Let’s travel together.
you can look here xxxbest.net playful student. chica mexicana se deja seducir. https://moonlightsex.pro arab old man fuck anything to help the poor. cuckold love jerking off.www.letmefap.net some product testing company ought to hire katy ca.

9 Tempat Bersejarah Di Selangor

0 380

Sempena musim cuti sekolah, apa kata kalau korang rancang percutian bersama anak-anak pergi melawat tempat bersejarah di Selangor.

Bukan sahaja boleh menambah ilmu dan maklumat berguna, korang juga boleh bantu semai semangat cintakan tanah air sendiri tau, dengan belajar tentang sejarah yang ada di negara kita ini.

Jom bawa anak-anak berjalan teroka kawasan bersejarah yang ada di negeri Selangor ini!

Kandungan

Senarai Tempat Bersejarah di Selangor

KOTA RAJA MAHADI, KLANG

Sejarah Selangor terbengkalai
Sumber : Berita Harian

Kota Raja Mahadi ini dibina oleh Raja Mahadi bin Raja Sulaiman ketika kemuncak peperangan Klang yang berlaku sekitar tahun 1866. Punca peperangan Klang dikatakan bermula apabila terjadinya perebutan kuasa untuk memerintah Daerah Klang antara Raja Mahadi dan Raja Abdullah.

Kota ini terletak tidak jauh dari bangunan Majlis Perbandaran Klang.

Kalau korang datang melawat kota ini, korang akan lihat pintu gerbang yang menjadi mercu tanda kekuatan empayar Raja Mahadi.

Perubahan masa dan zaman serta struktur bangunan yang tidak kukuh menjadikan kota ini hanya mampu meninggalkan pintu gerbangnya sahaja yang setia menyambut kedatangan pengunjung ke sini.

Datanglah ke sini, korang boleh bergambar dan melihat tinggalan pintu bersejarah ini di salah satu tempat bersejarah di Selangor.

BANDAR KAJANG, HULU LANGAT

Dikatakan pada zaman dahulu, suku kaum Temuan menetap di kawasan Kajang ini sejak tahun 1709. Kajang ketika itu diketuai oleh Batin Seri Alam yang merupakan seorang ketua yang berpusat di Kajang.

Batin Seri Alam ditundukkan oleh kuasa Sultan Johor kerana berada dibawah jajahan Johor ketika itu. Bandar Kajang ini yang terletak berhampiran dengan Sungai Langat, kini telah pesat membangun dengan pelbagai jenis lambang kemodenan.

Untuk info, Sungai Langat juga pernah menjadi salah satu laluan utama dagangan dan pengangkutan hasil lombong bijih timah dan getah ke luar negara seperti ke negara Britain.

Baca juga tentang chalet yang menarik di Selangor di sini

BANDAR DIRAJA KLANG, KLANG

Klang Royal Town Mosque - Wikipedia
Sumber : Wikipedia

Salah satu bandar tertua yang terdapat di Malaysia, Klang sememangnya kaya dengan sejarah, tradisi dan adat istiadat.

Suatu ketika dahulu, kawasan ini terkenal di seluruh dunia sebagai kawasan yang menghasilkan pengeluaran bijih timah seawal abad ke-15.

Kalau korang belum tahu, Klang sebenarnya pernah menjadi ibu kota kerajaan sebelum Kuala Lumpur.

Di bandar ini terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dirancangkan seperti menikmati dan mengamati kecantikan senibina bangunan bersejarah, menyelusuri premis perkhidmatan menilik nasib, lukisan, tekstil penenunan masyarakat India, dan pelbagai lagi.

Sambil berjalan korang juga boleh membeli buah tangan di sekitar kawasan Jalan Tengku Kelana atau dinamakan Jalan Little India.

BUKIT MALAWATI, KUALA SELANGOR

Bukit Malawati Ada Penunggu! - LIBUR
Sumber : Libur

Bukit Malawati pada asalnya merupakan Ibu Pejabat perang dan Kubu Kerajaan Kesultanan Selangor sejak abad ke-18.

Di sini pernah terjadinya pergaduhan antara Belanda, Johor dan Riau.

Jika korang sampai di Bukit Malawati, korang akan dapat menikmati pemandangan yang mengasyikkan sekali terutamanya pada waktu matahari terbit dan terbenam.

Trem disediakan pada hujung minggu dan cuti umum dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Korang boleh menaiki trem sekiranya penat berjalan ketika melawati Bukit Malawati ini.

BUKIT BELANDA, KUALA SELANGOR

Bukit Belanda Kuala Selangor
Sumber : limaminit.com

Bukit ini merupakan kubu pertahanan Belanda yang pertama dan strategik kerana tempatnya yang tinggi dan mudah untuk melihat musuh dari jauh.

Bukit Belanda juga terkenal dengan panggilan Kota Ultrech sempena nama rasmi kapal Belanda semasa zaman penaklukan Belanda yang telah menewaskan Raja Haji Fisabilillah di Teluk Ketapang.

Jika korang ke Bukit Malawati, korang boleh singgah dan melawati Bukit Belanda untuk bergambar dan melihat suasana nostalgia suatu ketika dahulu. 

BATU HAMPAR

Batu Hampar yang terletak berhampiran dengan Kota Malawati ini nampak unik dan mempunyai tarikan yang tersendiri walaupun realitinya ia hanyalah seketul batu.

Menurut cerita penduduk setempat, sebahagian mereka percaya batu tersebut merupakan tempat pesalah dipancung kepala suatu ketika masa dahulu.

Kalau korang lihat struktur batu tersebut akan nampak seperti tempat yang strategik untuk pesalah ditempatkan sebelum mereka dipancung, boleh jadi spekulasi itu adalah benar. Kalau betul, pasti agak menyeramkan tapi korang tak perlu terlalu takut kerana ianya telah pun menjadi satu sejarah yang lama.

ISTANA BANDAR JUGRA

Istana Bandar Jugra dibina oleh Sultan Alaeddin Sulaiman Shah Ibni Alharhum Raja Musa iaitu, Sultan Selangor kelima selepas kemangkatan nenda baginda, Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah pada 1898.

Baginda bersemayam di situ sehingga kemangkatan baginda pada tahun 1938. Cucu baginda, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, iaitu Sultan Selangor yang kelapan, dilahirkan di istana tersebut pada tahun 1926.

Istana yang mempunyai reka bentuk senibina Islam ini mempunyai banyak bilik, termasuk Kolam Mandi Diraja, Balai Rong Seri, Kamar Santapan Diraja, Kamar Beradu, Balai Mengadap, beranda, dapur dan Taman Larangan.

Difahamkan, seni bina istana ini adalah hasil idea baginda sultan sendiri. Sebahagian besar reka bentuk bangunan bersejarah ini dipengaruhi seni bina Islam dari India dan Timur Tengah.

Kalau ke Bukit Jugra, jangan lepaskan peluang melawat sekali Istana Bandar Jugra ini tau!

PERIGI BERACUN

Bukit Malawati simpan 1,001 kisah
Sumber : Berita Harian

Bukit Melawati memiliki banyak sekali tinggalan sejarah yang boleh dilawati. Salah satunya Perigi Beracun.

Menurut sejarah, ianya menrupakan tempat hukuman bagi sesiapa yang melakukan kesalahan besar pada zaman tersebut. Dikatakan hukuman yang dikenakan lebih berbentuk hukuman penyeksaan. Air perigi tersebut dikatakan telah tercemar dan boleh menyebabkan gatal-gatal jika terkena kulit.

Bagi mereka yang melakukan kesalahan akan direndam pada aras leher dan sepanjang tempoh tersebut, mereka akan berasa gatal yang teramat.

Pada tahun 1977 perigi tersebut telah ditimbus tapi kemudian ianya diselenggara semula kepada rupa asal bagi memelihara kesan peninggalan sejarah selepas bandar ini diisytiharkan sebagai tempat bersejarah di Selangor.

MUZIUM SULTAN ALAM SHAH

Sultan Alam Shah Museum - Wikipedia
Sumber : Wikipedia

Muzium Sultan Alam Shah merupakan salah satu muzium yang tercantik di Malaysia.

Di muzium ini terdapat banyak cerita sejarah kesultanan negeri Selangor, zaman penjajahan British, dan susur galur negeri ini.

Muzium lima tingkat ini meliputi pelbagai ruang pameran yang tersendiri. Korang pasti seronok datang ke sini sebab pastinya korang dapat memahami sejarah negeri ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

go to these guys https://chicasenred.me
www.sextophd.net