gelanggang meluncur ais sebesar saiz Olimpik ini terletak di tengah-tengah pusat beli belah ini. Memang menjadi tumpuan penggemar sukan ini.

4- Cruise Tasik Putrajaya

Sumber : ppj

Tasik Putrajaya terletak di tengah-tengah Putrajaya dan menjadi pusat tarikan bandar ini. Air tasiknya yang bersih menjadikan pemandangan sekitar kawasan Putrajaya sangat cantik dan mendamaikan.

Sumber : ppj

Jika korang nak menikmati keindahan Putrajaya, apa kata korang cuba Cruise Tasik Putrajaya. Di sini, korang boleh menikmati segar angin tasik di atas bot persiaran berhawa dingin atau bersantaian dengan perahu buatan tangan pakar Melayu dari Kampung Duyung, Terengganu.

Korang boleh pilih pakej yang sesuai dengan bajet dan masa korang. Terpulang kepada keperluan masing-masing.

5- Anjung Floria

Anjung Floria merupakan taman yang amat cantik sekali. Hiasan di taman ini sangat menakjubkan. Jalanannya yang berbatu, ditambah dengan jambatan mini dan warna-warni alam semulajadi yang pelbagai warna menjadikan taman ini cukup indah.

Setiap tahun, Anjung Floria akan mengadakan festival bunga yang menarik penyertaan dari pelbagai pihak. Jika berkelapangan, korang jangan lepaskan peluang untuk ke sini.

Putrajaya pun ada pantai tau… jangan terkejut..hehe. Tengok sini

6- Taman Ekuestrian

Sumber : gayatravel

Taman Ekuestrian ini menyediakan kemudahan dan perkhidmatan ekuestrian yang terbaik sebaris dengan kemudahan-kemudahan ekuestrian lain yang terkenal di seluruh dunia. Ianya terletak di Percinct 5 dan dikelilingi dengan tasik buatan manusia seluas 70 ekar milik Perbadanan Putrajaya.

Di Taman Ekuestrian ini terdapat banyak kemudahan yang menarik. Jika korang berminat untuk belajar menunggang kuda, di sinilah tempatnya. Lawatan dan aktiviti menunggang kuda turut disediakan untuk pelawat dan pengunjung.  

7- Marina Putrajaya

Sumber : petitgo

Tarikan untuk korang mengisi masa lapang dan berekreasi di Putrajaya. Marina Putrajaya menawarkan pelbagai perkhidmatan dan menjadi pusat rekreasi one-stop khasnya bagi penduduk Putrajaya.

Dengan keluasan seluas 28,5300m2 korang dapat menggunakan kemudahan seperti kolam renang, gimnasium, studio aerobik, bilik mandi wap dan bilik sauna semuanya di bawah satu bumbung.

Sumber : marinaputrajaya

Pusat rekreasi dan riadah yang terletak di tepi tasik Presint 5 Putrajaya ini dibina bagi menggalakkan warga Putrajaya dan pengunjungnya menjalani gaya hidup sihat.

Nak makan-makan pun boleh tau di sini, terdapat kafe ekslusif yang menyajikan pelbagai pilihan makanan dan minuman. Sambil makan, korang boleh menikmati pemandangan menarik dari kafe.

Datanglah ke sini, korang pasti teruja dengan kepelbagaian aktiviti yang boleh dilakukan di Marina Putrajaya ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

go to these guys https://chicasenred.me
www.sextophd.net