Hiking – 6 Port Menarik Di Malaysia
Malaysia adalah salah sebuah negara yang sangat unik kerana memiliki banjaran-banjaran gunung yang sangat sesuai untuk mendaki. Memang sesuai untuk aktiviti hiking.
Mendaki gunung adalah salah satu aktiviti lasak yang agak terkenal di kalangan para remaja kini. Korang dapat melihat keindahan alam semula jadi yang dikelilingi flora dan fauna hutan ketika mendaki.
Jom kita lihat beberapa tempat yang menarik untuk pendakian korang sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
Kandungan
1- Gunung Datuk – Negeri Sembilan
Gunung Datuk terletak di kawasan hutan berbukit Negeri Sembilan, kira-kira satu jam setengah perjalanan dari Kuala Lumpur. Gunung Datuk mempunyai laluan yang sangat mencabar.
Korang harus memakai pakaian yang lengkap agar proses pendakian korang lebih lancar. Pendakian ini memakan masa kira-kira tujuh jam (pergi dan balik). Laluan yang terdapat di sini agak berbahaya kerana terdapat cerun yang agak curam dan berbatu.
Pendakian terakhir di puncak gunung juga memerlukan korang untuk naik beberapa anak tangga yang telah dipasang pada beberapa batu besar di situ. Korang beruntung jika korang nampak pelangi yang sangat cantik setelah sampai di puncak.
2- Bukit Broga – Semenyih
Bukit Broga atau dikenali sebagai Bukit Lalang kerana kepelbagaian ombak lalang yang tumbuh di sekitarnya. Puncak ketinggian mempunyai tiga peringkat dan yang paling maksima sehingga 400 meter.
Korang boleh menikmati pemandangan sunrise dan sunset jika anda memulakan pendakian seawal 6 pagi. Korang pasti akan merasa kagum dengan pemandangan 360 darjah dari atas.
3- Bukit Kutu – Kuala Kubu Baru
Bukit Kutu atau dahulunya dikenali sebagai Treacher’s Hill. Perjalanan untuk tiba di sini sekurang-kurangnya mengambil masa selama 90 minit dari bandar Kuala Lumpur.
Bukit Kutu mempunyai ketinggian setaraf dengan sebuah gunung iaitu di paras 3456 kaki ataupun 1053 meter daripada aras laut.
Bayaran diperlukan untuk melakukan pendakian ke sini, RM5 dari perhutanan Negeri Selangor Hulu Selangor dan bayaran RM1 untuk access Pertak oleh Orang Asli Pertak.
4- Gunung Angsi – Ulu Bendul
Gunung Angsi merupakan satu laluan mendaki yang tidak mengambil masa lebih satu jam setengah untuk sampai ke puncak. Berketinggian tidak lebih daripada 825 meter.
Terdapat dua laluan pendakian di Gunung Angsi yang boleh diakses melalui pintu masuk Ulu Bendul dan pintu masuk Bukit Putus. Namun, dikatakan laluan Ulu Bendul adalah lebih mencabar kerana laluannya lebih panjang dan mempunyai beberapa cerun yang curam.
Walaupun pemandangan di puncak gunung ini tidak setanding seperti kawasan mendaki lain di Malaysia, ia tetap menjanjikan korang pengalaman pendakian santai dan bersahaja yang boleh menenangkan fikiran korang sambil menikmati udara segar.
5- Bukit Chenuang – Pilihan geng hiking di Selangor
Bukit Chenuang terletak berhampiran Hulu Langat, Selangor dan merupakan salah satu destinasi pilihan bagi penggemar tegar aktiviti mendaki di Malaysia.
Jom cek tempat air terjun yang menarik di Malaysia kat sini
Laluan berhutannya dikelilingi sungai dan kehijauan alam semula jadi yang cukup menakjubkan. Terdapat beberapa laluan yang boleh korang pilih untuk menuju ke puncak bukit, tetapi salah satu yang paling menarik bermula di Hutan Lipur Sungai Congkak.
Korang akan mengambil masa kira-kira empat jam untuk sampai ke puncak tetapi kurang daripada empat jam untuk turun semula.
6- Gunung Pulai – Hiking dalam hutan simpan negara
Gunung Pulai mempunyai ketinggian 654 meter dan merupakan salah satu hutan simpan kekal negara. Jarak trek adalah sepanjang 6km dan pendaki dijangka akan mengambil masa selama empat jam pergi dan balik sepanjang pendakian.
Untuk sampai ke puncak gunung, korang boleh pilih sama ada untuk menggunakan laluan jalan tar atau jalan hutan.
Kedua-dua laluan ini menjanjikan keunikan cabaran yang tersendiri dan pastinya pemandangan yang indah dengan hutan yang menghijau dan bunyian alam yang cukup mempersonakan bagi pendaki apabila sampai ke puncak. Sungguh teruja bukan?
Lokasi yang mana yang jadi pilihan korang untuk cuba dan sahut sebagai cabaran? Jom kongsi dengan kami.