Nak feeling relaks dan tenang dengan bercuti di homestay depan sawah padi? Senarai ini mungkin berguna untuk korang terutamanya jika bertandang ke Sungai Besar.
Kandungan
1. D’Sawah Bendang Homestay

Jika korang mahu mengembalikan semula nostalgia tidur rumah kayu di kelilingi sawah, di sinilah tempatnya. Pelbagai jenis rumah tersedia, korang boleh pilih yang mana satu berkenan dan sesuai dengan bajet.
Suasananya cukup menarik dan mendamaikan. Sangat sesuai untuk family beriadah dan korang boleh nikmati suasana yang aman damai tanpa hiruk pikuk bandar. Suasana kampung dengan sawah padi yang menghijau & menenangkan ini sangat sesuai kepada sesiapa yang ingin menghilangkan stress bekerja di ibukota. Nikmati suasana kampung yang tenang,nyaman dan view sawah yang cantik.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan D’Sawah Bendang Homestay antaranya ialah korang boleh membuat layang-layang, mewarna batik, menaiki tram dan berbasikal. Jom lah try.
2. D’arni Homestay

Rumah di tengah sawah ini mempunyai suasana yang tenang dan damai. Kawasan halamannya rumahnya amat luas dan boleh memuatkan beberapa buah kereta.
Ramai yang gemar berkunjung ke sini kerana mahukan ketenangan dari riuhnya hiruk pikuk kota. Terdapat 2 unit homestay yang mana setiap satunya dilengkapi 2 bilik berpenghawa dingin dan kipas. Bagi yang gemar memancing, ada kolam memancing untuk korang lepaskan gian memancing.
Untuk yang tak suka memancing, korang boleh berbasikal mengelilingi sawah padi, wah segar dan indahnya menikmati pemandangan sawah padi yang menghijau.
3. A’Ungu Homestay

Terdapat 2 unit homestay yang dikenali sebagai Home Damia dan Home Dhuha. Setiap unit lengkap dengan 2 bilik tidur berkatil queen. Bagi mengurangkan kehangatan bahang cuaca yang membakar, tuan rumah menggunakan penghawa dingin dinsetiap bilik bersama dengan kipas.
Dari segi kemudahan dan kelengkapan, korang tak perlu susah hati kerana ianya tersedia dengan kengkap sekali. Pendek kata, korang ke sini hanya perlu membawa pakaian dan beberapa keperluan peribadi yang lain sahaja.
4. Noory’s Homestay

Noory’s Homestay dan Noory’s Roomstay yang ditawarkan di sini mengenakan harga yang cukup berbaloi. Dengan anggaran harga antara RM100 hingga RM200 sehari, penginapan bersama kelengkapan yang disediakan sangat berbaloi sekali.
Roomstay merupakan bilik studio dengan katil queen serta ruang rehat yang luas. Disekalikan juga dengan beranda sebagai ruang rehat dan santai yang korang boleh gunakan untuk menikmati pemandangan sawah padi. Ianya sesuai jika korang datang berpasangan atau bersama keluarga kecil korang.
Ataupun jika mahu lebih selesa, tempah sahaja homestay dengan 2 bilik tidur dan 2 bilik air. Ianya lebih luas dan selesa untuk korang.
5. Seni Badiam Homestay

Rumah kayu 2 tingkat di Parit 2 Barat Sungai Besar, Selangor ini mempunyai 3 bilik dan kolam renang. Penginapan di sini amat selesa dengan fasiliti yang cukup lengkap untuk para tetamu. Antara yang disediakan tuan rumah islah Smart TV 40 inci, wifi, barangan mandian dan sebagainya.
Keselamatan amat diutamakan di rumah ini, terdapat alat pemadam api yang disediakan di tingkat atas dan bawah rumah. Jika berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini, korang boleh gunakan alat tersebut sebagai langkah keselamatan awal.
Sesuatu yang menarik sekali tinggal di homestay ini, korang tak perlu risau tentang sarapan pagi. Selain minuman selamat datang, pakej penginapannya termasuk sekali dengan sarapan. Pakej yang disediakan ini lengkap untuk 6 pax.
Bestkan?
6. Shahjehan D’Village Homestay Sungai Besar

Korang nak buat Hari Keluarga tapi tak tahu kat mana nak cari homestay yang boleh muat sampai 100 orang sekaligus? Disinilah tempatnya , siap ada private pool lagi. So, korang tak perlu risau tentang tiada tempat nak jalankan program family day yang dirancang bersama keluarga.
Shahjehan D’Village Homestay menyediakan 7 unit rumah dan chalet penginapan yang selesa. Berada di sini feelingnya seakan korang berada di rumah sendiri. Kelengkapan seperti kolam renang, gelanggang badminton dan halaman yang luas mampu menjadikan program Hari Keluarga korang berjaya direalisasikan.
Bukan sahaja keluarga, jika ada syarikat atau jabatan kerajaan mahupun swasta yang mahukan kelainan dengan mengadakan seminar atau meeting di sini pun boleh. Pihak owner akan menyediakan segala keperluan yang yang diperlukam seperti meja, kerusi, white board, speaker dan sebagainya.
7. Tok Nan Homestay Sungai Besar

Homestay Tok Nan ini boleh dibahagikan kepada 2 unit yang bersebelahan. Unit A merupakan unit untuk keluarga dan Unit B merupakan unit studio yang lebih sesuai untuk pasangan atau keluarga muda.
Unit A mempunyai keluasan 800 sqf dan ianya sesuai untuk maksimum 10 orang tetamu. Dilengkapi dengan 2 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan juga dapur. Manakala Unit B dengan keluasan 400sqf mampu memuatkan kira-kira 2-4 orang tetamu dengan selesa. Unit B mempunyai 1 bilik tidur, 1 bilik air, ruang tamu dan dapur. Kelengkapan yang disediakan dalam setiap unit juga cukup lengkap dan dapat menyempurnakan urusan tetamu yang datang menginap.
————————————–
Rate harga UNIT A
RM 250/malam
Cuti Umum & cuti sekolah: RM 280/malam
2 malam : RM500
Rate harga UNIT B
RM 150/malam
Cuti Umum & musim cuti sekolah: RM 180/malam
2 malam : RM300
Harga Unit A + B : RM400/malam
————————————–
Kelengkapan UNIT A:
2 Bilik Tidur (Kipas + Aircond Untuk Kedua2 Bilik)
Bilik 1 (1katil Queen,1katil Single)
Bilik 2 (1katil Queen)
Toto + Bantal Extra
2 Bilik Air (1 Water Heater)
TV + Astro NJOI + Netflix
Wifi (Unifi)
Mesin Basuh Automatik + Sabun
Peti Ais
Sofa + Kusyen
Tuala
Sejadah
Meja Makan & 4 Kerusi
Pinggan Mangkuk
Jug pemanas air
Induction Cooker
Free Teh/Coffee/Air Mineral
Seterika
Sabun Mandi + Shampoo
Basikal (2 biji)
Ruang Parkir (3 kereta)
Kelengkapan UNIT B:
1 Bilik Tidur (Kipas + Aircond)
1katil Queen
Toto + Bantal Extra
1 Bilik Air (+ Water Heater)
TV + Mytv (no netflix)
Wifi (Unifi)
Peti Ais
Kusyen
Tuala
Sejadah
Bar table + 1 stool chair
Pinggan Mangkuk
Jug pemanas air
Free Teh/Coffee/Air Mineral
Seterika
Sabun Mandi + Shampoo
Ruang Parkir
8. Cma Homestay

Cma Homestay merupakan sebuah homestay depan sawah padi yang sederhana dengan 3 bilik tidur dan 3 bilik air. Terletak di hadapan sawah padi. Persekitaran homestay ini cukup tenang sekali. Jika bahang cuaca membakar, korang tak perlu risau kerana rumah ini dilengkapi dengan pendingin udara di ketiga-tiga biliknya dan juga di ruang tamu.
Jaraknya ke pekan Sungai Besar juga tidak jauh, hanya mengambil masa perjalanan selama 6 minit sahaja memandu kereta.
9. Inap Desa Cengal Emas – homestay depan sawah padi

Homestay yang terletak cantik di tengah sawah padi ini baru sahaja disiapkan. So, condition homestay ini memang tip top. Reka bentuk yang menggabungkan batu bata dan kayu kayan menjadikan homestay ini cantik sangat.
Untuk pengetahuan korang, kayu yang digunakan terdiri daripada kayu cengal emas yang berkualiti. Oh, so korang boleh agak kan sebab apa rumah ini dinamakan sedemikian.
Keperluan di dalam homestay ini semuanya lengkap dari peralatan dapurnya, keperluan untuk berehat serta barang mandian. Terdapat 3 bilik dan 2 bilik air, homestay ini boleh memuatkan kira-kira 10 orang tetamu dalam satu masa dengan selesa. Korang juga boleh berendam di dalam kolam renang yang letaknya sebelah sahaja dengan sawah. Seronok tau berendam di dalam kolam sambil disapa segarnya angin sawah padi.
Menambah lagi tarikan homestay ini, ianya terletak sangat strategik dan dekat dengan tempat-tempat yang menjadi tarikan di Sungai Besar ini seperti Laman Tebu Aidil & Laman Choco, Pusat Konservasi Kelip-Kelip Sg Panjang dan Pekan Sungai Besar. Tempat makan, kedai kerepek, dan kilang nata de coco pun ada dalam kawasan yang sama. Owner homestay ini merupakan pasangan guru husband & wife, Cikgu Ros & Cikgu Amee. Sangat baik dan ramah melayan tetamu.