Aquaria KLCC Kuala Lumpur – Terokai Dunia Lautan Penuh Keindahan
Melawat ke Aquaria KLCC adalah impian dan idaman setiap kanak-kanak yang gemarkan permandangan dan hidupan laut. Bukan sahaja kanak-kanak, kita orang dewasa pun pasti teruja bila berada di sini.
Aquaria KLCC, yang terletak di concourse Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, terkenal sebagai salah satu akuarium terbesar di Asia Tenggara.
Lokasi : Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Meliputi kawasan 60,000 sq ft (6,000 m) dalam dua aras dengan terowong bawah tanah sepanjang 90 meter, Aquaria KLCC menempatkan lebih 20,000 hidupan daratan dan air dari lebih 250 spesies berbeza dari dalam dan luar negara.
Berada di sini, seolah-olah anda berada di dunia lautan yang tiada sempadan. Melihat segala jenis ikan dan haiwan laut yang cantik, tak kurang juga yang menggerunkan dan menakutkan.
Terowong di Aquaria KLCC
Tangki gergasi yang menempatkan kapal karam merupakan salah satu tarikan utama Aquaria KLCC. Ia berukuran 90 meter dengan exkalator bergerak di tengahnya. Anda akan dikelilingi jerung dan pelbagai jenis ikan.
Mesti anak-anak bersorak riang bila melihat gelagat ikan comel yang dikenali Nemo. Ikan ini adalah watak utama dalam cerita kartun kegemaran anak-anak yang bertajuk Finding Nemo.
Sepanjang terowong anda dapat melihat pelbagai jenis ikan yang sememangnya jarang di temui.
Kuala Lumpur memang ada banyak tempat menarik. Boleh baca di sini.
Seterusnya anda akan menemui The Stream yang merupakan kawasan tikus air raksaksa dan memerang. Gelagat comel haiwan ini sangat mencuit hati. Pastikan anda merakam segala kenangan di sini untuk tatapan nanti.
Destinasi seterusnya adalah menuju ke The Coast untuk melihat lebih banyak jenis ikan yang pelik seperti ikan pemanah, ketam berkaki tinggi, belangkas dan banyak lagi.
Untuk yang mahukan lebih adventure di Aquaria KLCC, anda boleh ikuti program Diving with sharks. Melalui program ini anda boleh menyelam bersama ikan jerung harimau dan ikan pari. Jangan risau, jerung di sini sudah dijinakkan.
Bagi yang tidak ada lesen menyelam, tapi mahu ikuti program ini, mereka boleh join Cage Rage. Anda akan merasai pengalaman menyelam di dalam sangkar dan dapat melihat secara dekat segala hidupan air di sini.
Di bawah ini adalah harga tiket masuk untuk ke Aquaria KLCC ini. Jangan lupa bawa I/C atau MyKid anak-anak jika nak ke sini ye.